Category: Thailand


My new Blog Address :: gijale.com

Pada Februari 2010 yang lepas, aku bersama beberapa orang rakan telah ke Cambodia menggunakan jalan darat melalui KL – Haatyai – Bangkok – Aranyaprathet – Poipet – Siem Riep – Phnom Penh.

Kami berkumpul di KL Sentral dan perjalanan ke Hatyaai, Thailand bermula pada jam 8.30 pm. Kami mengambil tempat tidur dengan tambang sekitar RM56.00. Keretapi bertolak ke utara melalui stesen Ipoh, Butterworth sehingga ke Padang Besar. Apabila tiba di Padang Besar, Perlis sekitar jam 10.00 am keesokan paginya… kami diminta turun untuk pemeriksaan imigresen bersama beg yang kami bawa. Setelah selesai urusan pasport selama lebih kurang 30 minit, kami diminta untuk naik keretapi berikutnya untuk ke Hatyaai. Kami sampai ke Hatyaai sekitar jam 11.00 pagi.

KL Sentral Immigration Centre, Padang Besar.

Sampai sahaja di Hatyai, kami letak beg di tempat penyimpanan barang di Stesen Keretapi Hatyai dengan sedikit bayaran. Kemudian beli tiket seterusnya untuk ke Bangkok. Tiket yang masih ada adalah kelas ekonomi (tempat duduk) yang akan bertolak jam 5.00 petang nanti dengan tambang lebih kurang RM50.00. Sementara menunggu tu, kami pun mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar bandar hatyai. Makanan halal tidak menjadi masalah di sini, kerana ramai peniaga muslim yang berasal dari Pattani (selatan Thai) membuka gerai Tomyam. Masjid yang selesa pun ada… dan kami mengambil kesempatan untuk bersolat, membersihkan badan sambil berehat.

Sekitar Bandar Hatyai Masjid Jamek, Hatyai

Tepat jam 5.00 pm, kami pun menaiki keretapi seterusnya menuju ke Bangkok. Melangkah masuk je ke dalam koch… punya la panas. Rupa-rupanya penghawa dingin rosak… nasib baik ada kipas. Memang tak selesa dok dalam keretapi ni… dah la tak mandi sejak dari semalam.. kemudian jalan-jalan pusing bandar Hatyai dengan berjalan kaki… berpeluh-peluh… Tapi yang menariknya dalam keretapi ni, ada pramugari (siap pakai uniform dan berkasut tumit tinggi) yang menyediakan makan malam percuma (nasi lauk ayam) dan minum malam (kuih dan air). Mula-mula tu ragu-ragu jugak samada halal ke tidak… tapi setelah diyakinkan oleh pramugari dan penumpang muslim lain.. yang makanan tu memang disediakan halal… apa lagi… belasah je la.. Semakin lewat malam, suhu dalam keretapi semakin sejuk… selesa la sikit. Ingatkan boleh la tidur, tapi lain pulak halnya… keretapi makin laju… jadi melompat-lompat, ke kiri ke kanan… aduh… sehingga bunyi keretapi bergesel dengan landasan semakin sayup-sayup… dan entah pukul berapa kami tertidur… Bila tersedar je, keretapi mula menghampiri bandaraya Bangkok sekitar jam 7.00 pagi. Jam 8.30 pagi, kami sampai ke stesen keretapi Hualampong, Bangkok.

Kepanasan di dalam Keretapi stesen Keretapi Hualampong, Bangkok

Sampai je di Stesen Keretapi Hualampong, kami pun terus cari toilet… rupa-rupanya di sini juga disediakan tempat mandi… surau pun ada (di tingkat atas). Memang puas hati dapat mandi kat sini. Lepas mandi, kami menyusuri kedai-kedai di sekitar Stesen Keretapi… dan terjumpa kedai makanan muslim (orang Pattani). Lepas sarapan… kami menaiki bas menuju ke Khao San Road… The backpackers Centre….

My new Blog Address :: gijale.com

Khao san Road ni terkenal di kalangan backpackers seluruh dunia sebagai tempat pertemuan untuk memulakan perjalanan ke negara Asia Tenggara lain seperti Cambodia, Laos, Vietnam ataupun Myanmar. Di sini banyak disediakan Hotel Budget dan Cafe dengan kemudahan yang santai untuk backpackers daripada seluruh pelusok dunia berkumpul dan bertukar-tukar pengalaman perjalanan. Di sini, waktu puncak adalah sekitar Disember dan Januari… ini adalah kerana di Eropah pada masa ini adalah dalam musim sejeuk (winter), jadi… mereka semua keluar dan lari ke asia… apabila musim sejuk berakhir, mereka pun balik kembali ke negara asal.

Di sini, kami menginap di Hotel Sawasdee sebanyak RM45 semalam sebilik berdua… tiada sarapan… ok je. Makan di kawasan sini agak sukar mencari makanan halal. Tapi kalau kita berjalan keluar dalam 500 km… kita akan jumpa masjid (di belakang kedai-kedai) dan kawasan sekitar situ, akan ada warung penjual muslim. Lagi satu cara… ialah kita ke kedai 7 eleven… disitu mudah di dapati maggi, air panas (kopi) dan roti.

