Di Siem Riep, banyak travel agency yang menyediakan perkhidmatan untuk melawat ke Angkor (kuil) di sekitar Siem Riep. Sewa tuk-tuk untuk seorang seharian bagi melawat Angkor adalah sebanyak USD10.00. Untuk memasuki kawasan Angkor Wat pula, kita harus membayar sekitar 20 USD untuk 1 hari, 40 USD untuk 3 hari dan 60 USD untuk 7 hari.

Angkor Wat adalah sebuah kuil yang dianggap sebagai salah satu daripada keajaiban dunia. Ia dibangun oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke-12. Pembangunan kuil Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. Kawasan Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13.

Beberapa tempat yang wajib dikunjungi selain Angkor wat yang terkenal itu adalah Angkor Thom. Komplek candi ini terdiri dari beberapa candi yang letaknya berdekatan di antara satu sama lain. Bayon merupakan candi utama di Angkor Thom dimana terdapat ukiran berbentuk muka manusia menghadap ke pelbagai arah di puncaknya. Ta Phrom mungkin adalah candi yang paling popular di Angkor Wat. Candi ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem “Thomb Rider” yang dilakonkan oleh Angelina Jolie sedikit masa dahulu. Candi ini yang kelihatannya hampir runtuh disokong oleh akar pokok yang berusia ratusan tahun.

Angkor Thom