Catatan perjalanan ke Surabaya dan Malang, bahagian Jawa Timur Indonesia 5 November 2009.

Kami membeli tiket kapalterbang AirAsia hanya RM120 seorang, pergi dan balik. Bertolak dari LCCT KL pada jam 10 pagi, dan penerbangan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke lapangan terbang di surabaya (Bandara Juanda). Sampai di Bandara, kami terus ke Tourist Information Centre yang terletak di kawasan Bandara juga. Memang perancanganya untuk terus ke Malang kerana cuacanya lebih sejuk berbanding Surabaya… panas banget. Menurut maklumat yang kami terima, untuk ke Malang boleh menggunakan samada Teksi (RP 60,000), keretapi – KA atau menggunakan Bas (Bis).

Di dalam angkutan kotaMalang kedudukannya 100 km di selatan Surabaya. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan bis kerana tambangnya yg paling murah. Dari Bandara, kami ambil Bis Dhamri menuju ke Terminal Bis Bungurasih dalam masa 20 min dengan tambang RP 15,000 (RM 4.60) seorang. Sampai di Terminal Bungurasih, untuk memasuki kawasan Bas, dikenakan tiket masuk RP2,000 (RM 0.80). Kami menaiki bas ekspress (Surabaya-Malang) dan tiket bas dibayar di dalam bas sebanyak RP15,ooo juga. Perjalanan dgn bas agak kurang selesa… aircond (AC) tak berapa sejuk… kenderaan agak banyak menyebabkan sedikit sesak (macet) terutama apabila melalui kawasan pekan Porong. Pekan in pernah dilanda lumpur lapindo sedikit masa dahulu, dimana beberapa buah kampung ditelenggami lumpur. kawasan sekitar lumpur telah dibuat benteng (tambakan tanah) setinggi hampir 10 meter. Rumah-rumah dan kedai di pekan ini kebanyakannya tidak berpenghuni… telah ditinggalkan… dan berdebu. Bas melintasi beberapa pekan… Sidoarjo – Porong – Pandaan – Purwarejo – Lawang… dan terus ke Terminal Bis Anjursari, Malang dengan masa perjalanan kira-kira 3 jam. Sampai di Terminal Bis, kami makan di warung berdekatan sebelum meneruskan perjalanan ke Alun-alun yang merupakan pusat bandar Malang dengan menaiki Angkutan Kota – AK (van yang dijadikan seperti bas) dgn kod GA (Gadang-Anjursari).

Alun-alun

Angkutan Kota di sini menggunakan kod untuk setiap destinasi (pastikan kita menaiki Angkutan Kota dgn kod yang betul). Tambang AK untuk semua destinasi sekitar bandar Malang adalah sekitar RP3000 (RM0.90) seorang. Alun-alun adalah nama sebuah shopping complex yg berada di pusat bandar Malang. Di sekitarnya adalah masjid jamek, Gajah Maja Plaza, Mitra Shopping Centre, Malang Plaza, Sarinah Dept Store dan Pasar Besar Matahari. Kami terus mencari-cari hotel bajet di kawasan sekitar, dan mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Santosa (berada bersebelahan dengan Gajah Maja Plaza. Bilik standard dengan katil besar, bilik air di dalam bilik dan kipas, cuma berharga sekitar RP110,000 (RM39.00) semalam termasuk cukai (pajak).  Waktu maghrib di sini sekitar jam 5.30 ptg (waktu Malang). Malamnya kami melihat-lihat, makan-makan sambil dihiburkan dengan live concert Dangdut Jalanan dan membeli barang keperluan (ubat gigi, sabun…). Rasanya di Malang ni, harga untuk barangan keperluan harian seperti sabun dan sebagainya agak murah berbanding Surabaya.