Jalan-jalan di Bangkok

My new Blog Address :: gijale.com

Silom adalah tempat pusat masyarakat arab muslim. Di sini memang banyak deretan restoran arab yang menyediakan makanan arab seperti byriyani dan roti. Masjid pun ada di kawasan ni… kami pergi ke sini untuk makan malam… tapi tak menginap… ini kerana rata-rata hotelnya adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan Khao San.

Satu lagi restoran yang kami kunjungi adalah Somboon Seafood di kawasan Shukumvit (berdekatan dengan Universiti Chulalongkorn). Walaupun harganya agak mahal, tapi jika kita inginkan rasa makanan laut yang terkenal di kota Bangkok (terutamanya ketam).. bolehlah berkunjung ke sini. Kemudian kami lepak-lepak di kawasan Hualampong. Apa yang menarik di sini adalah peniaga-peniaga (perempuan) membentang tikar dengan cara duduk bersimpuh di tepi Jalan Hualampong (berdekatan dengan Stesen Keretapi). Mereka ni menjual minuman keras… dan kebanyakan pelanggannya adalah lelaki (golongan sederhana) yang minum-minum sambil dilayan berbual oleh penjual minuman.

Somboon Restaurant Peniaga Minuman di Hualampong

Pada sebelah siangnya, kami ke Chatuchak iaitu tempat jualan barangan tempatan. Chatuchak mudah dikunjungi kerana dihubungi oleh jaringan LRT. Ada juga pengalaman yang kurang enak bila berada di Bangkok ni. Semasa kami berada di Khao San… kami dihampiri oleh seseorang yang mengatakan bahawa beliau mewakili Thailand Tourism. Beliau bersungguh-sungguh meyakinkan kami bahawa hari tersebut adalah hari cuti umum Bangkok… dan tiada aktiviti pelancongan. Beliau menawarkan menaiki tuk-tuk secara percuma ke beberapa tempat menarik termasuk kuil-kuil budha… tu je… Ok la… Kami pun di bawa ke beberapa kuil Budha… tetapi akhirnya di bawa ke beberapa kedai cenderamata (barangan Thailand). Beliau mengatakan bahawa kami perlu membeli sesuatu di kedai tersebut… jika tidak mereka akan dimarahi oleh bos mereka. Maka kami pun membeli la beberapa cenderamata… seorang daripada kawan kami membeli cincin emas… yang dikatakan cukup murah dan berkualiti di sini. Kemudian mereka pun menghantar kami kembali ke tempat kami naik tadi. Beberapa hari selepas itu… kawan kami merungut kerana cincin emas yang dibeli telah luntur emasnya… barulah kami sedar… dah kena tipu… hampehhh…

Tuk Tuk Chatuchak Market

Bangkok – Aranyaprathet

My new Blog Address :: gijale.com

Beberapa hari kemudian, kami bergerak pula menuju ke sempadan Thailand dan Cambodia (Kemboja). Bandar di sempadan Thailand adalah Aranyaprathet manakala bandar di sebelah Cambodia adalah Poipet. Perjalanan sejauh lebih kurang 200 Km ke timur Bangkok adalah menggunakan perkhidmatan keretapi kelas ekonomi. Tambangnya cuma RM4.60 sahaja… macam tak percaya…

Jika mengikut jadual perjalanan di dalam tiket, waktu bertolak adalah pada jam 6.30 pagi… jadi kami pun check-out dari hotel sekitar pukul 5.30 pagi dan bersembahyang subuh di surau dalam Stesen Keretapi Hualampong. Jam 6.15 pagi, kami telah berada di dalam keretapi… tapi keretapi hanya bergerak keluar pada jam 8.00 pagi… hampehhhh…


Keretapi yang kami naiki ni adalah keretapi yang akan berhenti di setiap stesen (pekan) kecil untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Ada yang nak pergi sekolah… ada yang nak pergi kerja… Punya la slow keretapi ni… tapi pemandangan kampung, memang best la… kejap jumpa sawah padi… kejap jumpa kampung… kejap jumpa kuil. Keretapi tiba ke Aranyaprathet pada jam 4.00 petang… fuhhh. Sampai je di Stesen Aranyaprathet, kami terus menaiki tuk-tuk (6 orang naik tuk-tuk – termasuk driver) ke Poipet. Tiba-tiba tuk-tuk berhenti ke sebuah bangunan (macam immigration) untuk mengisi visa ke Cambodia… kami memaklumkan kepada mereka bahawa kami dari Malaysia dan tidak perlu visa… Sebenarnya mereka cuba untuk menipu pelancong luar dengan memberi borang visa ke Cambodia dan akan dikenakan bayaran proses (yang sebenarnya percuma jika dibuat di immigration…) perkara ni kami telah dengar daripada traveler lain semasa kami di Khao San…


Aranyaprathet Poipet (sempadan Thailand-Cambodia)
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers