My new Blog Address :: gijale.com

Catatan perjalanan ini adalah berkenaan kunjungan kami ke Bandung dan Jakarta, Jawa Barat, Indonesia pada November 2008. Bandung terletak di sebelah barat Pulau Jawa, lebih kurang 120 km sahaja daripada kota Jakarta. Kota Bandung mengikut ceritanya adalah berasal dari kata “bendung” kerana terbendungnya sungai Citarum oleh lava Gunung Tangkuban Perahu… seterusnya membentuk kolam besar. Dari segi sejarah pula, Kota Bandung yang juga dikenali sebagai “Paris Van Java” mula dibangunkan oleh pemerintahan kolonial Hindia-Belanda pada tahun 1810. Kota Bandung merupakan kota terpadat di Jawa Barat, di mana penduduknya didominasi oleh etnik Sunda diikuti oleh etnik Jawa.

Kami mendarat di Lapangan Terbang (Bandara) Husein Sastranegara Bandung lebih kurang jam 11.30 pagi menggunakan penerbangan Air Asia. Bandara ini tak la besar sangat… tetapi keadaannya tak banyak beza dengan airport negeri di Malaysia. Dari sini, kami mencari-cari bas (jika ada…) untuk ke Kota Bandung. Akhirnya… kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke pusat kota Bandung dengan tambang RP50,000 (lebih kurang RM16.00), dengan tujuan adalah Pasar Baru.

Bandara Husein Sastranegara Bandung Pasar Baru

Pasar Baru adalah pusat jualan pelbagai jenis kain, telekong sembahyang bersulam dan aksesori wanita pelbagai jenis… Kompleks ini terdiri daripada beberapa tingkat ruangan membeli belah dan dilengkapi dengan lif serta escalator. Di tingkat atas pula adalah food court yang menyediakan pelbagai jenis makanan halal. Kami hanya melihat-lihat dan singgah sebentar sahaja di Pasar Baru… sebelum menyusuri jalan-jalan di sekitar untuk mencari tempat penginapan. Setelah penat berjalan… kami ternampak sebuah hotel yang sederhana besar (ada menawarkan diskon pada hari tersebut…)… Hotel Perdana Wisata… Hotel ini ok la… ada disediakan sarapan pagi… dan ada kolam renang sederhana besar.

Perdana Wisata Hotel Bandung
Jl. Jendral Sudirman No. 66-68,
Bandung 40181
Telp : +62 22 4 238 238
Email : hpw@bdg.centrin.net.id

pasar-baru-bandung
Kedai di dalam Kompleks Pasar Baru Hotel Perdana Wisata Bandung

Setelah berehat sebentar di hotel… pada sebelah petang kami ronda-ronda sekitar kota Bandung menaiki Angkutan Kota. Angkutan Kota ni adalah van yang diubahsuai menjadi seperti bas mini… dan merupakan cara pengangkutan yang paling murah… sekitar RP3000.00 dan RP6000.00 sahaja (RM1.00 hingga RM2.00). Apa yang lebih menarik… apabila Angkutan Kota ni berhenti di trafic light atau semasa jalan sesak (macet)… akan ada penghibur jalanan menyanyi sambil bermain alat muzik… lepas tu… kita bagi la sikit tips…

angkutan-kota-bandung angkutan-kota-bandung
Dalam Angkutan Kota Penghibur jalanan

Salah satu tempat shoping yang kami kunjungi adalah “Paris Van Java Mall” di Jalan Sukajadi dan tidak jauh daripada Setiabudi. Tempat ini agak moden dan terdapat pelbagai kedai yang tidak asing lagi bagi kita di Malaysia seperti Starbucks Coffee, Black Canyon Coffee, J. Co Donuts, Oh La La Cafe, Manchester United Cafe & Bar dan Carrefour. Kami menghabiskan masa di kawasan sekitar sini sehingga lewat petang… kemudian kami bergerak ke kawasan Chihampelas Walk yang berdekatan sahaja daripada tempat ini. Chihampelas Walk adalah sebuah kawasan (jalan) di mana di sepanjang jalan banyak menjual barangan jeans dan Tshirt… sudah tentunya dengan harga yang murah…

paris-van-java-mall chihampelas-bandung
Paris Van Java Mall Chihampelas Walk

Pada keesokan harinya… kami check out hotel Perdana Wisata dan berjalan menuju ke Stesen Keretapi (Stasiun KA). Perancangan kami adalah untuk ke Jakarta menggunakan perkhidmatan keretapi. Kami check in hotel murah di kawasan stesen keretapi – Hotel Arimbi… untuk letak beg. Tambang untuk kelas ekonomi ke Stasiun Gambir (Jakarta) hanya RP15,000 sahaja sehala, manakala kelas business ialah RP25,000 sehala (ada disediakan makanan). Perjalanan ke Jakarta hanya memakan masa sekitar 2 ke 3 jam sahaja. Pemandangan sepanjang jalan dengan menaiki keretapi ni memang mengasyikkan dengan berlatarbelakangkan perkampungan tradisional serta sawah padi di lereng-lereng bukit.

