Jalan Jama Masjid Pintu Masuk Jama Masjid (Gate 1)

Jama Masjid terletak di Old Delhi dan berdekatan dengan Red Fort, Chadni Chowk, Fatehpuri Masjid dan majoriti penduduk di sini adalah muslim. Kami memasuki kawasan masjid melalui Gate 1. Ada penjaga yang menunggu di pintu masuk… kalau pengunjung masuk membawa kamera (atau handphone berkamera…) akan dikenakan bayaran masuk sebanyak INR200,000.00 (lebih kurang RM14.00). Kalau tinggal kasut di luar masjid… nanti ada pulak mamat yang tukang jaga kasut… bila kita keluar je… nanti dia mintak tips. Aku masukkan kasut dalam beg  je… dan bawak masuk ke dalam masjid. Masa aku masuk masjid… dah masuk waktu zohor. Di tengah-tengah kawasan dalam masjid tu… ada kolam (kolah) tempat ambil wuduk… tapi air dia hijau semacam je. Aku ambil wuduk di situ dan terus bersembahyang zohor berjemaah. Keadaan masjid agak berdebu sedikit… dan tiada sejadah…

Kawasan dalam Jama Masjid Kolam tempat mengambil wuduk

Masjid ini dibina pada tahun 1644 semasa dibawah pemerintahan Maharaja Mughal, Shah Jahan. Masjid ini siap sepenuhnya 14 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1658. Setelah Agra Fort dan Taj Mahal, Jama Masjid ini merupakan monumen terakhir yang didirikannya, sebelum beliau wafat. Jama Masjid atau disebut juga Masjid I-JAHAN-NUMA, dalam bahasa Parsi yang bermaksud Masjid Cermin Dunia, ini pembinaannya dilakukan oleh sekitar 5000 pekerja.

Masjid ini dibina menggunakan batu merah dan mempunyai 3 pintu gerbang, dimana setiap pintu gerbang memiliki sebuah menara. Masjid ini juga mempunyai 2 menara utama (tempat muadzin mengumandangkan adzan) dengan ketinggian 41m, menaiki 135 anak tangga. Dari segi sejarah, Masjid ini mempunyai peranan penting sebagai warisan abad silam pengembangan syiar islam ke asia. Masjid ini juga masih menyimpan manuskrip Al-Qur’an lama, yang ditulis di atas kulit rusa.