Di Delhi ni memang banyak tempat membeli belah… dan di sini aku catatkan mengikut kategori (di India ni… sistem kasta masih diamalkan dan kalau kita perhatikan… terdapat perbezaan golongan kasta tinggi dan golongan kasta rendah berkumpul dan bersosial…).

DLF PLACE & SELECT CITY WALK , SAKET

DLF Place ni… adalah sebuah shoping complex baru yang terletak di kawasan elit Saket… dan di sebelahnya adalah Select City Walk.  Jarak kawasan Saket daripada pusat bandar adalah dalam 15 km. Cara paling mudah ialah dengan menaiki METRO LRT daripada Rajiv Chowk Metro Station (atau kat mana-mana metro station) dan turun di Saket Metro Station atau di Malviya Nagar Metro Station. Daripada situ… naik auto ke DLF Place. DLF Place ni secara umumnya adalah sebuah kawasan membeli belah moden, dimana di situ terdapat Select City Walk, Hard Rock Cafe dan kedai-kedai berjenama (cth. as Aldo, Pantaloons, Calvin Klein, Esprit, French Connection, Gant, Guess, Kipling, La Senza, Levi’s, Mango, Next, Pepe Jeans, Replay, Tommy Hilfiger dan United Colors of Benetton…). Terdapat juga Cinaplex serta restoran yang bertaraf antarabangsa. Ok gak shoping kat sini… rata-rata barang berjenama di sini adalah murah sedikit daripada di KL (kerana tukaran wang). Rata-rata pengunjung di sini adalah golongan atasan New Delhi. Kalau kita perhatikan… boleh dikatakan semua pengunjung ni hindustan (india putih… yang biasa kita lihat dalam filem-filem Bollywood.  India hitam… boleh dikira dengan jari….).

dlf-place-saket-delhi

DLF Place, Saket

Select City Walk, DLF Place

Select City Walk

Berdekatan dengan Hard Rock Cafe (di sebelah bawah) terdapat kawasan tempat makan Food Chowk Walk – “Street food in a mall“. Konsep food Chowk ini adalah untuk membawa makanan jalanan yang polular di sekitar Delhi seperti di Chandni Chowk atau pun di Paharganj ke mall yang berhawa dingin serta moden. Karim’s, Nizam’s, Prince Pan, Nathu’s Sweets, Bijoli Grill dan beberapa restoran yang terkenal di Delhi di bawa ke food court ini.

Food Chowk at DLF Saket

Food Chowk at DLF Saket

Hyderabat Biryani at Food Chowk

Hyderabat Biryani at Food Chowk

Kami sempat memesan nasi biryani daripada restoran Hyderabat yang terkenal dengan masakan daripada India selatan. Rasa dia… memang best… “taste of real indian biryani and curry“. Harga makanan di sini, ok je… tak mahal sangat. Kita perlu membeli kad terlebih dahulu daripada kaunter dengan harga minima INR50,000. Selepas tu… kita cuma pergi ke mana-mana restoran dan nilai duit dalam kad ditolak…

CONNAUGHT PLACE

Satu lagi tempat shoping bagi golongan berada di Delhi adalah di Connaught Place. Sebelum adanya shoping mall moden di Saket dan Gurgaon yang baru dibina beberapa tahun lepas, Connaught Place memang terkenal dengan barangan berjenama. Connaught Place ni berdekatan sahaja dengan Rajiv Chowk Metro Station… dan juga Palika Bazar serta Janpath Bazar. Di sini terdapat deretan kedai-kedai besar dan mewah (tiada shoping Mall)… dan kita terpaksa berjalan jauh menjelajah daripada sebuah kedai ke sebuah kedai… penat lho…

Connaught Place

Connaught Place

Connaught Place Walk

Connaught Place Walk

JANPATH & PALIKA BAZAR

Janpath ni bersebelahan je dengan Connaught Place.

Janpath - Bahagian Cenderamata

Janpath - Bahagian Cenderamata

Janpath - Bahagian Kraftangan

Janpath - Bahagian Kraftangan

Janpath - Bahagian Pakaian Harian

Janpath - Bahagian Pakaian Harian

Pintu Masuk ke Palika Bazar

Pintu Masuk ke Palika Bazar