My new Blog Address :: gijale.com

HCMC @ Saigon

Saya berkunjung ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam atau lebih dikenali sebagai Saigon pada Januari 2012.  Kali ni pergi dengan isteri dan anak-anak… jadi lawatan lebih santai dan banyak lepak kat depan kedai sementara tunggu ‘Mem’ shopping… he.. he…

Dari LCCT KL ke Tan So Nhat airport Saigon cuma mengambil masa kira-kira sejam je. Airport ni biasa-biasa je… tak la besar sangat.  Untuk ke pusat bandar… ada beberapa cara. Kalau naik teksi ke area Ben Thanh… lebih kurang USD10 untuk sebuah teksi… kalau naik bas… VND 3000… lebih kurang 70 sen jer seorang. So.. boleh agak la… kitaorang naik apa.  For sure… bas… 4 orang baru RM2.80.  Bas ni parking kat sebelah kanan, depan airport… bas nombor 152.  Perjalanan dengan menaiki bas ke Ben Thanh cuma mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit… bergantung kepada keadaan trafik.  Bus stand Ben Thanh  ni terletak di seberang jalan (round about besar yang ada patung pahlawan menaiki kuda)… dan pasar Ben Thanh Market yang memang terkenal kepada makcik-makcik daripada Malaysia.. he.. he… boleh dilihat daripada bus stand dengan bumbung berwarna merah.

Bas 152: Airport Tan So Nat – Ben Thanh

Bus stand Ben Thanh

Hotel memang banyak di Saigon ni… cuma kita kena sesuaikan dengan tujuan kita ke sini.  Kami mencari-cari dan memilih hotel yang sederhana dan sesuai untuk keluarga… tetapi paling penting… dekat dengan Ben Thanh Market.  Kalau penat tunggu ‘Mem’ shopping… boleh tunggu dan lepak je kat hotel… ha.. ha… Kami check in Hotel Saigon Pink 2 yang berdekatan sahaja dengan Ben Thanh Market… 50 meter… (kalau jenguk ke luar tingkap… boleh nampak Ben Thanh Market).

Saigon Pink 2 Hotel

Executive Room – USD45

Bilik Mandi Hotel

Pemandangan di Luar Tingkap Bilik Hotel

Keadaan Hotel Pink Saigon 2 ni ok la… puas hati. Lokasi ok… bilik selesa… ada wifi (kat lobi hotel…) ada breakfast (tapi tak halal…).  Harga standard room (double bed)… USD 25, superior (twin) USD 32 dan Executive (2 double beds) USD45.  Masa kami pergi haritu… room semua penuh kecuali Executive room… so, kami check in Executive room dengan harga USD45 semalam… not bad.

Alamat:
Saigon Pink 2 Hotel
32 Nguyen An Ninh St., Ben Thanh Ward, Dist 1, HCMC.
Tel: (84.8) 38272339 – 38272340
Email: saigonpink2hotel@yahoo.com


Makanan Halal di HCMC

Makanan halal memang menjadi keutamaan di Saigon… kalau tak jumpa.. alamat puasa la jawabnya… ha.. ha… Di hadapan hotel kami… ada sebuah kedai makan muslim.. BASIROH…Kedai Hjh Basiroh ni sebenarnya menjual pakaian muslim seperti telekung, baju melayu, tudung dan sebagainya.  Pemilik kedai daripada keturunan muslim Cham ni juga ada buka jualan makanan halal di hadapan kedainya secara kecil-kecilan.  Dia buka waktu tengahari sampai malam sahaja… sarapan takde.  Makanan dia biasa-biasa aje… tapi ramai juga pengunjung daripada Malaysia terutama pada hujung minggu yang berkunjung ke Ben Thanh market.

Kedai Makan Hjh Bashiroh

VN. Halal Restaurant

Berdekatan dengan taman (tak jauh dari hotel juga) ada sebuah restoran halal iaitu Restaurant Vn. Halal Muslim Food.  Makanan di restoran ni ok la… tapi agak mahal sedikit.  Restoran ni buka pagi… so, boleh breakfast di sini. Cuma… agak lambat makanan siap…

Alamat VN. Halal Restaurant:
14 Pham Hong Thai, P. Ben Thanh Q1,
Ho Chi Minh City ho chi minh city Vietnam

Bangunan PARKSON HCMC

Kedai Makan India Muslim (Parkson)

Di bangunan shopping complex Parkson… tingkat 3 ada restoran makan halal India Muslim dan juga makanan Indonesia (Sari Indo).  Parkson ni kedudukannya tak la jauh sangat daripada Ben Thanh market… lebih kurang 10 ke 15 minit je dengan berjalan kaki.  Makanan di sini ok… sedap dan agak murah… kami makan nasi bariani dengan teh tarik … not bad.  Esoknya… makan ayam penyet kat kedai makan Sari Indo… pun ok.

