My new Blog Address :: gijale.com

Selamat Datang ke Makassar

Makassar lebih dikenali dan berfungsi sebagai pelabuhan daripada destinasi pelancongan bagi kebanyakan orang yang berkunjung ke Makassar. Makassar ni besar… kota keempat terbesar di Indonesia selepas Jakarta, Bandung dan Surabaya… bangunan-bangunan moden banyak terdapat di sini seperti MTC Karebosi, Karebosi Link, Mall Panakukkang dan Trans Studio… tetapi di beberapa bahagian agak kurang terurus (terutama di penempatan rakyat terbanyak) dan juga agak sesak (macet) serta bising di kebanyakan area. Apa yang menarik di sebalik semua itu ialah… gambaran sebenar kehidupan masyarakat biasa Indonesia; dan bukannya sesuatu yang cantik dan sengaja ditonjolkan untuk pelancongan. Kebanyakan pelancong (terutama daripada barat) lebih suka merasai pengalaman sebenar kehidupan seharian penduduk di sesuatu tempat… bukan sesuatu yang tidak realistik…

Kebanyakan pelancong hanya menjadikan Makassar sebagai transit sebelum bergerak ke Toraja, bahagian utara Sulawesi atau ke pulau-pulau yang katanya syurga bagi ‘scuba diving’ kerana kehidupan bawah lautnya yang belum terusik seperti di Bunaken dan Wakatobi.

Saya berkunjung ke Makassar pada penghujung tahun 2011… dalam flight semasa penerbangan ke Makassar… duduk sebelah sorang mamat ni. Dia ke Makassar dengan isteri dan dua orang anak yang masih kecil. Saja tegur… boring duduk sorang-sorang.  Borak punya borak… baru tau dia ni orang Muar… pernah belajar di Universitas Hasanuddin Makassar (UNHAS) ambil jurusan kedoktoran tahun 1996 – 2000.  Sekarang ni buka klinik sendiri di Pagoh, Muar. Menurut Dr. Shaharuddin ni… di UNHAS ramai student Malaysia ambil jurusan kedoktoran.. hampir mencecah 300 orang. Masa belajar di UNHAS ni la dia bercinta dengan gadis rakan sekuliah… orang Makassar. Akhirnya mereka bernikah… lepas kahwin, dia bawa isteri dia ke Malaysia… kerja doktor juga. Ni nak balik kampung satu keluarga… nak sambut Hari Raya Haji di Makassar. Banyak juga maklumat tentang Makassar yang saya dapat daripada Dr. Din. Menurutnya lagi… ada beberapa jenis makanan yang mesti dicuba apabila berkunjung di Makassar ni… ikan bakar di Rumah Makan Lae-Lae di kawasan Pantai Losari… Sop Konro di kawasan Karebosi… Coto Makassar… nasi kuning… dan macam-macam lagi la. Dia juga ada pesan… kalau nak tau restoran tu halal ke tak… kena tanya… sama ada “makanan umum” ke “makanan khusus”… kalau “makanan umum”, halal… kalau “makanan khusus” tu tak halal la… Di Sulawesi ni… di daerah sebelah utara termasuk Manado dan Toraja… semua beragama kristian. Di sebelah selatan seperti Makassar… suku Bugis dan Makassar boleh dikatakan semua beragama islam. Tapi… di kota Makassar ni… ramai juga orang-orang Manado dan Toraja yang bekerja di sini. Jadi… kena hati-hati sikit soal makan… sebab ramai yang  muka macam muslim (bersongkok hitam dan bertudung)… tetapi beragama kristian.

