My new Blog Address :: gijale.com

Vientiane Laos

Sabaidee…

Catatan perjalanan kali ini adalah berkenaan lawatan saya ke Vientiane dan Vang Vieng di negara Laos sedikit masa dahulu.  Bila saya beritahu kawan-kawan… saya nak ke Laos… mereka kata… “ada apa kat Laos… tak bahaya ke… makanan halal ada ke kat sana dan bla.. bla.. bla…”.

Saya mula mencari-cari maklumat di internet berkenaan travel ke Laos.  Secara ringkasnya… Laos ni terletak di Indochina dan adalah juga sebuah negara komunis… bekas tanah jajahan Perancis… bersempadan dengan negara Thailand, Cambodia, Vietnam, China dan Burma.  Matawang yang digunakan adalah Kip Laos (LAK)… namun begitu USD dan Thai Baht juga diterima di negara ini.  Tapi matawang Kip ni hanya boleh ditukar di dalam negara Laos sahaja… di luar negara Laos, matawang Kip memang tak ada dan tak diniagakan… mungkin kalau ada pun di Nong Khai dalam negara Thailand yang bersempadan dengan Vientiane. Jadi, kalau keluar dari negara Laos dan balik ke Malaysia… kena tukar wang Kip balik ke USD atau Thai Baht di Wattay Airport… kalau tak, duit tu jadi perhiasan aje la… ha… ha…

Perjalanan menggunakan Air Asia dari LCCT ke Wattay Airport Vientiane mengambil masa kira-kira 3 jam sahaja. Bertolak 7.30 pagi dan sampai 10.30 pagi waktu Malaysia bersamaan 9.30 pagi waktu Laos. Dalam perjalanan di dalam flight… bersembang dengan seorang brother ni… orang Malaysia.  Dia ni kontraktor bangunan yang tengah buat projek untuk menyiapkan bangunan Maybank di Vientiane. Dia memang dah beberapa bulan tinggal di Vientiane. Menurut dia… di Vientiane ni walaupun negara komunis… tapi aman je… tak banyak jenayah… kebanyakan aktiviti berjalan pada waktu siang sahaja. Kalau kita ronda tengah-tengah malam, biasanya kita akan kena tahan dengan Polis Laos… lepas tu dia suruh balik hotel… silap-silap kena escort balik hotel.  Satu lagi… dia kata orang Laos ni agak slow sikit… kerja lebih sikit taknak… pukul 5 pm je… semua nak balik…. bagi overtime pun taknak.  Sebab tu la dia ambil orang Vietnam bekerja… rajin sikit.

Wattay International Airport Vientiane

Sampai je di Wattay Airport… saya terus ke tempat penukaran wang… tukar wang USD kepada Kip.  Walaupun USD diterima di sini… lebih baik kita berurusniaga menggunakan Kip. Sebab kalau kita bayar guna USD tapi ada balance sikit-sikit… diorang selalu tak bagi balik.  10,000 Kip bersamaan dengan lebih kurang RM 4.  RM 10 bersamaan dengan 100 Baht.

Money Changer di dalam Wattay Airport

Daripada airport ke pusat bandar hanya berjarak sejauh lebih kurang 3 km sahaja.  Kalau naik teksi… tambang adalah USD 10 untuk sebuah teksi.  Teksi memang banyak di kawasan airport.  Kalau nak murah sikit… kena jalan keluar daripada kawasan airport… lebih kurang 100m sahaja… kemudian boleh tahan dan naik tuk-tuk 10,000 kip.  Tempat dimana hotel bajet dan guesthouse murah adalah di kawasan Mixay Watt atau Mekong riverside.

Pusat bandar Vientiane ni takde la besar sangat… lebih kurang macam Kota Bharu di Malaysia je. Aktiviti harian masyarakat setempat banyak tertumpu di Talat Sao… kawasan pasar dan stesen bas… dan keadaannya agak sibuk dan kelam kabut.  Kawasan yang lebih tenang sedikit adalah di kawasan tepi sungai mekong dan berdekatan dengan Mixay Wat… dan menjadi tumpuan pelancong daripada luar.  Boleh di katakan hotel, hostel dan guesthouest sederhana dan murah berada di kawasan ini.

