Kerajaan Melayu Johor Riau suatu masa dahulu merupakan sebuah kerajaan Melayu yang terkenal di Tanah Melayu dan Sumatera. Melawat dan menjejaki keturunan melayu di Sumatera yang berasal daripada serpihan Kerajaan Johor Riau merupakan satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi. Mei 2009, aku ke Pekan Baru, Riau Indonesia di kepulauan Sumatera.

Perjalanan menggunakan penerbangan Air Asia dari LCCT KL ke Lapangan Terbang (Bandara) Sultan Sharif II Pekan Baru, hanya mengambil masa 1 jam dgn tiket berharga RM90.00 (pergi balik). Dari Bandara ke pusat bandar Pekan Baru dengan menaiki teksi adalah sekitar RP50,000 (RM18.00) sejauh lebih kurang 7 km. Perkhidmatan membonceng motor (ojek) juga banyak terdapat di bandara dengan bayaran lebih murah. Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja menuju ke pusat bandar Pekan Baru. Dengan sedikit maklumat yang aku dapati daripada internet, aku menyusuri jalan Jeneral Sudirman. Berjalan kaki memberikan kepuasan yang lebih kepada seseorang backpacker kerana berasa lebih dekat dan merasai dengan tempat yang kita lewati. Mengikut pengamatanku, Pekan Baru merupakan sebuah kota sederhana moden yang setanding dengan bandar-bandar utama di Malaysia.

Nasi Padang

Nasi Padang

Percakapan penduduknya, makanannya dan gaya kehidupan serasakan lebih dekat dengan melayu Malaysia. Makanan yang popular di sini adalah nasi padang. Boleh dikatakan semua restoren (rumah makan) ada menyediakan nasi padang. Selain itu, sate padang juga begitu popular di sini dan banyak dijual oleh penjaja-penjaja di tepi jalan dengan harga murah.

Sate Padang

Sate Padang

Hotel budget juga banyak terdapat di sini… tetapi dengan keadaan cuaca yg panas, lebih selesa jika mendapatkan bilik yang berhawa dingin berbanding kipas.Hari pertama di Pekan Baru, aku menginap di Hotel RINA yang terletak berdekatan dengan Pasar Bawah dengan harga RP150,000 (RM55.00). Pasar Bawah merupakan salah satu tempat membeli barangan murah di Pekan Baru. Berdekatannya adalah sungai siak yang merupakan nadi perdagangan zaman dahulu. Pada malamnya, aku tidak kemana-mana kerana hujan lebat berserta angin… tambahan pula, kakiku juga agak letih kerana seharian berjalan kaki.

Pasar Bawah

Hari kedua, aku habiskan masa menjelajah Pekan Baru dengan berjalan kaki… menyusuri tepian sungai Siak.. melewati pasar-pasar awam… memerhati kerenah orang awam di terminal bas… makan-makan di warung jalanan… lepak di Pekan Baru Mal sambil dihiburkan dgn life concert secara percuma… sehingga ke kawasan Ramayana (pusat belanja) yang merupakan pusat bandar Pekan Baru. Petangnya aku menginap di Hotel Oase yang berdekatan dengan Ramayana dan Masjid Besar dengan harga RP175,000.

Harga bilik Hotel Oase

Aku sempat bersembahyang di Masjid Besar Pekan Baru (masjid dua tingkat ini menempatkan dewan dan sekolah agama di tingkat bawah dan ruangan sembahyang di tingkat atas).

Penjaja Sate Padang

Masjid Besar

Pekan Baru Mal

Sungai Siak

Penjaja Goreng Pisang

Bas Kota

Keesokannya aku berangkat pulang ke Malaysia dengan satu pengalaman dan tanggapan baru mengenai Tanah Riau… Sumatera Indonesia.