bandara-sultan-hasanuddin-1

Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin Makassar

bandara-sultan-hasanuddin-2

Bahagian hadapan Bandara Sultan Hasanuddin

Sampai di Lapangan Terbang Sultan Hassanuddin Makassar dekat pukul 6.00 petang… keluar airport, baru perasan dah nak masuk waktu maghrib. Waktu di Makassar dan Malaysia tidak berubah… sama je… tapi maghrib cepat dalam 1 jam 30 minit… begitu juga matahari terbit… pukul 6.00 pagi tu… dah cerah betul. Mengikut maklumat awal yang saya dapat… kalau dari Bandara Hassanuddin (singkatan daripada Bandar Udara - airport) nak ke pusat bandar Makassar… ada beberapa cara. Cara pertama dan paling murah ialah dengan menaiki bas DAMRI yang disediakan oleh pihak Bandara ke pekan kecil (Poros) di luar kawasan Bandara… daripada situ… naik Pete-Pete (Angkotan Kota) ke jurusan UNHAS… seterusnya ke MTC Karebosi…. dalam RP. 6,000 je. Masalahnya ialah bas DAMRI bertolak lambat (kena tunggu ramai penumpang)… satu cara lagi adalah naik Ojek (motor penumpang) ke pekan kecil tersebut… kemudian baru naik Pete-Pete. Tapi cara pengangkutan ni hanya sesuai di waktu siang sahaja… kalau malam susah sikit. Cara kedua dan paling mudah adalah dengan menaiki teksi… sekitar RP100,000 ke MTC Karebosi… dia akan tanya sama ada nak ikut jalan biasa (jalan lama) ke jalan tol (lebuhraya baru)… Kebiasaannya… kalau ikut jalan lama ni… sesak teruk (macet)… dan lambat. Kalau ikut jalan tol… ambil masa dalam 20 minit aje… tapi kita kena bayar tol… bila sampai je kat tol… pemandu teksi minta kita bayar tol… dalam RP 10,000..  he.. he…

Menaiki Ojek menuju Kota Makassar

Menaiki Ojek menuju Kota Makassar

Hotel Quality Makassar

Hotel Quality Makassar

Tapi cara ketiga ni yang paling menarik… naik Ojek. Masa saya sampai di luar airport… ada mamat Ojek ni tegur… nak ke mana… dia ingat saya orang jawa dari Surabaya atau Jogjakarta… pastu saya layan je la mamat ni. Oleh kerana hari pun dah mula malam dan saya memang tak tempah hotel awal-awal… so saya minta mamat ni bawak saya pusing-pusing sekali kat area pantai Losari sambil cari hotel bajet… dia minta RP60,000 (dlm. RM 20.00)… saya setuju je… Adventure gak naik motor Ojek ni… motor kapcai je… dah la helmet longgar (kat sana panggil helem)… bawak macam mat rempit mencelah-celah kereta yang macet… siap boleh ngorat awek kat tepi jalan tu… ha… haaa…. Dalam perjalanan, mamat ni explain sikit-sikit tempat yang kami lalu…. dan tunjukkan beberapa hotel bajet… Saya minta mamat ni turunkan saya kat depan Hotel Quality di kawasan Pantai Losari… jauh juga daripada Bandara ke sini… dekat-dekat 30 km. So… saya rasa berbaloi dan bayar terus… Seterusnya saya mula bertanya-tanya bilik kosong di Hotel Quality… mahal beb… semua rate RP 500,000 keatas… semalam. Hotel ni memang nampak mahal… saya rasa 4 bintang kot…

Hotel Anging Mamirri

Hotel Anging Mamirri

Losari Beach Hotel

Losari Beach Hotel

Lepas tu… saya pergi ke beberapa hotel lagi di sekitar Pantai Losari… seperti Losari Beach Hotel… Losari Beach Inn…  Hotel Anging Mammiri… d’Bugis Ocean Hotel… Hotel Pantai Gapura… dan banyak lagi. Daripada pemerhatian saya, harga bilik hotel di sekitar pantai Losari agak mahal berbanding hotel setaraf yang berada jauh sedikit daripada pantai. Rata-rata kadar bilik standard sekitar RP400,000 dan kebanyakannya penuh pada hujung minggu. Seterusnya saya bergerak ke area China Town berdekatan Balai Walikota… Mengikut maklumat yang saya dapat, di China Town ada dua hotel bajet yang ramai dikunjungi backpackers dari Eropah… iaitu New Legend Hostel dan satu lagi Hotel Yasmin.