Mixay Wat

Hotel dan Guesthouse

Hotel di Laos ni kebanyakannya diusahakan oleh syarikat dengan kakitangan yang terlatih dan berada di Hotel 24 jam mengikut shift.  Manakala guesthouse biasanya diusahakan oleh orang persendirian dengan kakitangan yang terhad… biasanya mereka bekerja pada siang hari sahaja… dan pemilik guesthouse tersebut kebanyakannya tinggal di situ juga.

Mixay Guesthouse

Mixay Guesthouse terletak berdekatan dengan Mixay Wat di Jalan Norkeokumman.  Keadaan guesthouse ni sederhana sahaja.  Bilik Dorm 5 ke 6 katil… dengan berkongsi bilik air yang berada di luar dorm hanya berharga lebih kurang RM17 semalam sahaja.  Bilik single & fan (tiada air cond.)… single bed… berkongsi bilik air di luar bilik pula berharga USD 9 sahaja (lebih kurang RM30), manakala bilik double bed berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV dan bilik air di dalam bilik berharga USD 19 sahaja (lebih kurang RM60).

MIXAY Guesthouse Entrance

Saya tertarik untuk menginap di guesthouse ini pada mulanya kerana mungkin saya perhatikan ramai backpackers daripada Eropah yang menginap di sini… mungkin kerana harganya yang murah dan keadaan bilik dan bilik air yang bersih.  Bacpackers Eropah biasanya travel ke negara-negara Indochina selama berbulan-bulan lamanya… dan mereka biasanya hanya memerlukan tempat tinggal yang murah dan bersih.

Keadaan di luar bilik dan bilik air berkongsi di tingkat 3

Dalam bilik Single Bed & Fan

Alamat Mixay Guesthouse:
Unit 056, Norkeokumman Road, Mixay Village,
Chanthabouly District, Vientiane Capital, Lao PDR.
Phone: (+856-21)213 679
Emel: laomixaygh@yahoo.com

Di sini juga ada disediakan tempat menyimpan beg dengan kadar bayaran sebanyak 1000 Kip per bag sahaja.

Baggage Service

Mixay Paradise

Mixay Paradise pula terletak betul-betul di pintu hadapan  Mixay Wat.  Guesthouse ini kalau tak silap saya ialah pengurusan yang sama dengan Mixay guesthouse. Bangunan empat tingkat ini nampak baharu… dan dilengkapi dengan lift dan juga ruangan cofee house di sebelah dalam dan sebelah luar guesthouse.  Harga bilik di sini adalah sama dengan di Mixay Guesthouse.

Bangunan Mixay Paradise

Ruangan Lobi Mixay Paradise

Bilik Double Bed & Fan – 75,000 Kip

Saya secara peribadi memang mengesyorkan sesiapa yang ke Vientiane untuk menginap di Mixay Paradise. Selain daripada harganya yang berpatutan, guesthouse ini juga adalah bersih dan berdekatan dengan restoran halal muslim serta pasar malam di Mekong Riverside.  Berikut adalah review daripada tripadvisor.com.my.

Alamat Mixay Paradise:
No 02, Unit 01, Frangcois Ngin Road,
Mixay Village, Chanthabouly District,
Vientiane Capital, Lao PDR
Tel: (+856 21) 254 223-4
Fax: (+856 21) 254 510
Emel: laomixayparadise@yahoo.com

Makanan Halal di Vientiane

Terdapat beberapa restoran yang menyediakan makanan halal di Vientiane.  Restoran yang paling popular di kalangan warga Malaysia yang tinggal di Vientiane ialah Nazim Indian Halal Food Restaurant.  Jika kita lepak lama sikit kat Restoran ni… mesti jumpa orang Malaysia termasuklah daripada kedutaan Malaysia di Vientiane.

