My new Blog Address :: gijale.com

Silom adalah tempat pusat masyarakat arab muslim. Di sini memang banyak deretan restoran arab yang menyediakan makanan arab seperti byriyani dan roti. Masjid pun ada di kawasan ni… kami pergi ke sini untuk makan malam… tapi tak menginap… ini kerana rata-rata hotelnya adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan Khao San.

Satu lagi restoran yang kami kunjungi adalah Somboon Seafood di kawasan Shukumvit (berdekatan dengan Universiti Chulalongkorn). Walaupun harganya agak mahal, tapi jika kita inginkan rasa makanan laut yang terkenal di kota Bangkok (terutamanya ketam).. bolehlah berkunjung ke sini. Kemudian kami lepak-lepak di kawasan Hualampong. Apa yang menarik di sini adalah peniaga-peniaga (perempuan) membentang tikar dengan cara duduk bersimpuh di tepi Jalan Hualampong (berdekatan dengan Stesen Keretapi). Mereka ni menjual minuman keras… dan kebanyakan pelanggannya adalah lelaki (golongan sederhana) yang minum-minum sambil dilayan berbual oleh penjual minuman.

Somboon Restaurant Peniaga Minuman di Hualampong

Pada sebelah siangnya, kami ke Chatuchak iaitu tempat jualan barangan tempatan. Chatuchak mudah dikunjungi kerana dihubungi oleh jaringan LRT. Ada juga pengalaman yang kurang enak bila berada di Bangkok ni. Semasa kami berada di Khao San… kami dihampiri oleh seseorang yang mengatakan bahawa beliau mewakili Thailand Tourism. Beliau bersungguh-sungguh meyakinkan kami bahawa hari tersebut adalah hari cuti umum Bangkok… dan tiada aktiviti pelancongan. Beliau menawarkan menaiki tuk-tuk secara percuma ke beberapa tempat menarik termasuk kuil-kuil budha… tu je… Ok la… Kami pun di bawa ke beberapa kuil Budha… tetapi akhirnya di bawa ke beberapa kedai cenderamata (barangan Thailand). Beliau mengatakan bahawa kami perlu membeli sesuatu di kedai tersebut… jika tidak mereka akan dimarahi oleh bos mereka. Maka kami pun membeli la beberapa cenderamata… seorang daripada kawan kami membeli cincin emas… yang dikatakan cukup murah dan berkualiti di sini. Kemudian mereka pun menghantar kami kembali ke tempat kami naik tadi. Beberapa hari selepas itu… kawan kami merungut kerana cincin emas yang dibeli telah luntur emasnya… barulah kami sedar… dah kena tipu… hampehhh…

Tuk Tuk Chatuchak Market
About these ads