Latest Entries »

Bukit Tochal diliputi Salji

Bukit Tochal diliputi Salji

Salah satu tujuan saya menjelajah bumi Iran pada musim sejuk adalah untuk merasai pengalaman turunnya salji.  Di Tehran, ada beberapa tempat yang sentiasa terdapat salji sepanjang tahun iaitu samada di Bukit Tochal Ski Resort, Dizin Ski Resort, Damavand Ski resort atau beberapa lagi tempat lain.  Maklumat berkaitan Tehran Ski Resort boleh diperolehi pada website http://iranskitours.ir/. Bukit Tochal Telecabin adalah Resort yang paling dekat dengan Tajrish… dan terdiri daripada 7 stesen dimana stesen yang paling atas mempunyai Ski Resort yang sentiasa ada salji.

Pergunungan Utara Tehran di lihat dari Tajrish

Pergunungan Diliputi Salji Utara Tehran di lihat dari Tajrish

Keluar sahaja dari Tajrish Metro Station… cuaca cerah dengan matahari bersinar sedikit tetapi suhu masih menurun sehingga minus degree celcius…terdapat beberapa tempat diliputi salji.. dan saya difahamkan salji turun pada malam tadi.  Stesen Metro Tajrish betul-betul berada di sebelah Tajrish Bazaar dan juga Tajrish Square.  Saya mengambil kesempatan menyelusuri Bazaar yang sangat menarik… dimana bazaar tradisional bersambung dengan bazaar moden di bawah satu bumbung.

Salji di Sekitar Valenjak & Tajrish

Salji di Sekitar Valenjak & Tajrish

Saya meneruskan perjalanan menuju ke Valenjak untuk ke Tochal Mount menggunakan teksi yang terdapat di sekitar Bazaar dengan tambang T20 (200,000 riyal).  Jarak dari Tajrish Square ke Valenjak hanya kira-kira 4km menaiki bukit tetapi pemandu teksi yang peramah akan memberhentikan teksi sekiranya ada tempat menarik untuk mengambil gambar.  Semakin menaiki dan mendaki bukit, liputan salji semakin tebal meliputi di tepi-tepi jalan dan juga di atas pokok… dan terdapat juga salji nipis yang sedang turun apabila matahari tidak kelihatan disebalik awan dan kabus.

Tochal Telecabin

Tochal Telecabin

Teksi berhenti di Valenjak dan pintu gerbang Tochal Telecabin sahaja… kemudian saya perlu naik lagi ke Stesen Tochal Telecabin yang terletak lebih kurang 2km ke atas bukit menggunakan perkhidmatan kereta buggy dengan bayaran T1 (10 riyal).  Di sini salji semakin tebal dan rancangan awal hendak ke Stesen yang lebih tinggi terpaksa dibatalkan kerana masalah cuaca buruk… dan rasaya tidak perlu kerana salji telah memenuhi setiap ruang di Tochal telecabin ini. Jadi, saya hanya menghabiskan masa di Stesen Tochal Telecabin ini sambil minum kopi panas… dan menikmati suasana salji di sini.

Saya berada di Tochal Telecabin sekitar 1 ke 2 jam… kemudian saya turun kembali ke pintu gerbang Tochal Resort menggunakan kereta buggy dengan bayaran T1 juga.  Kemudian saya menyusuri turun dengan berjalan kaki ke Valenjak dan kemudian terus perlahan-lahan berjalan menyelusuri jalan-jalan yang diliputi salji menuju ke Tajrish Square.  Di sepanjang jalan saya akan singgah minum sambil memanaskan badan di kedai-kedai menjual kopi panas dan juga roti segar… membuatkan perjalanan tidak terasa penat walaupun menjangkau 4km.

Coffee Shop di Tochal Telecabin

Coffee Shop di Tochal Telecabin

Hari pertama di Tajrish saya akhiri dengan perancangan untuk ke sini lagi sekiranya ada kesempatan lagi. Selang sehari… saya dimaklumkan bahawa salji turun lagi di Tajrish… dan tanpa berlengah saya terus ke Tajrish menaiki Metro train. Keluar sahaja dari stesen metro Tajrish… kelihatan salji turun dengan lebat sekali… dan pengalaman turunnya salji lebat di Tehran pada hari ini memang tidak akan saya lupakan kerana salji di Tehran berlaku dalam beberapa hari sahaja sepanjang tahun dan tidak boleh diramal.

Imamzadeh Saleh Shrine yang Terletak di Belakang Tajrish Bazaar

Imamzadeh Saleh Shrine yang Terletak di Belakang Tajrish Bazaar

 

Imam Khomeini Square

Imam Khomeini Square

Keesokan harinya kami memulakan eksplorasi… tujuan kami pada hari ini adalah untuk ke Bukit Tochal yang terletak di utara Tehran.  Cuaca agak sejuk pagi itu… saya rasa dalam 1 atau 2 degree celcius… padahal minggu lepas suhu hanya 10 ke 15 degree celcius. Mulanya saya cuma berpakaian jaket tebal biasa sahaja berjalan keluar hotel… tetapi akhirnya terpaksa berlari-lari masuk semula ke hotel dan menukar pakaian yang lebih sesuai… bubble jacket & boots… rasa-rasanya salji akan turun hari ni.

Walking from Firouzeh Hotel to Emam Khomeini Metro Station

Walking from Firouzeh Hotel to Emam Khomeini Metro Station

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Emam Khomeini Metro Station yang jaraknya dalam 1km dan berada di Emam Khomeini Square.  Satu lagi Metro station yang dekat dengan Hotel adalah Mellat Metro Station tetapi mempunyai jalur perjalanan timur ke barat.

 

Train Metro Ticket

Train Metro TicketTiket sehala ke Tajrish Metro Station boleh dibeli di kaunter tiket dengan harga hanya 75,000 riyal bersamaan lebih kurang RM1… sangat murah… untuk semua station yang berjarak dekat.  Satu lagi cara ialah dengan membeli Metro Kad juga boleh dibeli di kaunter tiket mana-mana Metro Station… dan setiap kali menggunakan perkhidmatan Metro.. kad akan disentuh pada kad reader di pintu masuk dan keluar Metro Station dan jumlah kredit akan ditolak.  Penambahan kredit juga boleh dibuat di mana-mana Metro kaunter tiket.

 

Metro di Tehran terdiri daripada beberapa jalur iaitu Line1 – redline (utara-selatan),Line2 –  blueline, dan beberapa line lagi.  Jalur ke Tajrish adalah melalui Line1 (Redline).

Suasana di Metro Station agak sesak terutama pada waktu pergi dan pulang kerja iaitu sekitar jam 8.00 pagi dan 4.30 petang.  Ada sekali tu saya menaiki train betul-betul pada waktu petang semasa mereka pulang kerja… memang macam sardin. Setiap kali berhenti di Station dan penumpang keluar… kemudian berlaku tolak-menolak daripada luar untuk masuk ke dalam train… selagi muat… Mujur juga ada disediakan gerabak untuk wanita sahaja pada gerabak pertama dan terakhir train.

Suasana di dalam train pada masa biasa dan tidak sesak adalah sangat menarik… dimana terdapat penjual yang menjual pelbagai barangan daripada makanan, barang mainan, stokin, tali pinggang dan sebagainya… mundar mandir di sekitar train dengan pelbagai aksi penjual.