stasiun-ka-bandung stasiun-ka-gambir-jakarta
Stasiun Kereta Api Bandung Stasiun Kereta Api Gambir Jakarta

Sebaik sahaja keretapi menghampiri pinggir kota Jakarta, pemandangan berubah kepada perkampungan setinggan di sepanjang tepian rail keretapi. Apabila keretapi menghampiri stasiun Gambir… aku perhatikan ramai pemuda yang berebut-rebut menaiki keretapi… ingatkan untuk apa… rupa-rupanya mereka mengambil upah mengangkat beg penumpang-penumpang. Seterusnya kami menaiki teksi bermeter (Taksi bluebird Argo) menuju ke kawasan pusat membeli belah moden, Mangga Dua.

mangga-dua-jakarta bajaj-jakarta
Mangga Dua Square Jakarta Menaiki Bajaj di Kota Jakarta

Kemudian kami menaiki bajaj (bajaj dikenali sebagai tuk-tuk di Thailand dan auto di India)… tambang memang murah la jika nak dibandingkan dengan teksi. Kalau tak sailap aku… bajaj di Indonesia ni hanya terdapat di Jakarta sahaja … Kami pusing-pusing Jakarta sehingga sampai ke Graha Mataram dan seterusnya ke Plaza Indonesia.

plaza-indonesia-jakarta graha-mataram-jakarta
Plaza Indonesia Jakarta Graha Mataran Jakarta

Dari Stasiun Gambir Jakarta, kami kembali semula ke Bandung menaiki KA yang sama, bertolak pada jam 6.00 petang. Sampai di Bandung… kira-kira pukul 9.00 malam. Kami pun terus ke Hotel Arimbi yang kami tempah pagi tadi… dengan harga serendah RP100,000 semalam (lebih kurang RM35.00 je…). Keadaan dalam hotel ni memang tak selesa… pintu macam nak tercabut… akhirnya kami check out kira-kira jam 11.00 malam dan menuju ke Hotel yang lebih selesa iaitu Hotel Kedaton (tapi bayar mahal sikit la…).

hotel-arimbi-bandung hotel-kedaton-bandung hotel-kedaton-bandung
Hotel Arimbi Bandung Hotel Kedaton Bandung Keadaan dalam Hotel Kedaton

Keesokan harinya, kami menjelajah kota Bandung dengan berjalan kaki, menaiki beca dan juga Angkutan Kota… sehingga ke kawasan Cibaduyut (selatan kota Bandung). Daripada kawasan Pasar Baru, kami menaiki beca menuju ke kawasan Cibaduyut… walaupun lokasinya agak jauh. Naik beca ni… memang seronok sebab kita boleh melihat secara dekat aktiviti masyarakat setempat di sepanjang jalan. Tiba di sebuah simpang… tiba-tiba beca yang kami naiki berlanggar dengan sebuah basikal dari arah bertentangan… apalagi… tergolek la… nasib baik tak apa-apa. Selepas itu, aku tengok… sampai bengkok tayar beca yang kami naiki tadi… masa pakcik beca tu settle dengan penunggang basikal tadi… aku bayar… dan belah…

beca-bandung beca-bandung cibaduyut-bandung
Naik Beca ke Cibaduyut Keadaan Beca selepas kemalangan Kawasan Cibaduyut

Cibaduyut ni terkenal dengan produk barangan daripada kulit dan kasut (sepatu) dengan harga murah. Kami pusing-pusing di sini lebih kurang dua jam… kemudian kami menaiki Angkutan Kota menuju ke Terminal Bas Kelapa… seterusnya balik ke Hotel. Esoknya, kami check out hotel… dan berpindah ke kawasan Dago. Kawasan Dago ni memang terkenal dengan Factory Outlet yang menjual barangan branded terus dari kilang dengan harga murah. Kemudian, kami check in ke Hotel Bukit Dago. Hotel ni memang selesa dan murah (RP150,000.00 je untuk satu malam bagi bilik standard – lebih kurang RM50.00 je…).

Hotel Bukit Dago
Jl. Ir. Juanda No. 311 Bandung Jawa Barat, 40135
Telp. (022)2504700-2504244, 2505943 Fax. 2505944
+62 22 701 333 44
+62 22 250 4700

hotel-bukit-dago hotel-bukit-dago hotel-bukit-dago
Hotel Bukit Dago Jalan Masuk ke Hotel Tingkat atas Hotel

Hari terakhir di kota Bandung ni, kami habiskan masa dengan meronda-ronda sekitar kawasan Dago… Factory Outlet dan juga kedai Kartikasari yang terkenal dengan kek dan brownies… Keesokan harinya, kami berangkat pulang menuju ke Bandara Husein Sastranegara dengan pelbagai kenangan manis terutamanya layanan baik warga Bandung berketurunan Sunda.

kartikasari-bandung bandara-bandung
Kartikasari Bandung Selamat Tinggal Bandung
About these ads