Alamat Sari Indo: 35-35 Le Thanh Ton, Parkson, Floor 3, District 1, HCMC, Vietnam

Halal @Saigon

Halal @Saigon

Hiasan Dalaman Halal@Saigon

Restoran Halal@Saigon ni agak popular di kalangan pengunjung daripada Malaysia.  Mungkin kerana lokasinya yang berhadapan dengan Masjid Dong Du… masjid terbesar di HCMC ini.  Kalau tak salah, restoran ini dimiliki oleh seorang doktor perubatan… Dr. Shimi yang berasal dari Malaysia berketurunan india. Beliau telah menetap di HCMC ni hampir 15 tahun… berniaga berkaitan perubatan farmasi.  Akhirnya… atas permintaan rakan-rakan niaganya yang kebanyakannya beragama islam daripada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia… beliau telah membuka restoran ini pada tahun 2009 yang dikendalikan oleh  3 orang tukang masak islam daripada Malaysia dan 3 orang tukang masak tempatan.  Halal@Saigon menghidangkan masakan halal seperti roti canai, mee mamak, masakan vietnam seperti pho dan juga western.

Alamat: 31 Dong Du Street, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
Website: http://www.halalsaigon.com

Masjid Dong Du

Masjid Dong Du HCMC

Pintu Masuk Masjid

Ruangan Solat Dalam Masjid

Kelihatan Halal@Saigon daripada masjid

Di Jalan Dong Du, bersebelahan dengan Sheraton Saigon Hotel yang tersergam indah… di situlah terletaknya bangunan Masjid Musulman atau lebih dikenali dengan Masjid Dong Du (mengambil sempena nama jalan Dong Du).  Masjid yang telah ada semenjak tahun 1935 ini dikatakan dibangunkan oleh masyarakat India Muslim dan masyarakat muslim Cham pada suatu ketika dahulu.  Sebelum ini, di sebelah belakang masjid ini terdapat sebuah kedai makan halal yang menjual hidangan pelbagai kari… tetapi sekarang telah di tutup.

Di sekitar masjid ini memang banyak terdapat kedai makanan halal seperti Halal @Saigon, D’Nyoya yang terletak bersebelahan masjid, Bombay Indian Food, Restoran Empat Musim (Bon Mua Four Seasons) dan banyak lagi.

Restoran D’Nyonya

Restoran Bombay

Restoran Four Season

Mengikut maklumat yang saya perolehi, Restoran Bom Mua ni dimiliki oleh seorang wanita muslim champ yang mengikut ceritanya adalah balu kepada seorang melayu muslim.  Setelah kematian suaminya, dia menyambung perniagaan tersebut bersama keluarganya.

Rata-rata makanan halal di Saigon adalah agak mahal jika hendak dibandingkan dengan di KL.  Ini adalah kerana kesukaran mereka untuk mendapatkan sumber halal seperti daging dan ayam yang mana kebanyakannya diperolehi daripada masyrakat Champ yang berada di luar pinggir bandar Saigon.  Satu lagi adalah kerana pelanggan yang tidak menentu daripada pelanggan muslim terutama pelancong beragama islam.  Hal ini saya perhatikan sendiri semasa saya memesan makanan di Restoran VN Halal. Menu makanan yang kami pesan agak lama untuk disediakan… kemudian datang penghantar barang mentah… mungkin daripada kampung muslim cham berdekatan membawa bahan mentah… selepas itu barulah makanan dapat disediakan.

Kenapa Warga Saigon Kurus-kurus?

Ini bukan fakta daripada mana-mana jurnal atau pun buku… tetapi hanya melalui pemerhatian sahaja.  Kalau kita di Vietnam… kalau daripada jauh nampak sekumpulan orang berjalan… badan agak besar dan berisi… sure bukan orang vietnam… selalunya orang daripada Malaysia… ha… ha…  Kalau tak percaya… anda boleh tengok sendiri apabila berada di Vietnam.

Wanita SAigon dengan Pakaian Tradisional

Saya rasa la… orang vietnam ni kurus-kurus sebab mereka suka makan mee sup dan sayur mentah (ulam).  Di HCMC ni ada satu makanan yang memang popular di kalangan mereka.  Pho nama dia (disebut ‘pher’). Saya pernah makan pho ni di VN Halal Restaurant… ok la jugak. Tanya dengan tauke kedai apa ramuan pho ni… dia bagitau sup dimasak tanpa tumis dan dicampur dengan mee, daging dan sayur-sayuran mentah seperti daun mint, daun basil, taugeh, cili… termasuklah kangkong dan jantung pisang yang dipotong halus… he.. he…  Orang vietnam ni hari-hari makan pho… boleh dikatakan di kaki lima jalan-jalan di Saigon ni ada jual pho… tak kira pagi… tengahari atau malam.

Pho daging

Sayuran segar dicampur ke dalam pho


Di bawah saya senaraikan beberapa blog daripada Malaysia yang menceritakan pengalaman yang hampir serupa berjalan-jalan di Ho Chi Minh City Vietnam, semoga dapat menjadi panduan kepada pembaca yang ingin ke HCMC @ Saigon:

http://mymiee.blogspot.com/search/label/Vietnam%20-%20HCM%20City.

http://azimashaary.blogspot.com/2010/03/vietnam-trip-vn-halal-restaurant.html