Perjalanan ke Tajris menggunakan train Metro mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja… dan merupakan pengangkutan yang cekap dan murah jika dibandingkan dengan kereta, teksi ataupun bas.  Pengangkutan menggunakan teksi agak mahal di Tehran… dimana saya pernah menggunakan perkhidmatan teksi hanya dalam 4 km jaraknya… dikenakan bayaran sehingga T20 (~RM23).  Tambahan pula, kesesakan lalulintas adalah perkara biasa di Tehran dan perjalanan yang dekat pun… boleh mengambil masa yang lama.

Pemandangan Bandar Tehran

.

Saya memang sudah lama memasang impian untuk ke negara Iran… beberapa tahun sebelum ini pernah membuat itinari tetapi perbelanjaan agak mahal terutamanya kos kapalterbang.  Namun, tahun 2016 Air Asia seolah-olah membuka peluang untuk impian saya tercapai apabila menawarkan kos tiket yang sangat berpatutan bagi budget traveler… seperti saya.

Tiket Air Asia yang saya perolehi hanya berharga RM700 pergi dan balik… dan perjalanan yang dirancang adalah pada musim sejuk iaitu akhir november 2016… dengan harapan salji akan turun pada waktu itu.

Tepat pada masanya, saya telah berada di Boarding Hall di KLIA2. Semasa menunggu, saya dapati tidak ramai rakyat Malaysia yang menaiki flight ke Tehran… mungkin dalam 7 ke 8 orang sahaja… yang selebihnya adalah warga Iran.  Lelakinya berpakaian kemas dan wanitanya nampak cukup menjaga penampilan dengan solekan dan rata-rata free hair… cabin crew juga kemas dengan berseluar panjang…  Flight berlepas lebih kurang pada pukul 7pm. Semasa di dalam flight… saya biasanya memang tidak pre-order makanan… kalau betul-betul lapar, barulah order makanan masa tu juga… tetapi pada kali ini dapat makanan percuma pula iaitu kebab ayam bersama nasi dan kali kedua pizza shawarma… terimakasih Air Asia.

Perjalanan mengambil masa selama 7 jam 45 minit… mendarat di Imam Khomeini International Airport 11.45 pm waktu tempatan dan suhu pada masa itu (november) adalah 5 darjah celcius.  Saya beratur di foreigner lane… tidak la lama sangat berbanding Iranian lane… pemeriksaan passport tidak menghadapi apa-apa masalah… dan tidak dikenakan insuran. Sebelum ni saya mendapat maklumat awal yang pelawat dari Malaysia akan dikenakan insurans sebanyak USD16 dan visa adalah percuma selama 14hari.  Dalam masa lebih kurang 10 minit… segala urusan imigresen selesai.

Tempat mengambil beg adalah di tingkat bawah.  Untuk makluman… airport ni hanya ada 3 tingkat sahaja iaitu tingkat parking (P), tingkat bawah (G) untuk ruangan ketibaan dan aras 1 untuk ruangan pelepasan.  Setelah mengambil beg… kami keluar dari ruangan kastam dan terus menuju ke tingkat satu untuk menukar duit.  Tukaran matawang USD kepada Iran Riyal tidak mengambil masa yang lama… perlu diingatkan juga bahawa kad kredit tidak boleh digunakan di Iran.  Pada masa tu… 1 USD bernilai lebih kurang IRR 36,000.00 riyal manakala IRR 100,000 lebih kurang RM13.  Satu lagi tips yang perlu anda tahu adalah kebanyakan jual beli di Iran menggunakan Toman iaitu 10 toman (T10) sama dengan 100 thausand riyal (IRR100,000.00).

Setelah membuat penukaran matawang yang secukupnya, kami mencari airport teksi untuk ke hotel.  Tambang teksi adalah sebanyak IRR750,000.00 (T 75) atau sekitar RM100 untuk ke Hotel Firouzeh yang terletak 50 km jaraknya ke pusat bandar dan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Kebanyakan pemandu teksi tidak boleh berbahasa inggeris… jadi saya print maklumat alamat hotel berserta gambar hotel pada kertas A4 manakala saya juga menyediakan pen untuk pemandu teksi menulis tambang pada kertas semasa membuat urusniaga.

firouzeh-1

.

Alamat Hotel:
Firouzeh Hotel, Dolat Abadi Alley, Amir Kabir Street, Tehran.
Tel: +9821 – 3311 3508, HP: 0098-912 436 1974 (Manager: Mr. Mousavi)
Emel: info@firouzehhotel.com, Website: www.firouzehhotel.com

Hotel Firouzeh berkategori hotel bajet… terletak di kawasan bengkel tayar dan membaiki kereta tetapi tidak jauh untuk ke stesen Metro iaitu lebih kurang 1km utk ke Emam Khomeini Metro Station atau 600M untuk ke Mellat Metro Station.  Juga tidak jauh sekiranya nak ke Grand Bazaar iaitu lebih kurang 1.7km sahaja dengan berjalan kaki.  Saya mengambil keputusan untuk menginap di hotel ini salah satunya adalah kerana recommendation daripada budget traveler yang pernah ke Tehran melalui Tripadvisor.

Saya menginap di bilik standard dengan 2 katil single… ada bilik mandi (shower) dalam bilik berserta air panas tetapi terpaksa berkongsi tandas di luar bilik.  Keadaan bilik dan tandas sangat bersih dan selesa.  Harga penginapan adalah sebanyak IRR1300 000 atau USD40 (~RM178) semalam dan ada disediakan sarapan pagi yang ringkas terdiri daripada roti iran berserta keju dan air teh 0 .

Sarapan Pagi di Hotel Firouzeh

Sarapan Pagi di Hotel Firouzeh

Cara tempahan adalah dengan menghantar emel serta menelefon Mr. Mousavi sekurang-kurangnya dua hari sebelum sampai ke sana.  Beliau akan membalas emel dan itu adalah merupakan bukti tempahan.  Beliau juga ada menawarkan khidmat teksi yang boleh menunggu kita di airport dengan harga yang sama iaitu T 750.  Bayaran penginapan hotel boleh dilakukan semasa check-out.  Perkhidmatan WIFI ada disediakan tetapi perlu membayar USD 1 untuk sehari.  Internet access adalah terhad… Penggunaan aplikasi Whatsapp tiada masalah di tehran tetapi Facebook dan Instagram tidak berfungsi dengan baik dan hanya sekali sekala sahaja boleh diakses.

Saya sampai di hotel dengan menaiki teksi lebih kurang jam 12.30 pagi waktu tempatan. Setelah membayar harga tambang teksi (dengan dibantu oleh staf hotel kerana pening untuk mengira duit yang berjumlah beribu-ribu  riyal… hehehe), saya terus check in tanpa masalah.  Hotel staf cuma perlukan passport kami untuk difotostat serta direkod dan boleh diambil pada keesokan harinya.

 

Aplikasi/laman web apa yang saya guna untuk membantu perjalanan saya sepanjang 3 tahun hidup sebagai seorang nomad?

Nota: Ini ialah senarai aplikasi/laman web kegemaran saya yang banyak bantu saya. Ia tak semestinya yang terbaik untuk anda. Senarai ini juga hanya buat tambahan pada senarai aplikasi anda yang anda suka/ada. Maka kalau anda biasa guna Agoda contohnya, teruskanlah guna ikut suka anda. Saya tak maksudkan aplikasi lain tak elok dan sebagainya.

hadhinah

※ Penginapan

1. Airbnb.com. Kami guna dah lebih 70 kali sebagai tetamu di serata dunia. Masih cara yang paling selamat dan boleh diharap. Pertama kali guna memang ralat tapi kalau dah 10 kali guna masih takut takut maka ada sesuatu yang tak kena dengan cara sang traveler belajar guna perkhidmatan ini. Cara ini juga cara yang seronok untuk bersahabat! Murah rezeki kami banyak kali juga host bawa jalan-jalan percuma, belanja makan dan sebagainya.

2. Booking.com. Hanya bayar bila tiba di hotel/motel. Dah lebih 3 tahun gunakannya belum pernah lagi duit ditipu atau sewenang-wenang ditolak dari kad kredit/debit. Beratus kali juga kami dapat batalkan tempahan secara percuma!

3. Hostelworld.com. Untuk cari bilik hostel serata dunia, enough said. Banyak kali saya gunakan ini ketika travel solo yang mana waktu itu saya banyak kali jumpa bilik dengan harga $5-$10 satu malam.

※ Penempahan tiket penerbangan dan kereta sewa

1. Kayak.com. Mudah difahami dan boleh diharap. Selalu gunakan ini sekaligus untuk cari kereta sewa. Kayak akan senaraikan semua yang “possible” termasuk penerbangan yang ada 2 atau 3 transit tapi masih harga sama dengan penerbangan terus ke destinasi. “Interface” laman web Kayak pun menarik.

2. Skyscanner.com, Priceline.com dan Vayama.com untuk “cheap deal” penerbangan antarabangsa bila di Kayak nampak tak ada.

3. Hopper.com. App magis ini akan jangkakan dan beritahu (berdasarkan maklumat harga tiket semasa) bila masa sesuai dan murah untuk beli tiket “flight” untuk anda dalam bentuk kalendar yang di “highlight” dengan warna seperti merah dan hijau.

※ Pemetaan dan perancang perjalanan

1. Google Maps dan/atau Citymapper.com untuk pemandu, pejalan kaki, dan pengguna perkhidmatan awam. Kedua-dua ini juga penting atau lebih penting dari GPS kereta anda. Sekarang ini Google Maps dah boleh letakkan “point-point” persinggahan sebelum destinasi. Melalui Google Maps juga saya temui banyak tempat-tempat menarik yang cantik tapi tak popular (seperti Fire Wave di Valley of Fire, Nevada) dan lain-lain. Google Maps juga boleh diharap untuk mencari tempat makan halal, kedai percetakan dan kafe siber, tempat ganti tayar dan servis pantas lengkap dengan “reviews”, “rating” dan masa operasi. App ini sangat membantu terutama bila anda hidup nomad berkereta seperti kami kerana GPS sudah banyak kali bawa kami melalui jalan merbahaya tanpa penghujung. Kerana Google Maps ini sudah jadi “real time”, perjalanan jadi lebih selamat.

2. RoadTrippers.com. App paling cun khas untuk sang road tripper. Bukan saja ia boleh petakan jarak perjalanan anda malah ia boleh kirakan jangkaan berapa banyak dan harga minyak kereta anda perlukan berdasarkan setting CC kereta anda, serta jumlah jam dan hari perjalanan sambil menyarankan tempat-tempat yang wajib dilawati dan penginapan menarik sepanjang perjalanan anda. App ini juga kemas, padat dengan maklumat tempat-tempat menarik, serta mudah difahami.

3. Tripit.com. App ini macam poket/fail anda. Ia akan kumpulkan semua penempahan hotel, tiket penerbangan, kereta sewa dan lain-lain berkaitan perjalanan anda dalam satu “folder” atau “tab”! Ia juga akan mengingatkan anda tentang masa penerbangan dan yang berkaitan.

4. GasBuddy. Di USA harga minyak berbeza mengikut negeri, daerah, bandar dan stesn minyak. App ini membantu anda mencari stesen minyak dengan harga paling murah dan maklumat dipaparkan di atas peta mengikut lokasi fizikal anda.

※ Tempat makan halal dan servis lain

1. Zabihah.com. Ia bukan saja untuk cari restoran halal malah untuk cari masjid/musollah! Untuk di USA saya gunakan app “NaanMap for iPhone”.

2. Yelp. Memandangkan kami di USA di mana Yelp ini ialah segalanya, ia memang sangat memudahkan hidup. Dari untuk cari restoran halal hingga tempat untuk jaga haiwan peliharaan, semua ada di Yelp ini. Kebanyakan masa pengguna dapat diskaun hanya dengan “check in” di lokasi. Reviews dan rating di Yelp juga sangat berguna.

3. Splittr. App penting untuk kira bayaran asing-asing bila travel dengan kawan-kawan!

4. TripAdvisor. App klasik untuk cari maklumat+tengok gambar dari traveler lain di hampir semua tempat di seluruh dunia.

※ Perantara bahasa

Duolingo. Rekabentuk aplikasi ini sungguh baik untuk belajar “basic” bahasa asing. Caranya ialah melalui kuiz, bukan melalui pembacaan semata-mata!

※ Pertukaran matawang

XE Currency! App wajib ada dalam phone masing-masing supaya tak kena tipu vendor tepi jalan. Saya guna ini dah lama dan ia memang terbaik. Bila ada internet, kemaskini app ini dan ia boleh digunakan selepas itu walau tiada internet.

※ Edit dan perkongsian gambar/video

1. Snapseed. App dari Google yang mudah digunakan oleh semua termasuk jurugambar pro! Semua ada di dalamnya.

2. VSCO. App untuk edit gambar anda dengan mood dan tona berbeza dari biasa. Anda boleh guna VSCO untuk kongsi gambar-gambar anda seperti di Instagram.

3. ColorSplash. App untuk buang warna atau warnakan objek dalam gambar supaya berbeza dengan “background” atau objek lain di dalam gambar.

4. Photo Eraser. App untuk padam orang lain atau benda yang tak dikehendaki dalam gambar anda. Perlukan sedikit latihan untuk guna sebab app ini juga boleh rosakkan gambar bila tak tahu guna.

5. Splice. App untuk edit video dari GoPro yang bagi saya sangat menarik dan mudah digunakan.

6. Instagram. Tak perlu diterangkan lagi.

Yang penting bagi saya ialah untuk TAK TERLEBIH EDIT sampai hilang rupa gambar asal.

※ Peneman di kala sunyi

Sebelum ini saya guna MP3 player dalam bentuk USB yang boleh muat dalam 10 lagu sahaja, takpun CD. Sekarang ini saya guna Spotify.com. Oh app ini bukan saja boleh guna untuk dengar lagu hits, ia juga ada perkongsian lagu-lagu keagamaan!

*

Mudahan bermanfaat.

Anda boleh cuba dan tambah dalam koleksi anda dengan apa yang saya senaraikan di atas. Semua ini TERPULANG pada citarasa dan kreativiti individu kerana terlalu banyak aplikasi untuk memudahkan perjalanan di luar sana. Anda cuma perlu jadi KREATIF dan RAJIN mencari untuk dapat betul-betul nikmati mudahnya perjalanan anda. Kadang-kadang orang MALAS selalu rugi. Ingat, dalam dunia travel ini bukan ada TRIVAGO saja. 😉

*

Untuk gambar-gambar perjalanan saya yang lain, boleh ke Instagram saya di www.instagram.com/hannahonearth 👍🏼

Bukittinggi Sumatera Barat

April 2016… Ini kali kedua saya ke Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia… dan kali ini saya bawa bersama family. Tiket flight dalam RM300 seorang pergi balik… pengangkutan dan hotel memang tak tempah awal-awal.. gamble je.

Sampai je di Bandara Minangkabau Padang dalam 1.30pm… diluar airport memang dah banyak pemandu teksi / kereta sewa dan ramai juga “ulat” mendekati kami.  Beberapa pemandu kereta sewa terus menghampiri saya… menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke Bukittinggi.  Bagi kereta biasa ke Bukittinggi dalam IDR 400,000 (RM120)… Innova/Kijang 7 seater dalam IDR660,000 (RM200). Ni semua all included termasuk petrol (sesetengan kereta sewa tidak termasuk petrol… kita kena isi sendiri asing).  Oleh kerana kami semua 6 orang dewasa termasuk 2 kanak-kanak, kami decide amik Innova… just nice… settle.

Dalam perjalanan, kami singgah di rumah makan masakan padang… kedai biasa je kami nampak tepi jalan.  Makanan sedap… harga pun ok. makan 6 orang dalam IDR190 (RM55) je.. kalau ikut cadangan pak supir… dia nak bawa ke Rumah Makan Ombak… Dengar cerita ramai pelancong luar makan di sini… makanan sedap… dan harga mahal sikit…

Perjalanan dari bandara di padang ke Bukittinggi memakan masa dalam 2 jam… so kami minta pak supir terus ke Bukittinggi kerana hotel memang belum tempah lagi. Saya cuma pesan pada pak supir agar tolong cari hotel bajet yang dekat dengan Jam Gadang/Pasar atas.

Pak supir membawa kami ke Hotel Gallery… bersebelahan dengan Hotel Novotel (hotel ni 4 bintang… bilik 1 malam dalam IDR1 juta).  Hotel Gallery ni memang dekat dengan Jam Gadang… boleh nampak Jam Gadang daripada hotel.
Alamat:
Gallery Hotel,
Jl. H. Agus Salim No. 25,
Bukittinggi Sumatera barat, Indonesia.
Tel: +62075223515

Kalau kita cari info Gallery Hotel dalam internet seperti Trivago, Booking.com…. memang tiada sebab hotel ni tak join dengan internet booking.  Bayar pun cash… kartu kredit tidak diterima… hehehe..

Macam biasa… saya kalau walk in hotel di Indonesia ni… mesti kena check dulu.. bagi puashati.  Bilik standard harga dalam IDR300 (RM90)… double bed.. ada TV.  Cuma kami confius sikit sebab takde kipas dan AC… tapi pihak hotel menyakinkan kami bahawa di sini cuacanya memang sejuk… terutama sekali pada waktu malam.. so tak perlu kipas atau AC.  Jadi kami akhirnya ambil tiga bilik… kena naik tangga tingkat satu dan dua… tapi view memang superb….  Pagi ada sarapan disediakan… nasi goreng.. mee goreng.. kopi o… Pendek kata… ok je duduk hotel ni… selesa dan harga berpatutan.

Keesokan harinya kami ronda-ronda area Pasar Atas je… cari telekung sulam… kain sulam… tudung sulam… macam-macam sulam ada dan harga pun berpatutan.  Saya ada borak-borak dengan pekerja hotel… bertanyakan dimana lagi boleh pergi jika nak cari kain murah. Dia cadangkan kami pergi ke area Aur Kuning… tapi di situ semua penduduk tempatan je… pelancong tak pergi sana.  Daripada hotel Gallery… kami tunggu ‘angkot’ (van yang dijadikan bas) dengan nombor 13 (Tigo Baleh… ada ditulis pada van). Angkot akan melalui pasar bawah… kemudian ke Stasiun… dan terus ke Aur Kuning.  Pasar Aur Kuning berada di belakang Stesen Bas Aur Kuning.  Tambang angkot adalah IDR3000 seorang (dalam RM1). Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja.

Pasar Aur Kuning memang besar… macam-macam ada dan harga kain… telekung sulam adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Pasar Atas.

Makan di Bukittinggi ni memang takde masalah… nasi padang ada.. sate padang ada… nasi kapau ada… pendek kata semua kena dengan selera kita orang Malaysia… Satu lagi tempat makan yang saya suka pergi semasa di Bukittinggi adalah gerai makanan sore di Stasiun.  Sekiranya berjalan daripada Gallery Hotel… mengambil masa dalam 10 minit je.  Nak naik angkot pun boleh… tapi kena pusing jauh sikit… harga tambang angkot sama je IDR3000.  Di Stasiun, gerai makanan di sini hanya dibuka pada waktu petang sahaja (bermula 5pm)… macam pasar malam… tapi jual makanan sahaja.  Saya paling suka pisang cheese… sate padang… dan bakso di sini… harga berpatutan dan persekitaran bersih.

Satu lagi aktiviti yang menarik dilakukan di Bukittinggi ni adalah menaiki kereta kuda (dipanggil bendi di sini)…  Jika kita menaiki kereta kuda di Jam Gadang dan pusing-pusing bandar Bukittinggi… upahnya adalah IDR50,000 (RM15)…

Hari terakhir kami di Bukittinggi… saya meminta jasabaik pekerja hotel untuk mencarikan kereta sewa untuk ke Bandara di Padang.  Kereta yang dicari oleh hotel adalah kereta MPV… lebih kurang sama besar dengan Innova/Kijang yang kami sewa tempohari tetapi harganya jauh lebih murah iaitu IDR350 (RM105) sahaja.  Saya berpendapat pada masa akan datang… sekiranya kita telah menempah hotel lebih awal, adalah lebih mudah dan juga murah sekirany mendapatkan pengangkutan yang diuruskan oleh pihak hotel berbanding sekiranya walk in di Bandara.

Dalam perjalanan pulang ke Bandara… kami meminta pak supir berhenti di rumah makan tepi jalan (warong) … untuk kami membeli nasi padang (bungkus) untuk dibawa pulang.  Pak supir ada memberikan tips… adalah lebih sedap dan fresh sekiranya kita makan di rumah makan yang lebih kecil kerana mereka akan memasak makanan baru setiap hari… kerana di rumah makan yang besar serta lauk-pauk yang dimasak banyak… kebiasaanya mereka akan memanaskan makanan yang tidak habis hari ini untuk dijual pula pada esok hari.

Ada dua perkara yang saya tidak dapat lupakan tentang Bukittinggi… iaitu nasi padang dan cuacanya yang sejuk.  makan… tidur… makan … tidur… hehehe…

Milan Italy

“Buonasera” … Milano… (bermaksud selamat petang Milan)… Kota fesyen bertaraf antarabangsa ini terletak di utara Italy dan bersempadan dengan Switzerland.

Milano Italia

Milano Italia

Dari Venice, kami sampai ke Milano Centrale… Milan menggunakan perkhidmatan keretapi Trainitalia.  Sebaik sahaja sampai, kami terus membeli tiket bas untuk ke lapangan terbang Aeoroporto Malpensa berharga EUR6… jadi, taklah kami kelam kabut untuk ke airport lusa nanti.  Tiket bas ada dijual di kaunter sebelah luar bangunan Milano Centrale… dan bas untuk ke Malpensa juga ada di parkir di situ.

Milano Centrale

Milano Centrale (picture source is from the internet)

Malpensa shuttle bus

Malpensa Aeroporto shuttle bus (picture source is from the internet)

 

Setelah beberapa ketika meronda-ronda di sekitar Centrale… kami pun bergerak ke Hotel Gala yang terletak di area Marche.

Hotel Gala

Hotel Gala

Venice Italy

“Bonjourno” (Buongiorno)…. “Selamat pagi” dalam bahasa Itali… Venezia atau Venice terletak di timur utara Itali… bandar unik yang telah wujud sejak ratusan tahun lalu ini terdiri dari gugusan 118 pulau yang dipisahkan oleh terusan dan disambungkan antara satu sama lain oleh jambatan-jambatan yang unik senibinanya.

Venice... Italy

Gondola di Venezia

Kali ini kami ke Venice Italy melalui Paris France menggunakan penerbangan tambang murah Europe… Easyjet.  Tambang kapalterbang pembelian secara online adalah EUR50 untuk perjalanan sehala seorang… iaitu kira-kira RM230 sahaja.  Pemeriksaan keselamatan di CDG airport Paris memang ketat… tetapi tiada pemeriksaan passport (kerana kesatuan Europe – EU).  Keadaan kapalterbang Easyjet ni lebih kurang sama dengan Airasia… dan kelihatan agak lama.  Semasa kami menaiki flight… enjin pun belum dihidupkan… setelah betul-betul hendak berlepas barulah enjin dihidupkan.. nak jimat minyak kot… he… he…

DSCN0065

Kapalterbang easyjet.com

Perjalanan melalui udara hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit sahaja.  Pemandangan pergunungan Alps switzerland yang dilihat dari flight … sangat cantik… Sampai di Marco polo Airport Venice… tiada pemeriksaan keselamatan dan sangat mudah.  Airport ini terletak di tanah besar Italy… dan bukannya di pulau Venice iaitu berjarak kira-kira 10 km.  Ada beberapa kaedah untuk ke pusat bandar Venice iaitu samada menggunakan perkhidmatan bot (Alilaguna), teksi ataupun bas (ATVO atau ACTV).  Sekiranya menggunakan perkhidmatan bot… adalah lebih mudah… lebih menarik… dan semestinya lebih mahal.  Jadi, bas jadi pilihan kami.. lebih murah semestinya… he.. he…

DSCN0067

Kaunter public transport ticket yang berada di Marco Polo Airport.

Tiket bas ATVO dari airport ke Piazzale Roma bus station Venice adalah berharga EUR 8 sahaja untuk seorang bagi perjalanan sehala.  Semasa kami bergerak ke bahagian hadapan airport.. bas telah sedia ada di situ… Kami scan tiket pada scanner yang berada di bus stop.. dan terus menaiki bas untuk ke Venice.

DSCN0071

Tempat menunggu bas di hadapan pintu masuk airport Marco Polo.  Kelihatan adalah ticket scan machine untuk membuat pengesahan tiket sebelum naik bas ke pusat bandar Venice.  Kekerapan perjalanan bas adalah 30 minit sekali.

DSCN0074

Pemandangan jalan menuju ke pusat bandar Venice diambil daripada dalam bas.

Perjalanan menaiki bas menuju ke pusat bandar Venice mengambil masa sekitar 30 minit sahaja… melalui pekan-pekan kecil… kampung… yang tenang dan damai.

 

Piazzale Roma bus station

Piazzale Roma bus station

Perkarangan di Santa Lucia Train Station

Perkarangan Hadapan Santa Lucia Train Station

Turun sahaja daripada bas di Piazzale Roma… kami menyusuri jalan berturap batu… mengheret beg melalui jambatan menuju ke Stesen Keretapi Santa Lucia yang berada bersebelahan sahaja dengan Stesen bas.  Seterusnya kami berjalan ke Hotel Hesperia yang telah kami booking secara online sebelumnya… dan mengambil masa dalam 20 minit sahaja.

Bili standard Hesperia Hotel

Bilik standard Hesperia Hotel

Hesperia Hotel

Hesperia Hotel

Harga standard room adalah EUR50 sahaja semalam… beli secara online. Jadi, jumlah untuk dua malam adalah sebanyak EUR 100 lebih kurang RM460 … ditambah dengan EUR3 seorang untuk city tax semalam (dibayar semasa check out)… jumlah keseluruhan adalah EUR100 tambah EUR12 iaitu EUR112 … lebih kurang RM516 untuk dua orang penginapan selama dua hari di Venice…

Bilik kami terletak di tingkat dua… menghadap canal… tetapi toilet persendirian berada di luar bilik (tidak berkongsi).  View memang terbaik… Ada breakfast… bread… cereal… susu… buah-buahan… cappucino… not bad.

View canal daripada tingkap Hotel Hesperia

View canal daripada tingkap Hotel Hesperia

Masuk waktu maghrib awal… sekitar 4.30 pm pada musim sejuk (Disember).  Selepas maghrib, kami keluar berjalan-jalan di sekitar hotel… kalau-kalau ada makanan halal.  Kami jumpa sebuah kedai Turki halal menjual kebab dan pizza serta roti.  Kemudian kami masuk ke beberapa kedai runcit dan pasaraya Conad.  Di pasaraya ni, kami membeli roti, salad, buah-buahan untuk makan malam… nasi takde… huhuhu…

Pada keesokan paginya… selepas breakfast, kami menjelajah Venice dengan berjalan kaki sahaja… tak naik bot pun… mahal… he.. he…

Grand Canal

Pemandangan Grand Canal daripada jambatan. Kelihatan di sebelah kanan adalah Stesen keretapi santa Lucia. Perhentian taxi boat untuk ke tempat-tempat lain sekitar Venice ada terdapat di sini.

Hot Chocolate

Hot Chocolate di Florida Ristorante yang terletak di tepi grand canal berdekatan dengan Rialto Bridge.

Di Dataran St Mark

Di Dataran St Mark.  Burung merpati di sini sangat jinak… cuma letak biskut di atas tangan dan burung merpati akan terbang datang hinggap di tangan.

Pemandangan di Venice memang menarik… bangunan lama klasik… air laut jernih… Kami menelusuri setiap lorong di Venice dengan memegang kata-kata pepatah “Lets get lost” he.. he.. he… ambil gambar… kalau penat berjalan, kami berhenti di cafe… minum hot chocolate… atau espresso.. makan roti… hinggalah lewat petang.  Daripada Hotel kami di area Venice train station (Stazione di Venezia Santa Lucia)… kami menuju ke St Mark Square… kemudian patah balik melalui jalan lain menuju ke Hotel…

Keesokan paginya, selepas sarapan pagi… kami terus check out hotel dan berjalan menuju ke stesen keretapi Santa Lucia.  Tujuan kami kali ini adalah ke Milan (Milano Centrale).  Tiket train telah kami beli awal-awal lagi secara online menggunakan perkhidmatan  Trainitalia EUR10 sahaja seorang (tiket super economy).

Santa Lucia Train Station

Santa Lucia Train Station

Sementara menunggu waktu bertolak train… kami lepak-lepak di stesen keretapi… sambil minum-minum dan makan pizza… Venice memang sebuah tempat yang menarik dan relax untuk dikunjungi…. yang kami tak akan lupakan…

Lugano Switzerland

20151203_113320

Semasa di Milan, kami sempat ke Lugano switzerland yang terletaknya bersempadan dengan Lake Como iaitu lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan menaiki bas dari Milan.  Sebenarnya kami dah survey tiket untuk ke Lugano… samada menggunakan train atau bas semasa di Malaysia lagi… tetapi belum ada keputusan sehinggalah kami sampai di Milan.

Mulanya kami bercadang untuk membeli tiket train di Milano Centrale sahaja… tetapi agak sukar pula beli walk in (kaunter tiket pun kami tak jumpa masa tu… memandangkan Milano Centrale ni memang luas dan ada tiga tingkat… jadi, kami duduk di satu sudut… dan surf internet untuk mencari tiket secara online (ada WIFI free…). Harga tiket train pergi balik ke Lugano lebih kurang EUR 30 seorang secara online.  Manakala sekiranya menggunakan bas hanya berharga EUR 8 sahaja untuk seorang pergi balik.

Jadi, akhirnya kami buat keputusan untuk membeli tiket bas secara online melalui Meinfernbus Flixbus… EUR 16 untuk dua orang pergi balik… tetapi kami perlu berada sebelum jam 8.00 pagi di Stesen Bas Lampugnano yang berada di luar pusat bandar Milan.

Tiket bas ke Lugano Tiket bas ke Lugano

Pada keesokan paginya, kami bertolak pada 6.30 pagi dari Hotel yang terletak di area Marche… menggunakan Metro train laluan Marche – Zara – Milano Centrale – Lampugnano dengan tiket berharga EUR 3 seorang perjalanan sehala.  Kami sampai di Stesen bas Lampugnano sekitar 7.30 pagi.  Bas Meinferbus mudah dikenali dengan warna hijau terang… sampai di sana kami tunjukkan tiket (emel) yang kami beli secara online melalui handphone… pemandu bas scan barcode… dan settle.  Android Apps untuk Meinfernbus juga boleh diinstall pada smartphone dan memang banyak membantu.

Bas yang kami naiki ni bertolak dari Lampugnano.. melalui Lake Como.. Chiasso… Lugano… dan seterusnya hingga ke Munchern di Munich German.  Jadi kami perlu berhati-hati supaya tidak terlepas perhentian di Stesen bas Lugano… kalau tak mau terlajak ke German nanti… he.. he..

Sepanjang perjalanan, pemandangan keindahan ciptaan Illahi cukup memukau… kami melalui Lake Como, Itali dimana bandar cantik ini  bersempadan dengan Switzerland… sehinggalah kami sampai ke Lugano.  Stesen bas Lugano ni terletak sekitar 3 km di luar pusat bandar Lugano… Kami pun tak perasan bahawa kami dah sampai di Lugano… sehingga ditegur oleh pemandu bas supaya turun…  Sebenarnya terdapat beberapa Stesen bas yang berbeza di Lugano ni… dan Stesen bas yang kami jejaki ni adalah hanya untuk Bas Meinfernbus Flix (Lugano via Ciani) sahaja. Hanya terdapat tempat parking bas dan sebuah p0ndok bas… nampak sunyi sahaja…

Lugano via Cianni Flixbus bus station

Lugano via Cianni Flixbus bus station

Berdekatan dengan Stesen bas terdapat stesen minyak Shell.. kami pun bertanya kepada pekerja di Shell tersebut bagaimana untuk ke pusat bandar… dan kami difahamkan bahawa adalah mudah untuk berjalan kaki sahaja ke pusat bandar… dalam 3 km sahaja. Alternatif lain adalah menggunakan teksi… agak mahal…

Sekitar Lugano ni memang sangat bersih… pemandangan cantik… cuaca sejuk (suhu semasa kami di sana adalah sekitar 4 darjah celcius)… dan berjalan kaki sejauh 3 km memang tak terasa penat…

Lugano... Switzerland

20151203_114146

Lugano ni adalah antara tempat di Switzerland yang mendapat cahaya matahari yang paling banyak… jadi taman-taman di sini memang cantik.  Semasa kami ke sini… sekitar awal Disember dimana tidak lama lagi mereka akan menyambut krismas.  Jadi, terdapat Cristmas Market (macam ala ala bazar ramadhan di Malaysia… )… menarik…

20151203_115941

20151203_112110

20151203_120649

Di sini matawang menggunakan Swiss Franc… kadarnya lebih kurang sama dengan Eur… tetapi barang-barang di sini lebih mahal berbanding tempat lain di Europe.  Matawang Euro masih diterima di sini… tetapi bakinya dikembalikan dalam Swiss Franc.  Kebanyakan penduduk di sini tidak boleh berbahasa English dengan baik. Saya teringat semasa kami hendak membeli roti di sebuah kedai roti… pekerja di situ tidak boleh langsung berbahasa English… terpaksa pula dia meminta tolong rakannya untuk translate… he… he…

Di sini terdapat kedai Doner Kebab halal… tetapi hanya sebuah sahaja yang kami jumpa.  Jadi kesimpulannya… di sini memang susah untuk mencari makanan halal.

20151203_140812

20151203_140553

Sekiranya kita menaiki train dari Milan… adalah lebih mudah kerana stesen Keretapi berada betul-betul di Pusat bandar Lugano berbanding bas. Kami menjelajah bandar Lugano dengan berjalan kaki sahaja… tanpa kami sedari kami telah berjalan hampir 10 km pada hari tu… tak terasa penat mungkin kerana cuaca sejuk… ditambah pula dengan pemandangan yang cantik…

Di Switzerland ni… kos penginapan… barangan… makan dan sebagainya adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan di Itali. Bagi budget traveler seperti kami… perkara seperti ini perlu diambil kira… sebab itulah kami tidak menginap di sini dan sekadar pergi balik hari sahaja…

Itinary Perjalanan ke Eropah

Itinary ke Eropah November 2015 …

Hari pertama:
7.20 pm: Bertolak dari KLIA menuju ke Paris menggunakan penerbangan Emirates (RM2,500 pergi balik).
10.30 pm (waktu Dubai): Transit di Dubai airport.  Emirates menyediakan baucher makan semasa transit di Dubai (5 jam).
3.00 am: Menyambung penerbangan ke Paris menggunakan Emirates.

Paris... France

Paris… France

Hari kedua:
8.00 am (waktu Paris): Sampai di Charles de Gaulle (CDG) Paris Airport.
9.00 am: Bergerak ke Pusat Bandar Paris menggunakan train.
2.00 pm: Check in Hotel (Best western Victor Hugo EUR 100 per night).

Venice... Italy

Venice… Italy

Hari ketiga:
9.00 am: Check-out Hotel dan bergerak ke CDG airport.
12.00 pm: Bertolak ke Venice menggunakan penerbangan Easy Jet (EUR 55).
2.00 pm: Sampai di Marco Polo Venice Airport.
2.30 pm: Bergerak ke Piazzale Roma bus station di pusat bandar Venice menggunakan bas (EUR 8).
3.00 pm: Berjalan kaki ke Hesperia Hotel Venice.
3.30 pm: Check-in Hesperia Hotel (EUR 48 per night + EUR4 city tax per person).
4.30 pm: Maghrib.
5.00 pm: Berjalan di sekitar kawasan hotel sambil mencari pizza…

Hari keempat:
8.00 am: Breakfast di Hotel Hesperia.
9.00 am: Berjalan sekitar Venice dengan berjalan kaki dan menaiki water taxi.
Masih menginap di Hesperia Hotel.

Hari kelima:
8.00 am: Breakfast di Hotel Hesperia.
9.00 am: Check-out hotel menuju ke Stesen keretapi Santa Lucia dengan berjalan kaki.
11.00 am: Bertolak ke Milan menggunakan Italia Train (EUR 12).
2.00 pm: Sampai di Stesen keretapi Milano Centrale Milan.
2.30 pm: Bergerak ke Gala Hotel menggunakan Metro Train (EUR 3).
3.00 pm: Check-in Gala Hotel Milan (EUR 40 per night + EUR 3 city tax per person).

Milan... Italy

Milan… Italy

Hari keenam:
9.00 am: Berjalan ke sekitar Milan menggunakan Metro (EUR 3 sehala ke mana-mana stesen) dan berjalan kaki.

