Kami pergi ke New Delhi menaiki kapalterbang Air Asia… seperti biasa. Masuk sahaja ke dalam flight, kami sudah rasa keindiaan dan baunya (kari.. he.. he..). Kebanyakannya warga india, dan kelakuan mereka membuat saya terpegun, pelik, sekaligus rasa nak tergelak.

Dimulai saat memasuki kapalterbang, iaitu saat mereka agak kebingungan duduk dimana sehingga berebut-rebut menduduki tempat duduk yang kosong. Bahkan mereka tidak mahu dipisahkan dari rakan-rakannya walaupun tempat duduk itu bukan mereka punya. Malah ada yang masih tidak mahu berpindah meskipun telah berkali-kali diminta berpindah ke tempat yang sebenar oleh pramugari. Apabila take-off, masih ada yang tidak memasang talipinggang keledar dan sibuk berbual dengan rakan-rakan. Setelah ditegur oleh pramugari, barulah masing-masing diam ditempat duduk. Tetapi tidak lama rupanya, habis sahaja take-off, keadaan menjadi huru-hara kembali. Ada yang terus bangun dan berkumpul bersama rakan-rakan, memindah dan menurunkan beg daripada tempatnya… rupa-rupanya mereka keluarkan capati dan kari daripada beg. Kemudian, makan bersama-sama sambil berborak dengan kuat dalam bahasa urdu, dan adakalanya diselang-seli dengan nyanyian lagu hindustan… adusss.

Tandas pun… selain baunya yang agak asing (ada bau daripada campuran kari… ha.. ha..), rupa-rupanya ada yang membuang dan tidak di flush dengan sempurna sehingga ada sisa kekuningan berada di beberapa tempat… oh Tidak!

Masa penerbangan dari KL ke New Delhi mengambil masa kira-kira 5 jam. Kami bertolak pukul 6 petang waktu Malaysia dan sampai pukul 9 malam waktu India (bersamaan pukul 11 waktu Malaysia).

Sampai waktu mendarat di New Delhi, keadaanya lebih kurang sama masa take-off tadi. Sebaik sahaja kapalterbang mendarat dan tayar menjejaki lapangan terbang… masing-masing sudah sibuk membuka talipinggang keledar dan mengambil beg masing-masing… walaupun lampu masih belum dibuka.

Keluar sahaja daripada kapalterbang dan memasuki kompleks Lapangan Terbang Indira Ghandi New Delhi, kami terpegun dengan kehebatannya… memang canggih. Lapangan Terbang ini telah dinaiktaraf semasa India menjadi tuan rumah sukan Komanwealth 2010, menjadi salah sebuah Kompleks Lapangan terbang antara termoden di dunia (lebih canggih dan besar daripada KLIA).