Restoran Karim’s

Kami pergi ke Restoran Karim’s di Gali Kababiyaan berdekatan dengan jama Masjid dalam kawasan Old Delhi.Restoran Karim’s yang ditubuhkan oleh Hj Karimuddin pada tahun 1913 ni… memang terkenal di Delhi dan juga di kalangan pelancong asing seluruh dunia. Restoran ni menyediakan masakan mughlai dan mengikut ceritanya, pemilik restoran ini adalah daripada keturunan tukang masak istana yang menyediakan masakan kepada Maharaja Kerajaan Mughal (Akbar) beratus tahun dahulu. Restoran Karim’s mempunyai banyak cawangan di sekitar Delhi seperti di Gurgaon dan Noida, tetapi restoran di Jama Masjid ini adalah yang pertama. Jika anda sukakan persekitaran tradisional bagi masyarakat india muslim bawahan (biasa), di sinilah tempatnya… walaupun keadaannya agak kurang bersih dan di kelilingi oleh setinggan. Tetapi jika anda mahukan keadaan lebih bersih dan teratur… anda boleh ke kawasan Gurgaon (kawasan elit india) atau pun di DLF, Saket (pusat membeli belah golongan atasan Delhi…).

Di hadapan Restoran Lorong Masuk ke Restoran

Masakan di sini agak berbeza sedikit dengan masakan mamak di Malaysia (masakan mamak di Malaysia adalah dari daerah selatan india yang kebanyakannya lebih pedas…). Antara makanan yang terkenal di sini adalah Jahangiri Murg, Mutton Korma, Seekh Kababs dan Chicken Burra dengan Shermal. Kami memesan nasi briyani ayam dan roti naan cicah kari kambing. Rasanya memang boleh tahan… tetapi kurang pedas.

Advertisements

One thought on “Restoran Karim’s

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s