Hari ketujuh:
6.30 am: Bergerak ke Stesen bas Lampugnano menggunakan Metro (EUR 3)
8.30 am: Bergerak ke Lugano… Switzerland menggunakan bas Meinfernbus (EUR 16 pergi dan balik).
10.30 am: Sampai di stesen bas Lugano… dan berjalan kaki ke pusat bandar Lugano (3 km).
4.30 pm: Bertolak balik ke Milan menggunakan perkhidmatan bas yang sama.
6.00 pm: sampai di stesen bas Lampugnano… Milan dan terus bergerak ke Hotel menggunakan Metro (EUR 3).
Masih menginap di Gala Hotel.

Lugano... Switzerland

Lugano… Switzerland

Hari kelapan:
8.00 am: Check-out Gala Hotel dan terus bergerak ke stesen keretapi Milano Centale menggunakan Metro (EUR 3).
9.00 am: Bergerak ke Malpensa Airport Milano menggunakan Bas (EUR 8)
12.00 pm: Berlepas ke Schipol Airport Amsterdam menggunakan Easy Jet (EUR 65).
2.00 pm:  Sampai di Schipol Airport Amsterdam.
2.30 pm: Bergerak ke Stesen keretapi Amsterdam Sentral menggunakan train (EUR 6).
3.oo pm: Sampai di Amsterdam Sentral dan berjalalan kaki ke Hotel (2 km).
3.45 pm: Check in Quentin Engeland Hotel (EUR 47 per night).

Amsterdam... Holland

Amsterdam… Holland

Hari kesembilan:
9.00 am: Check-out Hotel Quentin dan letak beg di kaunter Hotel.  Beli one day public transport ticket (EUR 7 per day) di Hotel dan terus menjelajah Amsterdam menggunakan tram dan berjalan kaki.
3.00 pm: Ambil beg daripada Quentin Hotel dan berjalan kaki ke Hotel Jupiter (1km).
3.30 pm: Check-in Hotel Jupiter (EUR 50 per night).
5.00 pm: Menjelajah Night Life di Amsterdam.

Hari Kesepuluh:
8.00 am: Check-out Hotel Jupiter dan terus ke Stesen Keretapi Amsterdam Sentraal menggunakan tram.
8.30 am: Bergerak ke Stesen Bas di Duivendrecht sekitar 5 km di luar bandar Amsterdam menggunakan train (EUR 6).
10.00 am: Bertolak ke Brussels menggunakan perkhidmatan bas Eurolines (EUR 11).  Perjalanan bas melalui Den Hague… Rotterdam… Antwerp… dan terus ke Brussels Belgium.
2.00 pm: Sampai di Stesen Bas Eurolines Brussels / Gare Du Nodes train station.  Naik Metro ke Stesen Bourse (Grand Place)… dan berjalan kaki terus ke Hotel.
3.00 pm: Check-in Hotel Belvue Brussels (EUR 58 per night).
5.00 pm: Menjelajah Night Life di Brussels dengan berjalan kaki.

Brussels... belgium

Brussels… belgium

Hari kesebelas:
9.00 am: Check-out Hotel Belvue dan letak beg di kaunter hotel… dan terus menjelajah bandar Brussels dengan berjalan kaki.
4.00 pm: Ambil beg daripada Belvue Hotel dan terus Check-in Meinenger Hotel (EUR 43)… bersebelahan sahaja.

Hari keduabelas:
9.00 am: Check-out Meinenger Hotel… berjalan kaki ke Stesen metro Bourse dan terus ke Gare Du Nodes… seterusnya ke Stesen Bas Eurolines.
12.00 pm: Bertolak ke Paris menggunakan perkhidmatan bas Eurolines (EUR 15).
5.00 pm: Sampai di Stesen bas Galleni Paris dan terus ke pusat bandar Paris menggunakan Metro.
6.00 pm: Check-in Hotel di Paris.

Hari ketigabelas:
9.00 am: Menjelajah bandar Paris.
6.00 pm: Bergerak ke Stesen bas Galleni Paris.
10.00 pm: Bertolak ke London menggunakan perkhidmatan bas Eurolines (EUR 45 pergi balik).

London.. UK

London.. UK

Hari keempatbelas:
6.00 am (waktu London): Sampai di Stesen Bas Victoria London… dan terus menjelajah bandar London menggunakan perkhidmatan underground dan juga berjalan kaki.
10.00 pm: Bertolak balik ke Paris menggunakan perkhidmatan bas Eurolines.
Menginap di Hotel yang sama.

Hari kelimabelas:
7.00 am: Sampai di Stesen bas Galleni Paris… dan terus menaiki Metro ke Hotel.
10.30 am: Menjelajah ke Lavale Village Paris.
Menginap di Hotel yang sama.

Hari keenambelas:
6.00 pm: Bergerak ke CDG airport.
9.00 pm: Berlepas ke Dubai airport.

Dubai... UAE

Dubai… UAE

Hari ketujuhbelas:
7.00 am (waktu Dubai): Sampai di Dubai airport (transit 20 jam).
8.00 am: Menjelajah bandar Dubai menaiki Metro dan berjalan kaki.
6.00 pm: Kembali ke Dubai airport.

Hari kelapanbelas:
3.00 am: Berlepas dari Dubai airport ke KLIA Malaysia.
2.00 pm (waktu Malaysia): Sampai di KLIA.

Selamat sampai di Malaysia dan berjaya menjelajah 7 negara dalam masa 18 hari….

Pantai Kota Padang

Pantai Kota Padang

Kali ini kami berdua berbackpackers ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia.  Perjalanan dari KLIA2 dengan menaiki AirAsia ke Bandara Minangkabau Padang hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Pemeriksaan di Bandara biasa-biasa aje… dan pengangkutan dari Bandara samada untuk ke Kota Padang atau Kota Bukit Tinggi memang mudah.  Di luar bandara… sudah banyak terdapat pak-pak supir menawarkan perkhidmatan kereta sewa atau pun teksi… Kami mengambil keputusan menggunakan perkhidmatan Bas DAMRI sahaja.  Kalau di Bandara.. Bas DAMRI di parkir di sebelah kiri Bandara… tambang ke Kota Padang hanya IDR25,000 sahaja (lebih kurang RM8.00 sahaja). .. tiket dibayar di dalam bas.. dikendalikan oleh pemandu bas merangkap konduktor.   Perjalanan dari Bandara ke Kota Padang yang berjarak 30 km hanya mengambil masa kira-kira satu jam sahaja (dicampur macet…).

Bas Bandara DAMRI Padang

Bas Bandara DAMRI Padang

Di Kota Padang, kami menginap di Hotel Hangtuah yang terletak di Jalan Pemuda… berhadapan dengan Pasaraya Ramayana (Plaza Andalas)… dan juga berdekatan dengan Pasar Raya Barat (pasar pagi… yang menjual pelbagai barangan dapur) dan juga tidak jauh dengan Masjid Taqwa Muhammadiyah.