Pintu Gerbang China Town Makassar

Pintu Gerbang China Town Makassar

Hotel Yasmin Makassar

Hotel Yasmin Makassar

Lobi Hotel Yasmin

Lobi Hotel Yasmin

Standard Room Hotel Yasmin

Standard Room Hotel Yasmin

China Town ni terletak di Jalan Jampea dan boleh dikenali dengan pintu gerbang rekabentuk cina. Apabila melintasi pintu gerbang… terus nampak Hotel Yasmin. Bilik standard masih ada kosong dengan harga RM230,000 (lebih kurang RM80.00) semalam… ada breakfast dan ada Wifi di lobi hotel. Nampak macam ok… bayar deposit RP400,000 dan terus check-in. Masuk dalam bilik… ok la hotel ni… bersih dan selesa.

Alamat Hotel Yasmin:
Hotel Yasmin Makassar,
Jl. Jampea No. 5 Makassar 90174, Sulawesi, Indonesia.
Phone: (0411) 3628329 email: yasmin4hotel@yahoo.com


PELABUHAN PAOTERE

Makassar terkenal dengan pelabuhannya…  Orang-orang bugis Makassar sudah terkenal sebagai pelayar yang hebat sejak beratus-ratus tahun lalu. Menyusuri Jalan Nusantara di sepanjang kawasan pelabuhan memang mengujakan… terlihat kapal-kapal dagang yang besar berlabuh di Pelabuhan Makassar. Di sebelahnya terdapat pelabuhan penumpang yang membawa penumpang ke bahagian-bahagian lain di Indonesia seperti Pelabuhan Tanjung Periok di Jakarta… ke Lombok… ke Papua dan sebagainya.

Makassar Container Terminal

Makassar Container Terminal

Pelabuhan Penumpang Makassar

Pelabuhan Penumpang Makassar

Untuk memasuki kawasan Pelabuhan penumpang Makassar dikenakan tiket sebanyak RP5,000. Puas berjalan-jalan di kawasan pelabuhan… sambil melihat gelagat penumpang yang naik dan turun kapal… saya bergerak pula ke Pelabuhan Tradisional Paotere. Kalau nak berjalan kaki… agak jauh juga iaitu lebih kurang 2 km… so, saya naik Ojek aje dengan tambang RP15,000.

Pintu masuk ke Pelabuhan Paotere

Pintu masuk ke Pelabuhan Paotere

Pelabuhan Tradisional Paotere

Pelabuhan Tradisional Paotere

Sampai sahaja di pintu masuk ke Pelabuhan Paotere ini… pelawat diminta untuk membayar tiket sebanyak RP2,000. Pelabuhan Paotere terletak di sebelah utara kota Makassar dalam daerah Tallo… dan merupakan salah satu peninggalan penting dari Kerajaan Gowa Tallo pada abad ke 14. Pelabuhan ini buat masa ini lebih berfungsi sebagai pelabuhan pengangkutan antara pulau-pulau kecil yang banyak bertebaran di sekitar Sulawesi. Kapal-kapalnya masih mengekalkan ciri-ciri kapal tradisional Makassar. Aktiviti pemunggahan barang giat dijalankan terutama pada waktu pagi… kelihatan pemuda-pemuda Makassar memikul guni-guni besar di atas bahu mereka daripada lori ke dalam kapal atau sebaliknya. Saya menghabiskan masa hampir 2 jam memerhati aktiviti di pelabuhan ini sambil mengambil foto… sungguh mengasyikkan…

