Hari Terakhir Keretapi KL ke Tanjung Pagar

Berkuat kuasa 1 Julai 2011, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan dengan KTMB mengakhiri perkhidmatan kereta api ke Republik Singapura di Woodlands Train Checkpoint (WTCP). Stesen Kereta Api Tanjung Pagar, yang juga dikenali sebagai Stesen Kereta Api Keppel Road, mempunyai nilai yang sungguh berharga dari segi sejarah dan sentimen bukan sahaja kepada Singapura malahan Malaysia. Stesen Tanjung Pagar yang dibuka pada 1932 dan stesen Bukit Timah yang dibuka pada 1903 dijangka menyaksikan peranan baru tetapi struktur dan warisannya akan terus dikekalkan. Stesen Tanjung Pagar khasnya mempunyai nilai sentimental bagi rakyat Malaysia selain melambangkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua belah negara.

Jurugambar di landasan ke Tanjung Pagar
Jurugambar di landasan ke Tanjung Pagar

Destinasi perjalanan saya dan seorang rakan pada kali ini adalah ke Tanjung Pagar, Singapura. Perjalanan ini sebenarnya adalah untuk bersama-sama warga KTMB yang bertugas di Singapura menyelami detik-detik terakhir penyerahan Stesen Tanjung Pagar kepada kerajaan Singapura. Majlis rasmi adalah pada 30 Jun 2011, jam 11.00 pm dimana keretapi terakhir daripada Tanjung Pagar ke Woodlands akan dipandu sendiri oleh DYYM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

last-train
Sultan Ibrahim memandu Keretapi Terakhir

Keretapi Terakhir dari Tanjung Pagar
Keretapi Terakhir dari Tanjung Pagar

Kami bertolak pada 11.00 pm, 29 Jun 2011 menaiki Keretapi daripada Kuala Lumpur ke Tanjung Pagar menggunakan Senandung Sutera KTMB. Perancangan awal kami adalah untuk menaiki keretapi terakhir untuk ke Tanjung Pagar… tetapi oleh kerana keputusan untuk ke Singapura merupakan cadangan last minute, jadi… kami hanya memperoleh tiket keretapi untuk hari terakhir sahaja (tiket keretapi terakhir telah habis terjual…). Tiket keretapi untuk Kelas Superior (tempat duduk) hanya RM33.00 sehala, bertolak dari Kajang, Selangor… melalui Seremban… Tampin… Kluang dan JB. Keretapi sampai ke Kompleks Imigresen Johor Bahru pada lebih kurang 6.00 pagi. Kemudian para petugas imigresen Malaysia menaiki keretapi dan mula memeriksa passport dan boarding pass… selesai pemeriksaan, keretapi terus melintasi Tambak Johor dan berhenti di Woodland Train Checkpoint, Singapore. Di sini kami diminta turun dan membawa beg sekali daripada keretapi dan melalui pemeriksaan imigresen Singapura.

Perjalanan diteruskan ke Stesen Tanjung Pagar merentasi Singapura dan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Di sepanjang perjalanan, kelihatan hutan dara di kiri kanan landasan keretapi… sekali-sekala terdapat sekumpulan jurugambar yang tidak mahu ketinggalan merakam foto suasana perjalanan keretapi hari terakhir…

tanjung-pagar-singapore
Stesen Keretapi Tanjung Pagar

Mengikut berita sedia ada, pembangunan tanah KTMB seluas 217 hektar (536.2 ekar) di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands serta 3 lot di Bukit Timah yang diamanahkan kepada sebuah syarikat usahasama M-S Pte. Ltd (pemegang ekuiti diantara Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings Ltd.).  Dinyatakan juga bahawa tanah keseluruhan KTMB seluas 217 hektar boleh di tukar berdasarkan kepada nilai masing-masing dengan tanah di Marina South dan/atau di Ophor Rochor.

Suasana di persekitaran Stesen Keretapi Tanjung Pagar memang klasik… keadaan bangunan, rumah pekerja, kaunter tiket… masih seperti di tahun-tahun 60 an dan 70 an. Semasa kami sampai, kedai-kedai makan di sekitar stesen keretapi telah ditutup dan berpindah ke lokasi baharu… keadaannya agak berselerak dan tidak teratur. Dalam keadaan hujan renyai-renyai… para pengunjung kebanyakannya sibuk memotret foto… membeli cenderahati berkaitan KTMB di Tanjung Pagar yang dijual oleh kakitangan KTMB… pemberita dan jurugambar stesen tv berlegar-legar mencari berita… dan warga tua yang kebanyakannya berketurunan cina berkumpul sambil bercerita kisah silam tentang kehidupan yang pernah dilalui berlatarbelakangkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar…

Advertisements

3 thoughts on “Hari Terakhir Keretapi KL ke Tanjung Pagar

  1. anon@anon.com

    Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

    1. Saya pergi ke sesebuah negara tanpa ada motif apa-apa… walaupun negara itu adalah negara komunis ataupun negara pengganas. Pertemuan dan perbualan dengan penduduk setempat selalunya memberikan gambaran sebenar yang lebih tepat … lebih daripada apa yang kita baca dan dengar daripada media dan internet…

  2. You need targeted traffic to your website so why not try some for free? There is a VERY POWERFUL and POPULAR company out there who now lets you try their traffic for 7 days free of charge. I am so glad they opened their traffic system back up to the public! Check it out here: http://voxseo.com/traffic/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s