Pantai Kota Padang

Pantai Kota Padang

Kali ini kami berdua berbackpackers ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia.  Perjalanan dari KLIA2 dengan menaiki AirAsia ke Bandara Minangkabau Padang hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Pemeriksaan di Bandara biasa-biasa aje… dan pengangkutan dari Bandara samada untuk ke Kota Padang atau Kota Bukit Tinggi memang mudah.  Di luar bandara… sudah banyak terdapat pak-pak supir menawarkan perkhidmatan kereta sewa atau pun teksi… Kami mengambil keputusan menggunakan perkhidmatan Bas DAMRI sahaja.  Kalau di Bandara.. Bas DAMRI di parkir di sebelah kiri Bandara… tambang ke Kota Padang hanya IDR25,000 sahaja (lebih kurang RM8.00 sahaja). .. tiket dibayar di dalam bas.. dikendalikan oleh pemandu bas merangkap konduktor.   Perjalanan dari Bandara ke Kota Padang yang berjarak 30 km hanya mengambil masa kira-kira satu jam sahaja (dicampur macet…).

Bas Bandara DAMRI Padang

Bas Bandara DAMRI Padang

Di Kota Padang, kami menginap di Hotel Hangtuah yang terletak di Jalan Pemuda… berhadapan dengan Pasaraya Ramayana (Plaza Andalas)… dan juga berdekatan dengan Pasar Raya Barat (pasar pagi… yang menjual pelbagai barangan dapur) dan juga tidak jauh dengan Masjid Taqwa Muhammadiyah.

Hotel HangTuah Padang

Hotel Hangtuah Padang

Tarif untuk Kamar Standard di Hotel Hangtuah adalah IDR280,000 sahaja (lebih kurang RM90).  Biliknya bersih… ada AC, TV kecil, tuala dan katil serta tilam yang elok… dan ada juga disediakan sarapan pagi… ok la tu…

Hotel Hangtuah
Jalan Pemuda No 1 Padang 25117 Sumatera Barat Indonesia
+6275126556 / +6275126558
reservation@hotelhangtuah.com / http://www.hotelhangtuah.com

Kami sampai di Kota Padang sekitar jam 3.00 petang… dan masih belum menjamah makanan lagi sejak menjejakkan kaki di Ranah Minang ini… lapar bangat ni…  tanpa melengahkan masa kami terus berjalan kaki ke Rumah Makan Simpang Raya yang terletak bersebelahan sahaja dengan Masjid Taqwa.. lebih kurang 1km dari Hotel.  Rumah Makan Simpang Raya adalah salah satu diantara banyak restoran terkenal yang  menyediakan masakan padang yang memang banyak bertebaran di Kota Minang ini.  Biasalah… kalau makan nasi padang ni.. dia punya lauk… memang banyak yang dihidangkan… cuma kita kena ambil makanan atau lauk dari mangkuk kecil yang mana kita nak makan sahaja… kalau tak… dia akan caj semua lauk yang kita dah usik nanti…  Makan nasi padang di Kota Padang ni… memang mantap la.. dia punya bumbu (rempah) memang asli… rendang dendeng memang kena cuba rasa di sini… setelah berpeluh-peluh cuba menghabiskan makanan yang memang pedas-pedas belaka ini… harga makan untuk dua orang dengan lauk yang memang banyak… cuma IDR150,000 sahaja (lebih kurang RM50.00… berbaloi…)

Pada lewat petang… kami merayau-rayau di sekitar hotel mencari perkhidmatan kereta sewa… akhirnya jumpa satu syarikat menyewa kereta yang lokasinya berada berhadapan dengan Pasaraya Ramayana (Plaza Andalas)…  kami merancang untuk ke Maninjau dan Bukit Tinggi pada keesokan harinya… sewa kereta Avanza untuk sehari berserta pak supirnya sekali … harganya IDR400,000…  minyak kereta (BBM) kita kena tangung sendiri… tapi biasanya minyak untuk ke Bukit Tinggi dan kawasan sekitarnya adalah dalam IDR200,000… jadi jumlah keseluruhannyanya sekitar IDR600,000 untuk sehari (lebih kurang RM180.00 sahaja)… kami minta pak supir menjemput kami di Hotel jam 7.30 pagi keesokkan hari…

ARMADA Travel (Angkutan sewa Business Class)
Jl. Pemuda (depan Plaza Andalas), Padang. +62081 266 770033 / +6208116606677
Jl. Sudirman No 44 Simp Birugo, Bukit Tinggi. +62082383 667733 /+62082383013344