Nazim Indian Halal Food

Restoran mamak ini lokasinya berdekatan dengan Wat Chan Temple dan Salana Hotel. Menu yang disediakan adalah sama sahaja dengan menu di Malaysia termasuklah mee goreng dan nasi goreng. Restoran ini dibuka daripada jam 9.30 pagi sehingga 11 malam.

Alamat Restoran Nazim:
Chao Anou Rd. Ban Watchan. Vientiane, Laos
Tel: (021) 223480 (021) 217958

Nasi Baryani kambing dan Teh Tarik di Nazim Restaurant

Satu lagi restoran halal yang terdapat di Vientiane adalah Fathima Restaurant – Indian & Malaysian Food.  Restoran ini terletak berhadapan dengan sungai mekong dan Dataran Riverside di mana setiap malam terdapat pasar malam.

Fathima Restaurant

Alamat Fathima Restaurant:
Fa-Ngum Road, Vientiane, Lao PDR
Tel: 856-21 219097 / 856-20 5613302
Emel: alilao3320@hotmail.com

Selang beberapa buah kedai di jalan yang sama, terdapat sebuah lagi restoran halal muslim iaitu Noor Halal Indian Restaurant.

Noor Halal Indian Restaurant

Alamat Noor Restaurant:
Fa-Ngum Road, Vientiane, Lao PDR
Tel: 021 250786 / 021 261876

Saya memang tiada masalah berkenaan makanan halal di Vientiane… lagi pun saya memang kaki mamak pun di Malaysia… ha… ha… cuma kalau kita perhatikan… di semua kedai halal ini juga menyediakan Lao Beer kepada tetamu bukan muslim dan pelancong Eropah… mmm… yakin je la…

Jalan-Jalan di Vientiane

Di Vientiane ni memang banyak terdapat kuil buddha… boleh dikatakan setiap 100 atau 200 meter, kita akan berjumpa dengannya. Tetapi saya memang tidak berminat untuk mengunjungi kuil di mana-mana tempat pun yang saya kunjungi… walaupun cantik. Apa yang menarik minat saya adalah budaya dan rentak kehidupan harian masyarakat biasa di sesuatu tempat… sebab itu lah tempat yang menjadi kunjungan saya biasanya pasar, stesen bas tempatan, tempat rakyat biasa berkumpul dan sebagainya.

Pada hari pertama saya di Vientiane… saya tertarik dengan sebuah kedai yang membuat sewaan basikal dan motosikal. Sewaan basikal adalah sebanyak 10,000 kip untuk sehari semalam dan penyewa perlu menyerahkan samada IC, lesen, pasport atau deposit USD30.

Basikal Sewa di Vientiane

Biasanya di tempat-tempat lain yang pernah saya kunjungi… apabila sampai je, saya akan cuba pusing di sekeliling bandar samada menggunakan bas, tuk-tuk atau sebagainya untuk mendapatkan gambaran kasar… supaya memudahkan lagi untuk saya menjelajah di kemudian hari… dan yang paling penting adalah supaya tidak sesat… ha… ha…  Jadi saya sewa basikal untuk sehari… dan saya juga diberi kunci serta rantai basikal. Menunggang basikal di Vientiane pada bulan Julai adalah selesa sekali… kerana cuacanya yang redup dan agak sejuk. Jalan-jalan di sini juga kurang sibuk… cuma agak kekok sedikit kerana di sini menggunakan sistem jalanraya left hand drive.

Shoping Complex terbesar di sini adalah Talat Sao… dimana ia adalah bersebelahan dengan pasar menjual pelbagai barangan harian daripada kain baju, barang-barang cenderamata, buku-buku sehinggalah kepada alat-alat elektrik. Bersebelahannya adalah Stesen bas biasa untuk masyarakat tempatan bergerak.

Talat Sao Mall