Perahu Penduduk Pulau di Paotere

Tempat Parkir Perahu di Paotere

Pemandangan Biasa di Pekan Paotere

Pemandangan Biasa di Pekan Paotere

Setelah puas… saya bergerak keluar daripada pelabuhan… menyusuri Pekan Paotere. Pekan ni memang klasik dan rata-rata dihuni oleh golongan masyarakat biasa… dan aktiviti banyak berkisar berkaitan proses berjual beli diantara penduduk tempatan dengan penduduk pulau berdekatan… juga jual beli ikan… Seterusnya saya ke pengkalan ikan (tempat nelayan memunggah naik ikan daripada laut) dan berdekatan juga terdapat pasar ikan. Memang banyak ikan di sini… dan rata-rata saiznya agak besar… dan murah…

Pengkalan Ikan Paotere

Aktiviti memunggah ikan di Pengkalan Ikan Paotere

Ikan bersaiz besar di Pasar Ikan Paotere

Ikan bersaiz besar di Pasar Ikan Paotere

Setelah puas saya melihat-lihat aktiviti jual beli ikan di pengkalan… di kawasan sekitar ada warong-warong kecil ikan bakar… memang ramai orang… mungkin murah kot… Saya pun menghampiri salah satu kedai dimana… ada mamat ni sedang membakar ikan… saya pun bertanya untuk makan sambil menunjuk ikan yang sedang di bakar. Tapi… mamat ni cakap bahawa semua ikan yang sedang di bakar ni orang punya… ikan perlu di beli sendiri di pasar… kemudian bawa ke kedai untuk di bersihkan dan di bakar… ohh… begitu rupanya… he… he…

Ikan segar yang berharga RP10,000

Ikan segar yang berharga RP10,000

Menunggu ikan dibakar

Menunggu ikan sedang dibakar

Seterusnya saya kembali ke pasar… dan membeli ikan (saya tak pasti apa namanya…) yang agak besar dan berharga RP10,000 sahaja. Penjual di pasar terus bagi ikan tersebut kepada saya tanpa plastik… rupa-rupanya pembeli ikan di sini perlu membawa bekas sendiri. So… saya pun menjinjing ikan tu dan bawa ke kedai makan tadi untuk di bakar… Sambil menunggu ikan masak… saya berborak-borak dengan mamat yang bakar ikan tu… dia kata, dia suku kaum Makassar dan di Makassar ni ada dua suku kaum yang terbesar iaitu Bugis dan Makassar. Kebanyakan penduduk di Pekan Paotere ni bekerja sendiri dan kebanyakannya adalah nelayan atau sebagai orang tengah yang membeli ikan daripada nelayan dan kemudian menjual kepada penduduk Makassar. Rata-rata kehidupan di sekitar Paotere dan Tallo ni amat sederhana… dan kemudahan jalan, api dan air adalah sangat terhad.

Saya perhatikan… ramai juga orang (mungkin pekerja yang mengambil upah di pasar) yang membawa pelbagai jenis ikan untuk di bakar… ada juga sotong dan udang… kemudian makan dengan berselera sekali… Mamat yang bakar ikan ni ada juga beritahu saya bahawa ikan yang paling sedap untuk di bakar ialah ikan Baronang… tapi agak mahal sedikit (ni yang nak repeat ni… he.. he…)

Ikan bakar bersama nasi serta sambal

Ikan bakar bersama nasi serta sambal

Rumah Makan Seafood Paotere

Rumah Makan Seafood Paotere

Setelah ikan siap dibakar, pekedai tu hantar nasi dengan beberapa jenis sambal/pencicah… sambal tomato… sambal mangga… sambal belacan… ada cili dan hirisan limau… air teh o ais. Memang best la makan camni… ikan dia memang fresh la… rasa macam nak tambah jek… he… he… Habis makan, saya pun bayar… semua cuma RM8,000 je… so campur ikan RP10,000… cuma RP18,000 (lebih kurang RM7 sahaja)… murah.

