Perancangan perjalanan kami kali ini adalah ke New Delhi pada 27 April 2010. Kenapa April, adalah pada waktu ini tambang flight Air Asia adalah yang termurah… RM 370 sahaja pergi dan balik. Setelah kami google, baru tau pada April dan Mei adalah waktu suhu paling panas di New Delhi iaitu boleh mencecah 48 darjah celcius… panassss tuuuu… patut la murah… takde orang lain nak pergi…

Nak masuk ke India perlu visa. Borang dan permohonan visa boleh dibuat di India Visa Centre, G-01,STRAITS TRADING  BUILDING, NO.2, LEBUH PASAR BESAR, 50050 KUALA LUMPUR, Tel: 03-26922692. Pemohon perlu menyediakan 2 keping gambar passport, dan bayaran sebanyak RM 168 (tourist visa) dan sah selama 6 bulan. Hantar borang sebelah pagi sebelum 1 pm dan ambil keesokan harinya sebelah petang.

Bila cerita je pada kawan-kawan… kata nak pergi India, macam-macam cerita yang keluar. “…Panas dan berdebu… habis la ko… rentung”, “…nanti ko nampak orang kencing berdiri kat tembok.. kalau ko nak join pun takde org nak marah”, “…ko kena minum air mineral je… air dia ada bakteria… nanti ko cirit birit…”   … waduh!