Hotel HangTuah Padang

Hotel Hangtuah Padang

Tarif untuk Kamar Standard di Hotel Hangtuah adalah IDR280,000 sahaja (lebih kurang RM90).  Biliknya bersih… ada AC, TV kecil, tuala dan katil serta tilam yang elok… dan ada juga disediakan sarapan pagi… ok la tu…

Hotel Hangtuah
Jalan Pemuda No 1 Padang 25117 Sumatera Barat Indonesia
+6275126556 / +6275126558
reservation@hotelhangtuah.com / http://www.hotelhangtuah.com

Kami sampai di Kota Padang sekitar jam 3.00 petang… dan masih belum menjamah makanan lagi sejak menjejakkan kaki di Ranah Minang ini… lapar bangat ni…  tanpa melengahkan masa kami terus berjalan kaki ke Rumah Makan Simpang Raya yang terletak bersebelahan sahaja dengan Masjid Taqwa.. lebih kurang 1km dari Hotel.  Rumah Makan Simpang Raya adalah salah satu diantara banyak restoran terkenal yang  menyediakan masakan padang yang memang banyak bertebaran di Kota Minang ini.  Biasalah… kalau makan nasi padang ni.. dia punya lauk… memang banyak yang dihidangkan… cuma kita kena ambil makanan atau lauk dari mangkuk kecil yang mana kita nak makan sahaja… kalau tak… dia akan caj semua lauk yang kita dah usik nanti…  Makan nasi padang di Kota Padang ni… memang mantap la.. dia punya bumbu (rempah) memang asli… rendang dendeng memang kena cuba rasa di sini… setelah berpeluh-peluh cuba menghabiskan makanan yang memang pedas-pedas belaka ini… harga makan untuk dua orang dengan lauk yang memang banyak… cuma IDR150,000 sahaja (lebih kurang RM50.00… berbaloi…)

Pada lewat petang… kami merayau-rayau di sekitar hotel mencari perkhidmatan kereta sewa… akhirnya jumpa satu syarikat menyewa kereta yang lokasinya berada berhadapan dengan Pasaraya Ramayana (Plaza Andalas)…  kami merancang untuk ke Maninjau dan Bukit Tinggi pada keesokan harinya… sewa kereta Avanza untuk sehari berserta pak supirnya sekali … harganya IDR400,000…  minyak kereta (BBM) kita kena tangung sendiri… tapi biasanya minyak untuk ke Bukit Tinggi dan kawasan sekitarnya adalah dalam IDR200,000… jadi jumlah keseluruhannyanya sekitar IDR600,000 untuk sehari (lebih kurang RM180.00 sahaja)… kami minta pak supir menjemput kami di Hotel jam 7.30 pagi keesokkan hari…

ARMADA Travel (Angkutan sewa Business Class)
Jl. Pemuda (depan Plaza Andalas), Padang. +62081 266 770033 / +6208116606677
Jl. Sudirman No 44 Simp Birugo, Bukit Tinggi. +62082383 667733 /+62082383013344

Pada keesokkan harinya.. selepas sarapan pagi dan check out hotel… tepat jam 7.30 pagi… Pak supir dah sampai di lobi hotel menjemput kami untuk trip ke Bukit Tinggi.  Pak supir ni namanya Ricko… orang minang… suku melayu… memang asal orang Padang.  Perjalanan pagi menyusuri jalan pantai di Kota Padang… memang lancar… tak macet.  Arah tujuan pada pagi ini adalah ke Kota Pariaman dulu.  Semasa dalam kereta sambil menyusuri kampung-kampung tradisional… yang dihiasi dengan sawah padi yang menghijau… pak supir menceritakan bahawa di Pariaman ni… adat pepatih memang sangat kuat.  Kalau di Pariaman ni… kaum lain yang bukan islam seperti cina budha atau kristian memang tidak boleh tinggal di sini.  Tanah adat dan harta pusaka  pun memang diwarisi daripada ibu kepada anak-anak perempuan mengikut adat pepatih. Bagi lelaki Minang… kebanyakannya pergi merantau keluar daerah… berniaga.  Dalam dua jam perjalanan… kami sampai ke Kota Pariaman yang terletak berdekatan dengan pantai.  Sampai sana… kami jalan pusing-pusing jalan kaki di pekan kecil ni… sambil makan di sebuah warung… makan katupek gulai.  Makanan ni adalah ketupat yang dimasukkan ke dalam gulai lemak samada sayur nangka atau sayur pucuk paku.  Harganya dalam IDR6,000 sahaja.  Di sini rupanya ada stasiun keretapi yang menghubungkan ke Kota Padang… ada dua perjalanan ke Kota Padang iaitu satu sebelah pagi dan satu lagi dalam jam 3.00 petang.. harganya cuma IDR6,000 sehala… murah kan.

Kota Pariaman

Kota Pariaman

Seterusnya kami menuju ke Danau Maninjau.  Dalam perjalanan… kami dapati ada terdapat beberapa kumpulan penduduk kampung (kebanyakannya kanak-kanak belasan tahun) yang membuat sekatan jalan… meminta sumbangan derma untuk dana masjid di kampung tersebut.  Menurut pak supir… rupa-rupanya memang menjadi kebiasaan aktiviti meminta sumbangan derma ini di setiap masjid kampung di daerah sini.

Dalam satu setengah jam… kami dah sampai di Danau Maninjau.  danau ni pada asalnya adalah bekas letusan gunung berapi ratusan tahun dahulu.  Tempat ini terletak di tanah tinggi dan kawasan sekelilingnya memang subur… dihiasi dengan kampung tradisional dan sawah padi… memang cantik.  Banyak aktiviti menternak ikan dalam sangkar di danau ini.  Sempat juga kami singgah di gerai tepi jalan untuk membeli makanan ringan.  Salah satu yang paling popular di sini adalah kerang kecil yang direbus… dipanggil ‘pensi’… (di Kelantan juga ada terdapat kerang ini yang dipanggil ‘etok’)… harga sebungkus cuma IDR5,000.   Seterusnya kami memandu mendaki bukit untuk ke Bukit Tinggi.  Jalan di sini memang advanture… dipanggil Kelok 44… iaitu ada 44 selekoh tajam.  Semakin mendaki… semakin cantik pemandangan danau. Kami sempat singgah di dalah satu kedai kopi di pinggir jalan… menikmati kopi O panas… sambil makan pensi… hhhmmmm….

Danau Maninjau

Danau Maninjau

Selesai menikmati pemandangan danau… kami meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Tinggi.  Melalui jalan kampung… memang tidak menjemukan sehinggalah kami melintas kawasan Ngarai Sianok… sebelum mendaki bukit lagi ke Kota Bukit Tinggi.

Bukit Tinggi

Bukit Tinggi

Kawasan yang paling terkenal di Bukit Tinggi ni… apa lagi… Jam Gadang la..  Di sekitar Jam Gadang ni terdapat macam-macam kedai menjual barangan daripada pakaian, barangan cenderamata sehinggalah ke makanan.  Pusing-pusing menjelajah lorong-lorong yang dipenuhi dengan orang berjualan… terjumpa tempat makan best… Nasi Kapau… Nasi kapau ni macam nasi campur la… cuma lauk pauknya terdiri daripada masakan padang… termasuk rendang… ikan goreng balado dan macam-macam lagi. Boleh tahan rasanya… sedap…

Nasi Kapau

Nasi Kapau

Singgah sebentar di Masjid Raya… kemudian lepak sampai petang… sebelum bergerak pulang ke Padang.  Di Bukit Tinggi ni cuacanya agak sejuk dan selalu hujan… masa kami balik menuruni bukit pun… hujan turun dengan lebatnya… dan berkabus…

Kota Bukit Tinggi

Kota Bukit Tinggi

Dihari terakhir kami di Padang… jalan-jalan di Kota Padang dengan berjalan kaki… sempat juga sarapan pagi di sebuah kedai makan yang menjual sate padang dan soto… sebelum check out hotel untuk ke Bandara dengan menaiki Teksi bermeter (argo).. tambang teksi sekitar IDR80,000 sahaja (dalam RM26.00 sahaja)…. bahagi dua dalam RM13.00… ok la.

Rumah makan

Rumah makan

Sebelum bergerak pulang menaiki pesawat untuk pulang ke KL… sempat makan nasi campur di Bandara… hmmm…. kena bayar IDR140,000 … dua orang makan… mahal beb…  moralnya… makan kat Bandara memang mahal… jumpa lagi…