Hotel Santosa Malang

Hotel Santosa Malang

Nasi Pecel

Keesokan paginya, kami menjelajah sekitar Malang menaiki AK… menuju ke Jln Besar Ijen dimana terletaknya kawasan tinggalan pemerintahan Belanda, perpustakaan dan Muzium tentera. Kemudian bersarapan pagi di warung tepi jalan… nasi pecel dan es teh… sedap dan murah. Seterusnya ke kawasan Batu (terkenal dgn cuacanya yang sejuk dan tanaman buah epalnya). Untuk ke Batu, kami menaiki AK ke Terminal Bis Anjursari – tukar AK ke Landungsari – kemudian tukar AK ke Batu dlm masa sejam. Batu adalah kawasan tanah tinggi (spt Cameron Highland di Malaysia) dimana terdapat hasil tanaman tanah tinggi dan terkenal dengan hasil buah epalnya. Kami menghabiskan masa kira-kira 3 jam di Batu sebelum turun semula ke Alun-alun. Waktu petangnya kami habiskan masa dengan menjelajah kawasan sekitar dgn berjalan kaki. Keesokan harinya, kami check out dan bergerak ke Terminal Bis Anjursari menuju ke Surabaya.

Penghibur Jalanan

Kami menaiki bas sangkut-sangkut (bis tarif rendah) menuju ke Surabaya dengan tambang RP8,000 (RM3.40). Menaiki bas jenis ini agak menarik kerana di sepanjang perjalanan, penumpang akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian diiringi petikan gitar dan paluan gendang silih berganti. Selepas persembahan, mereka akan berjalan menyusur di sepanjang bas untuk meminta tips… kemudian turun daripada bas dan diganti oleh kumpulan lain. Penjual kuih dan jajan juga akan menaiki bas di setiap perhentian untuk menjual barangan mereka… mereka memang kreatif. Sampai sahaja di Terminal Bis Bungurasih, kami terus menaiki bas kota menuju ke Gubeng (pusat bandar Surabaya) dengan tambang sekitar RP5000 (RM1.40). Mulanya kami ingin menginap di Backpackers Hotel… tetapi sudah penuh. Lantas kami mula bertanya-tanya dengan tukang beca untuk membawa kami ke budjet hotel… Hotel Kenongo (terletak di Jln Kenongo).

Hotel Kenongo Surabaya

Bilik standard dilengkapi katil besar, tv, bilik air di dalam dan berhawa dingin (AC) serta sarapan pagi adalah sekitar RP200,000 (RM74.00) semalam. Hotel ini terletak di pusat bandar, berdekatan dengan Plaza Surabaya, WTC, Plaza Tunjungan, Sogo, Muzium Kapalselam dan stesen keretapi (Stasiun KA) Gubeng. Petang itu, kami menjelajah ke kawasan sekitar sehingga malam. Plaza Tunjungan merupakan sebuah shopping complex baru moden yang bersambung dengan SOGO (keluasannya dan fasilitinya adalah lebih kurang sama dgn Mid Valley di Malaysia).Keesokan harinya kami menjelajah ke Pasar Kapasan, Pasar Minggu berdekatan Plaza Indo, seterusnya ke Pasar Turi. Kemudian pusing-pusing Surabaya menaiki Angkutan Kota dan beca. Malamnya kami habiskan malam terakhir dengan melepak di Plaza Surabaya sehingga tengah malam.

Bandara Juanda Surabaya

Keesokan harinya kami checkout, dapatkan taksi bermeter (argo – bluebird) menuju ke Bandara Juanda dgn bayaran RP80,000 (RM30.00)… ini pun kerana tak larat nak bawa barang… Cukai di lapangan terbang Juanda agak mahal iaitu RP150,000 (RM55.00). Kami meninggalkan Surabaya dengan seribu kenangan. Di dalam flight, kami sempat melihat jambatan Suramadu (jambatan panjang yang menghubungkan Tanah Jawa dengan Pulau Madura)… kemudian di tengah lautan terbentang indah pulau Karimunjawa yang terkenal dengan keindahan pantainya… mungkinkah kami akan ke sana suatu hari nanti.