April 2016… Ini kali kedua saya ke Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia… dan kali ini saya bawa bersama family. Tiket flight dalam RM300 seorang pergi balik… pengangkutan dan hotel memang tak tempah awal-awal.. gamble je.

Sampai je di Bandara Minangkabau Padang dalam 1.30pm… diluar airport memang dah banyak pemandu teksi / kereta sewa dan ramai juga “ulat” mendekati kami.  Beberapa pemandu kereta sewa terus menghampiri saya… menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke Bukittinggi.  Bagi kereta biasa ke Bukittinggi dalam IDR 400,000 (RM120)… Innova/Kijang 7 seater dalam IDR660,000 (RM200). Ni semua all included termasuk petrol (sesetengan kereta sewa tidak termasuk petrol… kita kena isi sendiri asing).  Oleh kerana kami semua 6 orang dewasa termasuk 2 kanak-kanak, kami decide amik Innova… just nice… settle.

Dalam perjalanan, kami singgah di rumah makan masakan padang… kedai biasa je kami nampak tepi jalan.  Makanan sedap… harga pun ok. makan 6 orang dalam IDR190 (RM55) je.. kalau ikut cadangan pak supir… dia nak bawa ke Rumah Makan Ombak… Dengar cerita ramai pelancong luar makan di sini… makanan sedap… dan harga mahal sikit…

Perjalanan dari bandara di padang ke Bukittinggi memakan masa dalam 2 jam… so kami minta pak supir terus ke Bukittinggi kerana hotel memang belum tempah lagi. Saya cuma pesan pada pak supir agar tolong cari hotel bajet yang dekat dengan Jam Gadang/Pasar atas.

Pak supir membawa kami ke Hotel Gallery… bersebelahan dengan Hotel Novotel (hotel ni 4 bintang… bilik 1 malam dalam IDR1 juta).  Hotel Gallery ni memang dekat dengan Jam Gadang… boleh nampak Jam Gadang daripada hotel.
Alamat:
Gallery Hotel,
Jl. H. Agus Salim No. 25,
Bukittinggi Sumatera barat, Indonesia.
Tel: +62075223515

Kalau kita cari info Gallery Hotel dalam internet seperti Trivago, Booking.com…. memang tiada sebab hotel ni tak join dengan internet booking.  Bayar pun cash… kartu kredit tidak diterima… hehehe..

Macam biasa… saya kalau walk in hotel di Indonesia ni… mesti kena check dulu.. bagi puashati.  Bilik standard harga dalam IDR300 (RM90)… double bed.. ada TV.  Cuma kami confius sikit sebab takde kipas dan AC… tapi pihak hotel menyakinkan kami bahawa di sini cuacanya memang sejuk… terutama sekali pada waktu malam.. so tak perlu kipas atau AC.  Jadi kami akhirnya ambil tiga bilik… kena naik tangga tingkat satu dan dua… tapi view memang superb….  Pagi ada sarapan disediakan… nasi goreng.. mee goreng.. kopi o… Pendek kata… ok je duduk hotel ni… selesa dan harga berpatutan.

Keesokan harinya kami ronda-ronda area Pasar Atas je… cari telekung sulam… kain sulam… tudung sulam… macam-macam sulam ada dan harga pun berpatutan.  Saya ada borak-borak dengan pekerja hotel… bertanyakan dimana lagi boleh pergi jika nak cari kain murah. Dia cadangkan kami pergi ke area Aur Kuning… tapi di situ semua penduduk tempatan je… pelancong tak pergi sana.  Daripada hotel Gallery… kami tunggu ‘angkot’ (van yang dijadikan bas) dengan nombor 13 (Tigo Baleh… ada ditulis pada van). Angkot akan melalui pasar bawah… kemudian ke Stasiun… dan terus ke Aur Kuning.  Pasar Aur Kuning berada di belakang Stesen Bas Aur Kuning.  Tambang angkot adalah IDR3000 seorang (dalam RM1). Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja.

Pasar Aur Kuning memang besar… macam-macam ada dan harga kain… telekung sulam adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Pasar Atas.

Makan di Bukittinggi ni memang takde masalah… nasi padang ada.. sate padang ada… nasi kapau ada… pendek kata semua kena dengan selera kita orang Malaysia… Satu lagi tempat makan yang saya suka pergi semasa di Bukittinggi adalah gerai makanan sore di Stasiun.  Sekiranya berjalan daripada Gallery Hotel… mengambil masa dalam 10 minit je.  Nak naik angkot pun boleh… tapi kena pusing jauh sikit… harga tambang angkot sama je IDR3000.  Di Stasiun, gerai makanan di sini hanya dibuka pada waktu petang sahaja (bermula 5pm)… macam pasar malam… tapi jual makanan sahaja.  Saya paling suka pisang cheese… sate padang… dan bakso di sini… harga berpatutan dan persekitaran bersih.

Satu lagi aktiviti yang menarik dilakukan di Bukittinggi ni adalah menaiki kereta kuda (dipanggil bendi di sini)…  Jika kita menaiki kereta kuda di Jam Gadang dan pusing-pusing bandar Bukittinggi… upahnya adalah IDR50,000 (RM15)…

Hari terakhir kami di Bukittinggi… saya meminta jasabaik pekerja hotel untuk mencarikan kereta sewa untuk ke Bandara di Padang.  Kereta yang dicari oleh hotel adalah kereta MPV… lebih kurang sama besar dengan Innova/Kijang yang kami sewa tempohari tetapi harganya jauh lebih murah iaitu IDR350 (RM105) sahaja.  Saya berpendapat pada masa akan datang… sekiranya kita telah menempah hotel lebih awal, adalah lebih mudah dan juga murah sekirany mendapatkan pengangkutan yang diuruskan oleh pihak hotel berbanding sekiranya walk in di Bandara.

Dalam perjalanan pulang ke Bandara… kami meminta pak supir berhenti di rumah makan tepi jalan (warong) … untuk kami membeli nasi padang (bungkus) untuk dibawa pulang.  Pak supir ada memberikan tips… adalah lebih sedap dan fresh sekiranya kita makan di rumah makan yang lebih kecil kerana mereka akan memasak makanan baru setiap hari… kerana di rumah makan yang besar serta lauk-pauk yang dimasak banyak… kebiasaanya mereka akan memanaskan makanan yang tidak habis hari ini untuk dijual pula pada esok hari.

Ada dua perkara yang saya tidak dapat lupakan tentang Bukittinggi… iaitu nasi padang dan cuacanya yang sejuk.  makan… tidur… makan … tidur… hehehe…