Pada keesokkan harinya.. selepas sarapan pagi dan check out hotel… tepat jam 7.30 pagi… Pak supir dah sampai di lobi hotel menjemput kami untuk trip ke Bukit Tinggi.  Pak supir ni namanya Ricko… orang minang… suku melayu… memang asal orang Padang.  Perjalanan pagi menyusuri jalan pantai di Kota Padang… memang lancar… tak macet.  Arah tujuan pada pagi ini adalah ke Kota Pariaman dulu.  Semasa dalam kereta sambil menyusuri kampung-kampung tradisional… yang dihiasi dengan sawah padi yang menghijau… pak supir menceritakan bahawa di Pariaman ni… adat pepatih memang sangat kuat.  Kalau di Pariaman ni… kaum lain yang bukan islam seperti cina budha atau kristian memang tidak boleh tinggal di sini.  Tanah adat dan harta pusaka  pun memang diwarisi daripada ibu kepada anak-anak perempuan mengikut adat pepatih. Bagi lelaki Minang… kebanyakannya pergi merantau keluar daerah… berniaga.  Dalam dua jam perjalanan… kami sampai ke Kota Pariaman yang terletak berdekatan dengan pantai.  Sampai sana… kami jalan pusing-pusing jalan kaki di pekan kecil ni… sambil makan di sebuah warung… makan katupek gulai.  Makanan ni adalah ketupat yang dimasukkan ke dalam gulai lemak samada sayur nangka atau sayur pucuk paku.  Harganya dalam IDR6,000 sahaja.  Di sini rupanya ada stasiun keretapi yang menghubungkan ke Kota Padang… ada dua perjalanan ke Kota Padang iaitu satu sebelah pagi dan satu lagi dalam jam 3.00 petang.. harganya cuma IDR6,000 sehala… murah kan.

Kota Pariaman

Kota Pariaman

Seterusnya kami menuju ke Danau Maninjau.  Dalam perjalanan… kami dapati ada terdapat beberapa kumpulan penduduk kampung (kebanyakannya kanak-kanak belasan tahun) yang membuat sekatan jalan… meminta sumbangan derma untuk dana masjid di kampung tersebut.  Menurut pak supir… rupa-rupanya memang menjadi kebiasaan aktiviti meminta sumbangan derma ini di setiap masjid kampung di daerah sini.

Dalam satu setengah jam… kami dah sampai di Danau Maninjau.  danau ni pada asalnya adalah bekas letusan gunung berapi ratusan tahun dahulu.  Tempat ini terletak di tanah tinggi dan kawasan sekelilingnya memang subur… dihiasi dengan kampung tradisional dan sawah padi… memang cantik.  Banyak aktiviti menternak ikan dalam sangkar di danau ini.  Sempat juga kami singgah di gerai tepi jalan untuk membeli makanan ringan.  Salah satu yang paling popular di sini adalah kerang kecil yang direbus… dipanggil ‘pensi’… (di Kelantan juga ada terdapat kerang ini yang dipanggil ‘etok’)… harga sebungkus cuma IDR5,000.   Seterusnya kami memandu mendaki bukit untuk ke Bukit Tinggi.  Jalan di sini memang advanture… dipanggil Kelok 44… iaitu ada 44 selekoh tajam.  Semakin mendaki… semakin cantik pemandangan danau. Kami sempat singgah di dalah satu kedai kopi di pinggir jalan… menikmati kopi O panas… sambil makan pensi… hhhmmmm….

Danau Maninjau

Danau Maninjau

Selesai menikmati pemandangan danau… kami meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Tinggi.  Melalui jalan kampung… memang tidak menjemukan sehinggalah kami melintas kawasan Ngarai Sianok… sebelum mendaki bukit lagi ke Kota Bukit Tinggi.

Bukit Tinggi

Bukit Tinggi

Kawasan yang paling terkenal di Bukit Tinggi ni… apa lagi… Jam Gadang la..  Di sekitar Jam Gadang ni terdapat macam-macam kedai menjual barangan daripada pakaian, barangan cenderamata sehinggalah ke makanan.  Pusing-pusing menjelajah lorong-lorong yang dipenuhi dengan orang berjualan… terjumpa tempat makan best… Nasi Kapau… Nasi kapau ni macam nasi campur la… cuma lauk pauknya terdiri daripada masakan padang… termasuk rendang… ikan goreng balado dan macam-macam lagi. Boleh tahan rasanya… sedap…

Nasi Kapau

Nasi Kapau

Singgah sebentar di Masjid Raya… kemudian lepak sampai petang… sebelum bergerak pulang ke Padang.  Di Bukit Tinggi ni cuacanya agak sejuk dan selalu hujan… masa kami balik menuruni bukit pun… hujan turun dengan lebatnya… dan berkabus…

Kota Bukit Tinggi

Kota Bukit Tinggi

Dihari terakhir kami di Padang… jalan-jalan di Kota Padang dengan berjalan kaki… sempat juga sarapan pagi di sebuah kedai makan yang menjual sate padang dan soto… sebelum check out hotel untuk ke Bandara dengan menaiki Teksi bermeter (argo).. tambang teksi sekitar IDR80,000 sahaja (dalam RM26.00 sahaja)…. bahagi dua dalam RM13.00… ok la.

Rumah makan

Rumah makan

Sebelum bergerak pulang menaiki pesawat untuk pulang ke KL… sempat makan nasi campur di Bandara… hmmm…. kena bayar IDR140,000 … dua orang makan… mahal beb…  moralnya… makan kat Bandara memang mahal… jumpa lagi…