Di Phnom Penh, makan… macam biasa la… KFC (berdekatan dengan jeti). Berdekatan KFC juga terdapat Hotel Puncak. Hotel ni kepunyaan raktyat Malaysia… dan menyediakan masakan melayu serta harga yang tidak terlalu mahal. Ada beberapa restoran Muslim (Islam Kemboja) seperti Restoran Mekong (tauke dia nama azizah) dan kedai makan di perkampungan Islam Kemboja (Cham) di tebing sungai Tonle Sap.

Kami juga sempat untuk melawat dan bertemu masyarakat Islam Kemboja yang kebanyakannya mendiami di tebing sungai Tonle Sap dan Sungai Mekong. Sebilangan besar masyrakat islam ini bekerja sebagai nelayan kecil dan kehidupan mereka rata-rata adalah sangat sederhana.

Bandar Phnom Penh tak la besar sangat. Kami ada juga melawat Dataran Phnom Penh (Riveside Square) di tebing Sungai Mekong (berdekatan dengan istana Raja) dan tempat shoping seperti Russian Market dan juga Central Market (Psar Thmey).

Central Market (Psar Thmey)

THE KILLING FIELD

Di sebalik senyum rakyat kemboja, tersimpan satu memori paling buruk yang pernah melanda bumi kemboja (phnom Penh khasnya)… pembunuhan beramai-ramai oleh Rejim Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot pada tahun-tahun 70 an. Cerita kekejaman Pol Pot dan tentera Khmer Rouge sangat banyak dan kini kebanyakan sejarah itu sudah dibukukan dan sebahagian lokasi pembunuhan itu dikekalkan sebagai muzium. Antara lokasi kejadian yang sempat kami kunjungi adalah Tuol Sieng Genocide Museum dan Choeung Ek “The Killing Field“.

Muzium Tuol Sieng (Sekolah yang dijadikan tempat penyeksaan) Choeung Ek – The Killing Field (Tempat pembunuhan beramai-ramai)