Part 1: Menjengah ke Tanah Farsi… Tehran

Pemandangan Bandar Tehran
.

Saya memang sudah lama memasang impian untuk ke negara Iran… beberapa tahun sebelum ini pernah membuat itinari tetapi perbelanjaan agak mahal terutamanya kos kapalterbang.  Namun, tahun 2016 Air Asia seolah-olah membuka peluang untuk impian saya tercapai apabila menawarkan kos tiket yang sangat berpatutan bagi budget traveler… seperti saya.

Tiket Air Asia yang saya perolehi hanya berharga RM700 pergi dan balik… dan perjalanan yang dirancang adalah pada musim sejuk iaitu akhir november 2016… dengan harapan salji akan turun pada waktu itu.

Tepat pada masanya, saya telah berada di Boarding Hall di KLIA2. Semasa menunggu, saya dapati tidak ramai rakyat Malaysia yang menaiki flight ke Tehran… mungkin dalam 7 ke 8 orang sahaja… yang selebihnya adalah warga Iran.  Lelakinya berpakaian kemas dan wanitanya nampak cukup menjaga penampilan dengan solekan dan rata-rata free hair… cabin crew juga kemas dengan berseluar panjang…  Flight berlepas lebih kurang pada pukul 7pm. Semasa di dalam flight… saya biasanya memang tidak pre-order makanan… kalau betul-betul lapar, barulah order makanan masa tu juga… tetapi pada kali ini dapat makanan percuma pula iaitu kebab ayam bersama nasi dan kali kedua pizza shawarma… terimakasih Air Asia.

Perjalanan mengambil masa selama 7 jam 45 minit… mendarat di Imam Khomeini International Airport 11.45 pm waktu tempatan dan suhu pada masa itu (november) adalah 5 darjah celcius.  Saya beratur di foreigner lane… tidak la lama sangat berbanding Iranian lane… pemeriksaan passport tidak menghadapi apa-apa masalah… dan tidak dikenakan insuran. Sebelum ni saya mendapat maklumat awal yang pelawat dari Malaysia akan dikenakan insurans sebanyak USD16 dan visa adalah percuma selama 14hari.  Dalam masa lebih kurang 10 minit… segala urusan imigresen selesai.

Etika berpakaian perlu dipatuhi oleh semua orang tidak kira agama dan bangsa yang memasuki negara Iran… dan ini termaktub di dalam undang-undang Iran.  Patutlah saya perasan wanita-wanita Iran yang sebelum ini tidak memakai tudung semasa di KLIA2 tadi semuanya telah bertudung… meskipun kebanyakannya hanya bertudung tetapi menampakkan rambut (jambul) masing-masing… yang beraneka warna.  Begitu juga flight crew wanita yang sebelum ini saya perasan tidak bertudung telah juga bertudung apabila mendarat di Tehran Airport.  Ini tidak ketinggalan semua wanita barat yang saya rasa rata-rata beragama Kristian… juga mengenakan tudung kepala.  Sebenarnya semua wanita di Iran perlu mengenakan tudung kepala (walaupunpun tidak menutupi rambut sepenuhnya)… dan mesti mengenakan baju berlengan panjang dan baju yang menutupi punggung sehingga ke lutut.  Bagi lelaki pula tidak boleh berseluar pendek.  Sekiranya ingkar… boleh disaman oleh polis agama Iran.

Etika Berpakaian Wanita Iran
Etika Berpakaian Wanita Iran – sumber internet

Tempat mengambil beg adalah di tingkat bawah.  Untuk makluman… airport ni hanya ada 3 tingkat sahaja iaitu tingkat parking (P), tingkat bawah (G) untuk ruangan ketibaan dan aras 1 untuk ruangan pelepasan.  Setelah mengambil beg… kami keluar dari ruangan kastam dan terus menuju ke tingkat satu untuk menukar duit.  Tukaran matawang USD kepada Iran Riyal tidak mengambil masa yang lama… perlu diingatkan juga bahawa kad kredit tidak boleh digunakan di Iran.  Pada masa tu… 1 USD bernilai lebih kurang IRR 36,000.00 riyal manakala IRR 100,000 lebih kurang RM13.  Satu lagi tips yang perlu anda tahu adalah kebanyakan jual beli di Iran menggunakan Toman iaitu 10 toman (T10) sama dengan 100 thausand riyal (IRR100,000.00).

