Bila sampai je ke Agra Fort, kami rasa kagum kepada keagungan pemerintahan Mughal silam… persoalan bermain di fikiran kami…macamana Kerajaan Mughal boleh membina istana dan kubu yang sebegini besar pada abad ke 16. Tiket untuk memasuki ke Agra Fort ini adalah sebanyak INR300,000.00, lebih kurang RM29.00. Pemerintah kerajaan Mughal bermula dengan Hamayun, Akbar, Jehangir, Shah Jahan dan yang terakhir Aurangzeb. Setiap pemerintah membuat pengubahsuaian istana mengikut citarasa masing-masing. Akbar gemar pada batu merah bata, Jehangir gemar pada corak permaidani Parsi dan Shah Jahan pada marmar putihnya. Di sini jugalah Shah Jahan bertemu Mumtaj, anak seorang menteri kabinet dan memperisterikannya walaupun mendapat tentangan kerana darjat dan pengaruh politik.

Agra Fort Pintu Masuk Agra Fort

Dikatakan bahawa Shah Jahan ingin membina sebuah lagi Taj Mahal dan mendapat tentangan daripada anaknya itu. Shah Jahan menghabiskan hari-hari terakhirnya di kurung di Istana ini oleh anaknya sendiri iaitu Aurangzeb. Diceritakan juga pada zaman Aurangzeb ini, berlakunya perebutan kuasa sesama sendiri sehingga melemahkan empayar Mughal sehingga membawa kepada keruntuhan empayar yang hebat ini.

 Kawasan dalam Agra Fort Di hadapan Istana Shah Jahan dan Mumtaj (Dalam Agra Fort)

Selepas melawat Agra Fort, kami ke Taj Mahal. Sampai sahaja ke kawasan pintu masuk  Taj Mahal, kami diminta turun daripada bas dan telah ada menunggu kenderaan berkuasa bateri (dikenakan sedikit bayaran) untuk membawa kami ke Taj Mahal. Di sini, kenderaan menggunakan bahan api tidak dibenarkan masuk. Ini semua adalah untuk menjaga batu-batu dan marble putih Taj Mahal agar warnanya tidak rosak. Pengunjung juga boleh memilih kenderaan lain seperti kereta kuda atau kereta unta dengan sedikit bayaran.

 Kereta Kuda di Taj Mahal Pemeriksaan Keselamatan di pintu masuk Taj Mahal

Untuk memasuki ke Taj Mahal, pelancong luar dikenakan bayaran sebanyak RP 750,000.00, lebih kurang RM56.00. Pengunjung perlu beratur panjang di pintu masuk dan diperiksa oleh polis. Ada dua ruang beratur, satu untuk pelancong luar negeri (biasanya barisan ini tak la panjang sangat…), satu lagi ruangan masuk untuk rakyat india (punya la ramai… rupa-rupanya tiket masuk untuk rakyat india cuma RP20,000.00 je (RM1.40)… punya la jauh beza… macam langit dengan bumi). Aspek keselamatan memang cukup dititikberatkan di sini… nak masuk memang kena raba la ngan polis dia. Masa security check tu, aku bawa beg, dalam tu ada buku catatan aku… ada lukis-lukis peta area Agra… lama gak la polis tu soal aku, untuk apa buku catatan tu… dia ingat aku ni terrorist yang nak bom Taj Mahal kot…… kemudian datang “Inspector Sahab” cakap bahasa hindustan ngan polis tu… lepas tu dia bagi aku masuk… nasib baik…

Taj Mahal Taj Mahal

Oleh kerana dibina atas dasar cinta dan kasih sayang, Taj Mahal juga dipanggil monumen of love. Taj Mahal sebenarnya adalah sebuah makam yang dibina oleh Shah Jahan untuk memenuhi permintaan terakhir isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang ke 14. Taj mahal ini jika dilihat dari arah mana pun akan nampak sama kerana simetrinya sempurna. Bahan binaan adalah daripada marmar putih dan 28 jenis batu daripada seluruh dunia. Makam Mumtaz yang sebenarnya jauh dibawah tanah bersama suaminya dan yang ditunjukkan adalah replikanya sahaja. Pembinaan Taj Mahal ni memang cukup mengagumkan dan selayaknya diangkat sebagai salah satu “The Seven Wonders of The World”