Habis makan, saya keluar dari kawasan pengkalan… jalan-jalan dan terjumpa Rumah Makan Seafood Paotere yang agak terkenal di Makassar… “Alamak… ni kena try ni…” oleh kerana perut pun dah kenyang, so… lain kali lah kot…. he.. he… Dari Paotere, naik Pete-Pete ke MTC Karebosi dengan tambang RP3,000 je.


PANTAI LOSARI

Jika ke Makassar, seakan tidak sah kalau tidak menikmati keindahan matahari terbenam (sunset) di Pantai Losari. Petang tu… hujan renyai-renyai di Makassar. Daripada Karebosi Link… naik Pete-Pete jurusan ke Tanjung Bunga… dan turun di pintu gerbang jalan masuk ke Tanjung Bunga berdekatan dengan Pantai Losari… cuma RP3,000 je. Sampai je di situ… matahari dah nak tenggelam. Sempat juga ambil beberapa keping gambar sunset di Pantai Losari… memang cantik…

Sunset di Pintu Gerbang Tanjung Bunga Makassar

Sunset di Pintu Gerbang Tanjung Bunga Makassar

Sunset di Pantai Losari Makassar

Sunset di Pantai Losari Makassar

Pantai Losari ni memang terkenal sebagai tempat berehat (lepak) waktu petang dan malam… tapi saya perhatikan, rata-rata pengunjung adalah daripada golongan sederhana dan bawahan. Di situ ada ramai penjaja… makanan ringan termasuk pisang epe (pisang bakar), kacang rebus… dan barang mainan pun banyak dijual di sini. Saya lepak sekejap di sini sambil memerhatikan gelagat pengunjung… tiba-tiba datang sekumpulan anak muda menyanyi sambil bermain gitar (di sini diaorang dipanggil pengamen)… kemudian salah seorang ahli kumpulan datang untuk mengutip wang… sedap jugak suara diaorang ni…

Kemudian saya bergerak ke arah Fort Rotterdam… lebih kurang 1 km. Di depan Fort Rotterdam ada satu restoran moden yang dikenali sebagai “Kampoeng Popsa”. Tempat ni memang relaks dan terletak di tepi laut… dan rata-rata pengunjung adalah golongan pertengahan… tempat dia memang menarik… dan ada persembahan live band. Restoran ini menggunakan konsep Food Court… dimana terdapat pelbagai gerai dengan pelbagai jenis juadah. Kita pesan makanan… kemudian kita diberi resit dan bayar di kaunter (kasir) berpusat. Di sini saya sempat merasa beberpa jenis makanan termasuk nasi goreng merah, kopi O dan avokado kelapa ais… harga agak mahal sedikit. (tapi yang kurang selesa sikit… ada juga disediakan arak untuk pengunjung…).

Restoran Kampoeng Popsa Makassar

Restoran Kampoeng Popsa Makassar

Kampoeng Popsa terletak di tepi laut

Kampoeng Popsa terletak di tepi laut


MAKAN-MAKAN DI MAKASSAR

Makassar memang terkenal dengan beberapa makanannya seperti coto makassar, sop konro, nasi kuning, es pisang ijo, ikan bakar dan pelbagai lagi. Restoran sop konro Karebosi terletak di Jl. G. Lompobattang No. 39/41 Makassar dan hanya 5 minit sahaja jika berjalan kaki dari Karebosi Link. Bangunan asal sop konro ini sedang di ubahsuai… dan tempat sementara berada di hadapan sahaja daripada kedai asal.

Di sini ada dua menu utama yang disediakan iaitu Sop Konro atau Konro bakar. Kuah sup yang disediakan agak pekat dan berwarna coklat ke hitam-hitaman. Rasanya… memang mantap… Isinya ialah daging tulang selangka lembu (iga sapi) bersama dengan tulangnya. Sop konro karebosi merupakan sop konro pertama di Makassar dan telah wujud semenjak tahun-tahun 60an lagi. Konro bakar pula ialah daging sup yang kemudiannya di bakar dan diletakkan sambal kacang (bumbu kacang). Di sini saya memesan konro bakar dan sup kosong berserta nasi dan teh o ais. Harganya ialah RP40,000.