Setelah membuat penukaran matawang yang secukupnya, kami mencari airport teksi untuk ke hotel.  Tambang teksi adalah sebanyak IRR750,000.00 (T 75) atau sekitar RM100 untuk ke Hotel Firouzeh yang terletak 50 km jaraknya ke pusat bandar dan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Kebanyakan pemandu teksi tidak boleh berbahasa inggeris… jadi saya print maklumat alamat hotel berserta gambar hotel pada kertas A4 manakala saya juga menyediakan pen untuk pemandu teksi menulis tambang pada kertas semasa membuat urusniaga.

firouzeh-1
.

Alamat Hotel:
Firouzeh Hotel, Dolat Abadi Alley, Amir Kabir Street, Tehran.
Tel: +9821 – 3311 3508, HP: 0098-912 436 1974 (Manager: Mr. Mousavi)
Emel: info@firouzehhotel.com, Website: www.firouzehhotel.com

Hotel Firouzeh berkategori hotel bajet… terletak di kawasan bengkel tayar dan membaiki kereta tetapi tidak jauh untuk ke stesen Metro iaitu lebih kurang 1km utk ke Emam Khomeini Metro Station atau 600M untuk ke Mellat Metro Station.  Juga tidak jauh sekiranya nak ke Grand Bazaar iaitu lebih kurang 1.7km sahaja dengan berjalan kaki.  Saya mengambil keputusan untuk menginap di hotel ini salah satunya adalah kerana recommendation daripada budget traveler yang pernah ke Tehran melalui Tripadvisor.

Saya menginap di bilik standard dengan 2 katil single… ada bilik mandi (shower) dalam bilik berserta air panas tetapi terpaksa berkongsi tandas di luar bilik.  Keadaan bilik dan tandas sangat bersih dan selesa.  Harga penginapan adalah sebanyak IRR1300 000 atau USD40 (~RM178) semalam dan ada disediakan sarapan pagi yang ringkas terdiri daripada roti iran berserta keju dan air teh 0 .

Sarapan Pagi di Hotel Firouzeh
Sarapan Pagi di Hotel Firouzeh

Cara tempahan adalah dengan menghantar emel serta menelefon Mr. Mousavi sekurang-kurangnya dua hari sebelum sampai ke sana.  Beliau akan membalas emel dan itu adalah merupakan bukti tempahan.  Beliau juga ada menawarkan khidmat teksi yang boleh menunggu kita di airport dengan harga yang sama iaitu T 750.  Bayaran penginapan hotel boleh dilakukan semasa check-out.  Perkhidmatan WIFI ada disediakan tetapi perlu membayar USD 1 untuk sehari.  Internet access adalah terhad… Penggunaan aplikasi Whatsapp tiada masalah di tehran tetapi Facebook dan Instagram tidak berfungsi dengan baik dan hanya sekali sekala sahaja boleh diakses.

Saya sampai di hotel dengan menaiki teksi lebih kurang jam 12.30 pagi waktu tempatan. Setelah membayar harga tambang teksi (dengan dibantu oleh staf hotel kerana pening untuk mengira duit yang berjumlah beribu-ribu  riyal… hehehe), saya terus check in tanpa masalah.  Hotel staf cuma perlukan passport kami untuk difotostat serta direkod dan boleh diambil pada keesokan harinya.

 

Advertisements

One thought on “Part 1: Menjengah ke Tanah Farsi… Tehran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s