Bila berbicara tentang makanan di Tehran… timbul beberapa persoalan yang mengganggu fikiran kita sebagai orang Islam malaysia yang berpegang kepada Ahli sunnah Waljamaah… Sunni. “Adakah halal kita makan makanan daging sembelihan yang disediakan oleh orang Islam Syiah?” Banyak pandangan yang saya perolehi daripada pelbagai pihak. Bagi sesetengah golongan yang tegas… mereka mengatakan adalah haram memakan sembelihan mereka sebab orang Islam Syiah sebenarnya bukan Islam. Dan ada pula sesetengah golongan yang berfikiran sederhana… iaitu kita tidak boleh menuduh seseorang itu terkeluar daripada Islam hanya kerana mereka itu orang Islam yang tinggal di Iran… Tambahan pula, di Iran sendiri ramai penduduknya terdiri daripada Islam Sunni… dan ramai juga orang Yahudi (Ahli Kitab) yang rata-rata berpakaian seperti orang islam (bertudung) dan tidak dapat dibezakan diantara satu sama lain.  Dalam hal ini… saya mengambil sikap positif iaitu semua makanan di Iran disediakan oleh orang Islam menurut cara Islam… halal. Ini hanya pendapat individu saya… namun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai.

Video di atas adalah daripada sumber Youtube… hanya untuk menunjukkan beberapa tempat makan yang pernah saya kunjungi di Tehran.  Salah satunya adalah Moslem Restaurant yang terletak di Grand Bazaar. Tempat makan ni memang popular dan sangat sesak pada waktu tengahari.

Kawasan Grand Bazaar dan Moslem Restaurant

Kawasan Grand Bazaar dan Moslem Restaurant

Restoran ni terletak di tingkat satu dan dua betul-betul di sebelah luar Grand Bazaar… dimana dibawahnya adalah deretan kedai menjual makanan kering dan kekacang… Apabila masuk sahaja ke restoran ini yang berada di tingkat satu, terus beratur di bahagian salad dan yogurt… dimana terdapat pelbagai jenis salad dan yogurt…  kita akan diberikan dulang dan pada masa itu… saya mengambil minuman yogurt, beberapa jenis salad dan buah zaiton jeruk. Seterusnya kita akan melalui kaunter dan memesan menu utama… dan diminta untuk membayar dahulu dan membawa resit ke meja… Pelayan restoran akan melihat pada resit dan membawa makanan yang telah diorder.  Ruangan tempat makan berada di aras satu dan satu lagi di aras dua (WC terletak di aras 2).

Tahchin, nasi kebab kambing, dan soup di Moslem Restaurant Grand Bazaar

Tahchin, nasi kebab kambing, dan soup di Moslem Restaurant Grand Bazaar

Apa yang popular di restoran ini dan menyebabkan orang beratur panjang adalah Tahchin iaitu nasi kuning berkerak yang dicampur herba seperti safron, buah delima kering dan sebagainya… harganya agak mahal dan biasanya kita hanya minta sebahagian kecil sahaja untuk dimakan bersama makanan lain.  Saya juga memesan nasi kebab yang dicampur herba (pelbagai jenis daun yang dikisar halus dan dicampur kedalam nasi) dan juga kebab daging kambing yang agak besar bahagiannya.  Rasa hidangan ini lebih kurang macam nasi bariani kambing yang biasa kita makan di Malaysia… tetapi berasa agak tawar dan masam.

Saya perhatikan juga bahawa hidangan yang diberikan untuk seorang adalah agak besar dan banyak… biasanya saya hanya order satu hidangan (portion) sahaja dan boleh dikongsi untuk dua orang.  Saya juga ada memesan soup… yang rasanya juga masam (saya memesan soup kerana melihat ramai orang lain yang memesannya… tapi rasanya hmmmm…. tak boleh pegi…  hehehe).  Harga makan saya di sini lebih kurang dalam T65 (~RM70) dan saya rasa agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan makan di kedai makan biasa… dan pengalaman manis makan di restoran ini memang akan diingati selamanya.