Bangunan asal yang sedang diubahsuai

Bangunan asal yang sedang diubahsuai

Restoran Sop Konro Karebosi

Restoran Sop Konro Karebosi

Daging sup yang di bakar

Daging sup yang di bakar

Daging sop konro bakar dengan kuah kacang

Daging sop konro bakar dengan kuah kacang

Daripada maklumat yang saya terima, cawangan Restoran Sop Konro Karebosi ni telah di buka di Jakarta atas permintaan ramai. Saya ada mencuba makanan coto makassar di food court MTC Karebosi. Food court ini terletak di tingkat paling atas sekali dan konsep pembeliannya adalah dengan memesan makanan… kemudian diberikan resit… bayar di kaunter berpusat… dan bagi balik resit pembayaran ke kedai makan tadi.

Hidangan coto makassar di Food Court MTC

Hidangan coto makassar di Food Court MTC

Coto Makassar dan ketupat nasi

Coto Makassar dan ketupat nasi

Coto Makassar ni adalah sup yang diperbuat daripada daging lembu dan dicampur sedikit bahagian hati, paru dan lain-lain bahagian dalaman lembu. Ia biasanya dihidangkan bersama-sama dengan ketupat nasi daun kelapa dan perasa pedas dan masin akan disediakan sekali. Rasanya… boleh tahan…

Minuman yang paling saya gemari semasa di Makassar ini ialah… kopi Toraja. Kopi ni memang terkenal di sini… dan dikatakan ditanam di kawasan pergunungan daerah Toraja yang sejuk dan diproses dengan cara tradisional. Kopi ni memang sedap semasa saya minum di Makassar… tetapi bila saya bawa balik ke Malaysia dan bancuh sendiri… rasa tak berapa sedap pulak… ha… ha…


SHOPPING

Shopping complex (tempat belanja) di Makassar adalah pelbagai… daripada tempat moden hinggalah ke kedai-kedai kecil di tepi jalan. Antaranya adalah MTC Karebosi (juga dikenali sebagai Karebosi Mall) yang terletak bersebelahan sahaja dengan Karebosi Link. MTC Karebosi ni terdiri daripada bangunan moden bertingkat… ada kemudahan escalator dan lift. Tingkat bawah menjual pakaian dan aksesori wanita… beberapa tingkat tengah menjual barangan elektronik dan handphone… beberapa tingkat sebelah atas menjual barangan komputer… dan tingkat paling atas adalah food court.

MTC Karebosi Mall

Mall MTC Karebosi

Mall Karebosi Link

Mall Karebosi Link

MTC Karebosi pula bersambung dengan Karebosi Link samada dengan melintas jalan ataupun melalui terowong di sebelah bawah jalan raya. Karebosi Link ni pada asalnya adalah sebuah dataran yang mempunyai padang… kemudian dibina Mall setingkat di sebelah bawah padang iaitu Carrefour serta berpuluh-puluh kedai yang menjual pakaian serta aksesori wanita… juga terdapat beberapa restoran moden seperti Pizza Hut dan sebagainya. Mall yang paling besar dan moden di Makassar adalah Panakukkang Mall yang terletak di daerah Panakukkang… lebih kurang 30 minit perjalanan dengan menaiki Pete-pete daripada Karebosi Mall. Bagi pelancong pula… deretan kedai di Jl. Sombu Oku berdekatan dengan Pantai Losari adalah tempat belanja yang mesti dikunjungi. Di sini, terdapat pelbagai barangan cenderahati dan buah tangan buatan Makassar dan juga… barangan dari Kepulauan Sulawesi keseluruhannya boleh di dapati disini..

Panakukkang Mall

Panakukkang Mall

Shopping buah tangan di jln. Sombu Oku

Shopping buah tangan di jln. Sombu Oku