20151203_113320

Semasa di Milan, kami sempat ke Lugano switzerland yang terletaknya bersempadan dengan Lake Como iaitu lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan menaiki bas dari Milan.  Sebenarnya kami dah survey tiket untuk ke Lugano… samada menggunakan train atau bas semasa di Malaysia lagi… tetapi belum ada keputusan sehinggalah kami sampai di Milan.

Mulanya kami bercadang untuk membeli tiket train di Milano Centrale sahaja… tetapi agak sukar pula beli walk in (kaunter tiket pun kami tak jumpa masa tu… memandangkan Milano Centrale ni memang luas dan ada tiga tingkat… jadi, kami duduk di satu sudut… dan surf internet untuk mencari tiket secara online (ada WIFI free…). Harga tiket train pergi balik ke Lugano lebih kurang EUR 30 seorang secara online.  Manakala sekiranya menggunakan bas hanya berharga EUR 8 sahaja untuk seorang pergi balik.

Jadi, akhirnya kami buat keputusan untuk membeli tiket bas secara online melalui Meinfernbus Flixbus… EUR 16 untuk dua orang pergi balik… tetapi kami perlu berada sebelum jam 8.00 pagi di Stesen Bas Lampugnano yang berada di luar pusat bandar Milan.

Tiket bas ke Lugano Tiket bas ke Lugano

Pada keesokan paginya, kami bertolak pada 6.30 pagi dari Hotel yang terletak di area Marche… menggunakan Metro train laluan Marche – Zara – Milano Centrale – Lampugnano dengan tiket berharga EUR 3 seorang perjalanan sehala.  Kami sampai di Stesen bas Lampugnano sekitar 7.30 pagi.  Bas Meinferbus mudah dikenali dengan warna hijau terang… sampai di sana kami tunjukkan tiket (emel) yang kami beli secara online melalui handphone… pemandu bas scan barcode… dan settle.  Android Apps untuk Meinfernbus juga boleh diinstall pada smartphone dan memang banyak membantu.

Bas yang kami naiki ni bertolak dari Lampugnano.. melalui Lake Como.. Chiasso… Lugano… dan seterusnya hingga ke Munchern di Munich German.  Jadi kami perlu berhati-hati supaya tidak terlepas perhentian di Stesen bas Lugano… kalau tak mau terlajak ke German nanti… he.. he..

Sepanjang perjalanan, pemandangan keindahan ciptaan Illahi cukup memukau… kami melalui Lake Como, Itali dimana bandar cantik ini  bersempadan dengan Switzerland… sehinggalah kami sampai ke Lugano.  Stesen bas Lugano ni terletak sekitar 3 km di luar pusat bandar Lugano… Kami pun tak perasan bahawa kami dah sampai di Lugano… sehingga ditegur oleh pemandu bas supaya turun…  Sebenarnya terdapat beberapa Stesen bas yang berbeza di Lugano ni… dan Stesen bas yang kami jejaki ni adalah hanya untuk Bas Meinfernbus Flix (Lugano via Ciani) sahaja. Hanya terdapat tempat parking bas dan sebuah p0ndok bas… nampak sunyi sahaja…

Lugano via Cianni Flixbus bus station

Lugano via Cianni Flixbus bus station

Berdekatan dengan Stesen bas terdapat stesen minyak Shell.. kami pun bertanya kepada pekerja di Shell tersebut bagaimana untuk ke pusat bandar… dan kami difahamkan bahawa adalah mudah untuk berjalan kaki sahaja ke pusat bandar… dalam 3 km sahaja. Alternatif lain adalah menggunakan teksi… agak mahal…

Sekitar Lugano ni memang sangat bersih… pemandangan cantik… cuaca sejuk (suhu semasa kami di sana adalah sekitar 4 darjah celcius)… dan berjalan kaki sejauh 3 km memang tak terasa penat…

Lugano... Switzerland

20151203_114146

Lugano ni adalah antara tempat di Switzerland yang mendapat cahaya matahari yang paling banyak… jadi taman-taman di sini memang cantik.  Semasa kami ke sini… sekitar awal Disember dimana tidak lama lagi mereka akan menyambut krismas.  Jadi, terdapat Cristmas Market (macam ala ala bazar ramadhan di Malaysia… )… menarik…

20151203_115941

20151203_112110

20151203_120649

Di sini matawang menggunakan Swiss Franc… kadarnya lebih kurang sama dengan Eur… tetapi barang-barang di sini lebih mahal berbanding tempat lain di Europe.  Matawang Euro masih diterima di sini… tetapi bakinya dikembalikan dalam Swiss Franc.  Kebanyakan penduduk di sini tidak boleh berbahasa English dengan baik. Saya teringat semasa kami hendak membeli roti di sebuah kedai roti… pekerja di situ tidak boleh langsung berbahasa English… terpaksa pula dia meminta tolong rakannya untuk translate… he… he…

Di sini terdapat kedai Doner Kebab halal… tetapi hanya sebuah sahaja yang kami jumpa.  Jadi kesimpulannya… di sini memang susah untuk mencari makanan halal.

20151203_140812

20151203_140553

Sekiranya kita menaiki train dari Milan… adalah lebih mudah kerana stesen Keretapi berada betul-betul di Pusat bandar Lugano berbanding bas. Kami menjelajah bandar Lugano dengan berjalan kaki sahaja… tanpa kami sedari kami telah berjalan hampir 10 km pada hari tu… tak terasa penat mungkin kerana cuaca sejuk… ditambah pula dengan pemandangan yang cantik…

Di Switzerland ni… kos penginapan… barangan… makan dan sebagainya adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan di Itali. Bagi budget traveler seperti kami… perkara seperti ini perlu diambil kira… sebab itulah kami tidak menginap di sini dan sekadar pergi balik hari sahaja…