Satu lagi tempat yang popular di kawasan Grand Bazaar adalah Sharaf El-Eslami Restaurant yang telah wujud hampir 80 tahun di ruangan bawah tanah dalam kawasan grand bazaar.  Tempat makan yang memang dikenali oleh warga tempatan ini memang agak sukar untuk ditemui terutamanya bagi orang luar.  Saya menjumpainya pun secara tidak sengaja… iaitu semasa saya tersesat menjelajah di dalam bazaar (hehehe)… dan perut terasa lapar… saya bertanyakan kepada salah seorang penjual di bazaar tersebut dan beliau menunjukkan arahnya iaitu bersebelahan dengan masjid di dalam bazaar dan restoran tersebut terletak di ruang bawah tanah melalui satu pintu kecil.

Restoran Sharaf El-Eslami - sumber internet

Restoran Sharaf El-Eslami – sumber internet

Semasa saya sampai di restoran ini… masih agak awal pagi dan tidak ramai pengunjung.  Kaedah order juga sama iaitu kita berbaris di kaunter dan memesan makanan.  Cuma masalahnya di sini adalah mereka semuanya tidak boleh berbahasa inggeris termasuklah pelayan yang mengambil pesanan dan juga cashier… hehehe.  Jadi, apabila kita tak tau apa yang dia cakap dan dia pun tak faham apa yang kita nak order… jadi guna bahasa isyaratlah… hahaha.  Kemudian saya minta ditunjukkan menu… tetapi dia tunjuk satu kertas menu hanya ada tulisan farsi… tak jadi juga.  Akhirnya saya pergi ke meja salah seorang pelanggan disitu dan tunjukkan apa yang mereka makan kepada pelayan… itulah yang saya hendak order.  kemudian saya keluarkan duit… dia pilih sendiri duit yang ada atas tangan saya… lawak la…  Kemudian saya duduk dimeja yang masih kosong dan pelayan membawa makanan ke meja.  Di restoran ini terkenal dengan kebabnya… jadi saya order kebab ayam dengan nasi.  Memang sedap makan di sini… harga pun ok je… dalam T15 (~RM18).

Tajrish Bazaaar Restaurant

Tajrish Bazaar Restaurant

Satu lagi tempat makan yang saya suka adalah di sebuah restoran di dalam Tajrish Bazaar.  Sebenarnya saya pun tak tau macamana nak menyebut nama restoran ni… tapi dia terletak di bahagian jualan sayur di dalam tajrish Bazaar dan kita boleh nampak Imamzadeh Shrine melalui tingkapnya.

Dalam tajrish Bazaar Restaurant

Dalam tajrish Bazaar Restaurant

Saya ke restoran ini beberapa kali… breakfast… makan tengahari… Untuk makan pagi hanya disediakan roti iran dan dimakan bersama beberapa pilihan lain seperti telur dadar… daging cincang dsb.  Rotinya memang segar dan dihidang panas-panas.. ada scramble egg yang dimasak bersama tomato dan herba… dan tidak ketinggalan timun jeruk.  Air minumnya seperti biasa… teh 0 (chai) tanpa gula.  Chai ni kalau nak minum ada caranya… iaitu kita akan disediakan gula batu berbentuk empat segi kecil… mula-mula kita celup sikit dalam air tu… kemudian kita masukkan ke dalam mulut letak atas lidah kita (kemam)… kemudian barulah kita hirup air chai tu perlahan-lahan… rasa manis akan terasa apabila air bercampur gula yang berada di dalam mulut…

Breakfast di Tajrish Bazaar

Breakfast di Tajrish Bazaar

Makan tengahari pula saya suka nasi dengan kebab daging atau ayam.  Merujuk kepada gambar dibawah, saya order nasi yang dicampur dengan air safron… dan ditabur dengan buah delima kering.  Kemudian, ada ayam (di sini dipanggil chicken kebab walaupun kelihatan macam ayam masak kari)… kemudian ada sayur jeruk… dan tidak ketinggalan limau dan salad.   Kemudian yang saya masih tidak pasti… ialah macamana nak makan roti nipis (dalam plastik) dan juga hirisan limau yang diberikan… pencuci mulut kot… hehehe… Harga makanan ni hanya T15 sahaja.

Lunch di Tajrish Bazaar

Lunch di Tajrish Bazaar

Saya juga suka singgah di gerai-gerai makanan kecil di tepi jalan (street food) dan merasai makanannya… dan semestinya harganya lebih murah.  Apa yang saya boleh simpulkan ialah… rasa makanan di Tehran ni kebanyakannya berasa masam… tidak pedas langsung… salad dan jeruk sayur adalah satu kemestian… tidak ketinggalan juga yogurt sebagai minuman dan chai sepanjang hari.