Bangkok – Aranyaprathet

Beberapa hari kemudian, kami bergerak pula menuju ke sempadan Thailand dan Cambodia (Kemboja). Bandar di sempadan Thailand adalah Aranyaprathet manakala bandar di sebelah Cambodia adalah Poipet. Perjalanan sejauh lebih kurang 200 Km ke timur Bangkok adalah menggunakan perkhidmatan keretapi kelas ekonomi. Tambangnya cuma RM4.60 sahaja… macam tak percaya…

Jika mengikut jadual perjalanan di dalam tiket, waktu bertolak adalah pada jam 6.30 pagi… jadi kami pun check-out dari hotel sekitar pukul 5.30 pagi dan bersembahyang subuh di surau dalam Stesen Keretapi Hualampong. Jam 6.15 pagi, kami telah berada di dalam keretapi… tapi keretapi hanya bergerak keluar pada jam 8.00 pagi… hampehhhh…

Keretapi yang kami naiki ni adalah keretapi yang akan berhenti di setiap stesen (pekan) kecil untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Ada yang nak pergi sekolah… ada yang nak pergi kerja… Punya la slow keretapi ni… tapi pemandangan kampung, memang best la… kejap jumpa sawah padi… kejap jumpa kampung… kejap jumpa kuil. Keretapi tiba ke Aranyaprathet pada jam 4.00 petang… fuhhh. Sampai je di Stesen Aranyaprathet, kami terus menaiki tuk-tuk (6 orang naik tuk-tuk – termasuk driver) ke Poipet. Tiba-tiba tuk-tuk berhenti ke sebuah bangunan (macam immigration) untuk mengisi visa ke Cambodia… kami memaklumkan kepada mereka bahawa kami dari Malaysia dan tidak perlu visa… Sebenarnya mereka cuba untuk menipu pelancong luar dengan memberi borang visa ke Cambodia dan akan dikenakan bayaran proses (yang sebenarnya percuma jika dibuat di immigration…) perkara ni kami telah dengar daripada traveler lain semasa kami di Khao San…

Advertisements

3 thoughts on “Bangkok – Aranyaprathet

  1. Abdurrahaman Ghani

    Berapa bayaran tuktuk itu dari Aranyaprathet ke Poipet……saya pun bercadang untuk ke Phnom Penh melalui jalan darat dlalam bulan Oktober akan datang…

  2. arel

    Tumpang tanya berapa lama masa diambil total dr kl ke thailand naik train? saya nak plan travel dr kl –>thailand (maybe just transit atau singgah 1 hari)—> laos—->vietnam?tq
    email saya:encikarel@yahoo.com

  3. ainshukran

    Tumpang tye brpe budget dpruntukkn dr kl ke cambodia..sy plajar bidang perlancongn bcdg utk ke cambodia melalui jln drt jga.. utk sem hdpn..bg subjek tour planning..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s