Imam Khomeini Square

Imam Khomeini Square

Keesokan harinya kami memulakan eksplorasi… tujuan kami pada hari ini adalah untuk ke Bukit Tochal yang terletak di utara Tehran.  Cuaca agak sejuk pagi itu… saya rasa dalam 1 atau 2 degree celcius… padahal minggu lepas suhu hanya 10 ke 15 degree celcius. Mulanya saya cuma berpakaian jaket tebal biasa sahaja berjalan keluar hotel… tetapi akhirnya terpaksa berlari-lari masuk semula ke hotel dan menukar pakaian yang lebih sesuai… bubble jacket & boots… rasa-rasanya salji akan turun hari ni.

Walking from Firouzeh Hotel to Emam Khomeini Metro Station

Walking from Firouzeh Hotel to Emam Khomeini Metro Station

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Emam Khomeini Metro Station yang jaraknya dalam 1km dan berada di Emam Khomeini Square.  Satu lagi Metro station yang dekat dengan Hotel adalah Mellat Metro Station tetapi mempunyai jalur perjalanan timur ke barat.

 

Train Metro Ticket

Train Metro TicketTiket sehala ke Tajrish Metro Station boleh dibeli di kaunter tiket dengan harga hanya 75,000 riyal bersamaan lebih kurang RM1… sangat murah… untuk semua station yang berjarak dekat.  Satu lagi cara ialah dengan membeli Metro Kad juga boleh dibeli di kaunter tiket mana-mana Metro Station… dan setiap kali menggunakan perkhidmatan Metro.. kad akan disentuh pada kad reader di pintu masuk dan keluar Metro Station dan jumlah kredit akan ditolak.  Penambahan kredit juga boleh dibuat di mana-mana Metro kaunter tiket.

 

Metro di Tehran terdiri daripada beberapa jalur iaitu Line1 – redline (utara-selatan),Line2 –  blueline, dan beberapa line lagi.  Jalur ke Tajrish adalah melalui Line1 (Redline).

Suasana di Metro Station agak sesak terutama pada waktu pergi dan pulang kerja iaitu sekitar jam 8.00 pagi dan 4.30 petang.  Ada sekali tu saya menaiki train betul-betul pada waktu petang semasa mereka pulang kerja… memang macam sardin. Setiap kali berhenti di Station dan penumpang keluar… kemudian berlaku tolak-menolak daripada luar untuk masuk ke dalam train… selagi muat… Mujur juga ada disediakan gerabak untuk wanita sahaja pada gerabak pertama dan terakhir train.

Suasana di dalam train pada masa biasa dan tidak sesak adalah sangat menarik… dimana terdapat penjual yang menjual pelbagai barangan daripada makanan, barang mainan, stokin, tali pinggang dan sebagainya… mundar mandir di sekitar train dengan pelbagai aksi penjual.

Perjalanan ke Tajris menggunakan train Metro mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja… dan merupakan pengangkutan yang cekap dan murah jika dibandingkan dengan kereta, teksi ataupun bas.  Pengangkutan menggunakan teksi agak mahal di Tehran… dimana saya pernah menggunakan perkhidmatan teksi hanya dalam 4 km jaraknya… dikenakan bayaran sehingga T20 (~RM23).  Tambahan pula, kesesakan lalulintas adalah perkara biasa di Tehran dan perjalanan yang dekat pun… boleh mengambil masa yang lama.