Catatan perjalanan ini adalah sambungan daripada catatan semasa kami di Thailand. Apabila masuk je kawasan Poipet… keadaan sangat berbeza dengan di Thailand. Jalan-jalan berdebu, pekerja-pekerja menolak “kereta tolak” membawa barang-barang melintasi sempadan, kanak-kanak meminta sedekah dan paling kami tak boleh lupakan ialah Pejabat Immigration Poipet… ada pokok besar dalam bangunan… keluar melalui bumbung… fuhh… memang klasik….

Sempadan masuk ke Poipet Cambodia Pokok Besar dalam Bangunan Immigration Poipet

Selesai sahaja urusan immigration, telah tersedia bas kerajaan yang akan membawa pelancong luar ke Stesen Bas Poipet secara percuma. Masuk je ke dalam bas… telah ada wakil syarikat bas yang begitu ramah menegur para penumpang bas dalam bahasa inggeris yang hampir fasih… he.. he… Ada satu ketika tu, dia menegur rakan kami… faiz sambil mengambil gambar dan berkata dengan bangga “looks… we are from the same sperm…” semua orang dalam bas tergelak… aku rasa dia nak cakap “lihat… muka kami berdua seiras…macam adik beradik…”. ha… ha… Sampai je di Stesen Bas lebih kurang dalam 15 minit, tiket bas yang ada adalah berharga USD9.00 seorang atau sewa teksi USD48.00 untuk sebuah teksi ke Siem Riep. Kami mengambil keputusan untuk menaiki bas yang akan bertolak sekitar jam 5.00 pm. Tapi yang seronoknya… semua penumpang di dalam bas tersebut adalah backpackers dari negara-negara berlainan seramai hampir 30 orang.

Perjalanan ke Siem Riep pada waktu petang sungguh mendamaikan. Para bapa dan ibu pulang bekerja daripada sawah padi yang terbentang luas… anak-anak bermain di halaman rumah… anak-anak babi berkeliaran di bawah rumah sambil mengejar ibunya…. fuhhh…

Driver bas pulak memandu dengan perlahan… sebab apa pulak… Pastu apabila sampai di sebuah kedai makan, bas berhenti selama 30 minit… lama pulak tu. Ada backpackers yang tak puas hati… setelah berborak-borak dengan mereka, barulah kami tau… bahawa ini memang taktik driver bas (bawak slow). .. supaya bas akan sampai lewat ke Siem Riep… di situ nanti… penumpang bas akan di bawa ke hotel atau guesthouse yang lokasinya ntah kat mana-mana. Mereka akan kata… hotel lain semua penuh dan tak bagus. Sebenarnya mereka akan dapat tips daripada pemilik hotel tersebut dan akan dikongsi dengan pemandu bas. Ada penumpang bas kami yang mengambil teksi dan terus ke Siem Riep.

30 minit kemudian, barulah bas meneruskan perjalanan ke Siem Riep, dan dalam 9.00 pm kami sampai ke Siem Riep. Memang betul… bas bukan berhenti di stesen bas Siem Riep, tapi di tepi jalan…. dimana disitu telah menunggu tuk-tuk untuk mengambil penumpang bas. Mereka terus menawarkan hotel atau guesthouse untuk kami… tapi kami berkeras untuk dihantar ke pusat bandar Siem Riep… tapi tak dihiraukan. Kemudian kami dapat satu idea… kami kata nak beli makanan halal dahulu di bandar. Pemandu tuk-tuk siap boleh kata ” ok.. no problem… we can provide you duck with rice….” dia ingat duck dia tu halal ke… ha… ha… Bila sampai je di bandar kami terus turun dan bayar… kemudian jalan laju-laju… selamat…

Di bandar, kami menginap di hotel Angkor River Star Villa… ok la hotel ni… murah dan selesa. Lepas check in… terus cari makan… pusing-pusing bandar, memang takde kedai makan halal… parah ni… perut memang dah lapar… tiba-tiba, kami nampak KFC (KFC di Cambodia diuruskan oleh Peniaga KFC Malaysia… so halal la…) … terus… berlariiiii… masuk cari nasi…. fuhh lega….