Semasa kami menyusuri lorong-lorong di Old Delhi daripada Masjid Fatehpuri ke Jama Masjid melalui Nai Sarak Marg (jalan Nai Sarak), kami singgah di sebuah restoran mamak di Jalan Jama Masjid. Jalan ni memang sesak dengan warga setempat mencari keperluan harian terutama pada hari sabtu dan ahad. Jalan-jalan di kawasan Old Delhi ni sebenarnya telah berusia ratusan tahun… dan kalau kita perhatikan lorong-lorong dan susunan kabel elektrik… memang berselirat dan klasik…

Jalan Jama Masjid (Old Delhi) Di hadapan Kedai Mamak

Sebenarnya kami teringin untuk merasai Teh Massala di Old Delhi ni… Teh Massala di Delhi di masak menggunakan susu lembu segar bersama gula dan serbuk teh. Bila tiba di hadapan sebuah restoran mamak ni (aku dah lupa nama restoran ni…), kami pun masuk dan… memesan teh massala, roti bakar dan omelet. Rasa dia memang best la… tapi… tengok la cawan dan pinggan yang dia gunakan… berkarat… argghhh

Keadaan di dalam kedai mamak Menu Teh Massala, Roti Bakar dan Telur Goreng

Kedai ni ada dua tingkat… di tingkat atas adalah ruangan berhawa dingin… dan biasanya dikunjungi pelancong asing. Semasa kami keluar dari kedai ni… kami terserempak pekerja restoran ni basuh pinggan dan cawan kat bawah tangga… dengan menggunakan air yang sedikit… dan keadaannya… fuhhh

Di sepanjang jalan di sini, banyak kedai-kedai menjual barangan keperluan harian masyarakat india muslim seperti kasut, jubah, periuk… dan harganya adalah jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan tempat lain seperti di Babbu Market atau Janpath…