My new Blog Address :: gijale.com

Dari New Delhi, kami menuju ke Agra untuk melawat Taj Malal dan Agra Fort. Mulanya kami nak ke Agra dengan menaiki keretapi, tapi memikirkan sekarang adalah musim panas… kami ambil keputusan menaiki bas berhawa dingin menggunakan perkhidmatan Rao Travel dengan tambang RM 56.00 pergi dan balik.

Agra terletak lebih kurang 100 km di tenggara New Delhi dan perjalanan mengambil masa kira-kira 4 ke 5 jam (mengikut keadaan trafik). Menyusuri bandar-bandar kecil semasa dalam perjalanan memberikan kami seribu kenangan tentang warna-warna kehidupan masyarakat India. Mungkin kerana populasi penduduk India yang tinggi iaitu hampir 1.21 bilion, ada penduduk Delhi yang tidak berumah (homless) yang tinggal di bawah-bawah jambatan atau membina rumah setinggan daripada bahan terbuang.

Orang Tidak Berumah di Delhi Rumah Setinggan di Delhi

Sepanjang perjalanan juga kami melihat penduduk kampung membela lembu… sihat-sihat lembu ni. Sepengetahuan kami melalui pembacaan, lembu ni adalah semacam tuhan kepada penganut hindu. Dagingnya tidak boleh dimakan dan hanya susunya sahaja yang boleh diminum. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi di sini adalah kegunaan tahinya. Pada mulanya apa yang kami lihat adalah penduduk kampung (terutamanya wanita) mengumpul tahi lembu yang masih basah menggunakan tangan… kemudian mereka memasukkannya ke dalam bekas (seakan-akan dulang) dan membawa dengan cara menjunjung di atas kepala ke tempat pengumpulan. Kemudian mereka membentuk tahi tersebut kepada bentuk seakan-akan pinggan dengan menggunakan tangan… seterusnya menyusun untuk dijemur sehingga kering. Tahi lembu yang telah kering tadi akan di susun membentuk sebuah pondok kecil. Cuma satu kemusykilan yang bermain di fikiran kami… untuk apa tahi tadi…

Kemudian bas kami berhenti di sebuah pekan kecil untuk makan dan ke tandas. Oleh kerana kami ada membawa bekal roti sandwich daripada New Delhi, kami pun tak la masuk ke mana-mana restoran tetapi hanya berjalan-jalan di sekitar pekan. Ada satu warung tu… penjual memasak teh masala untuk di jual. Nampak menarik teh ni… dan baunya pun harum. Teh masala ini diperbuat daripada susu segar yang dimasak bersama sedikit gula dan serbuk teh. Penjual memasak menggunakan kayu api…. tapi tiba-tiba kami terpegun, kenapa lain macam je kayu api ni. Rupa-rupanya mereka memasak menggunakan tahi lembu kering sebagai bahan bakar… oh Tidak! … barulah terjawab kemusykilan kami selama ini… gulp!

Satu lagi pemandangan yang sehingga kini menghantui kami adalah budaya masyarakat india (terutamanya di kampung-kampung) yang membuang air di kawasan lapang. Pada mulanya kami nampak seorang lelaki membuang air kecil di tepi tembok di tepi jalan… tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Ok la… Kemudian yang lagi pelik… sebuah kereta dipandu laju, dan kemudian tiba-tiba berhenti di tepi jalan… lalu keluarlah pemandunya yang berpakaian kemeja kemas… berlari-lari anak menuju ke tepi semak… lalu kencing dengan selamba… wow.. Kemudian apa yang lagi tak boleh diterima akal ialah bila kami lalu di kawasan sebuah kampung… di kawasan lapang. Beberapa orang lelaki bercangkung bersama sebotol air (botol mineral besar) sambil berbual-bual… sambil buang air besar…

New Delhi ke Agra tidaklah jauh sangat, cuma lebih kurang 100 km sahaja… tetapi memakan masa sehingga 5 jam kerana jalan-jalannya diguna oleh semua jenis kenderaan yang ada termasuk lori, bas, kereta, motor, basikal, beca…. juga kereta lembu, kereta kuda dan kereta unta… ha.. ha..

About these ads