Beijing Part 5: Forbidden City

Forbidden city (Kota Larangan) merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.

forbiddencity
Forbidden City (sumber gambar drpd internet)

Disarankan untuk lawatan ke kota larangan bermula awal pagi kerana kawasannya yang agak luas ditambah dengan bilangan pelancongnya yang ramai (terutamanya pelancong tempatan yang datang secara berkumpulan).  Dari tempat penginapan, saya menuju ke subway stesen Tian’anmen East (line 1).  Dari stesen subway, berjalan kaki menuju ke pintu masuk Forbidden City yang bertentangan dengan Tian’anmen Square.

P_20100101_085112
Tian’anmen East Subway Station

Jalan masuk ke Tian’anmen Square  dan Forbidden City ada beberapa laluan, dan setiap laluan masuk terdapat pemeriksaan keselamatan yang ketat.  Bagi pelancong, dikenakan pemeriksaan passport manakala bagi warga tempatan pula dikenakan pemeriksaan IC. Setiap barangan yang dibawa termasuk beg galas akan dimasukkan ke dalam beg scanner dan juga pemeriksaan badan dikenakan bagi sesiapa sahaja yang ingin memasuki kawasan ini.

P_20100101_085611
Pemeriksaan Keselamatan Memasuki Kawasan Tian’anmen Square
P_20100101_090331
Pintu masuk ke Forbidden City

Kota larangan terdiri daripada beberapa lapisan tembok dan bangunan.  Setelah melepasi pintu masuk yang pertama ini… kita akan bertemu pula ke pintu masuk kedua dan yang ketiga memerlukan tiket masuk.

P_20100101_091320
Pintu masuk ketiga dikenakan tiket

Harga tiket adalah sebanyak 65 Yuan dan boleh dibeli di kaunter tiket yang terletak di sebelah kanan pintu masuk.  Passport diperlukan untuk membeli tiket dan kemudian kita akan diberikan sekeping kertas (tiket) yang tertulis nombor passport dan juga cetakan scan bar.  Apabila sampai sahaja ke pemeriksaan tiket, cuma serahkan kertas tiket tadi dan pemeriksa akan scan bar pada tiket tersebut.

P_20100101_092913
Kaunter tiket
P_20100101_094041
Dataran Istana

Kawasan lawatan di dalam Forbidden city amat luas. Istana di bahagian tengah masih dikekalkan dengan bangunan dan perabut asal istana untuk tontonan pelawat. Manakala, di sebelah kiri dan kanan bangunan istana dijadikan muzium istana yang memaparkan peralatan asal istana seperti pakaian maharaja, pedang, alat tulis dan sebagainya berserta penerangannya sekali.

P_20100101_094750
Senibina Istana lama diperbuat daripada kayu

Kedai jualan cenderahati terdapat di sebelah tepi kawasan istana.  Tandas moden juga ada disediakan di sebelah kiri kawasan istana dan kedai minuman dan makanan juga terdapat di sebelah kiri kawasan istana.  Keseluruhan lawatan termasuk lawatan ke muzium mengambil masa kira-kira setengah hari.

P_20180505_113939
Istana
P_20180505_114806
Pintu keluar Forbidden City

Keluar sahaja daripada pintu keluar Forbidden City, saya menyusuri tepi parit besar menuju ke Wanfujing yang terletak kira-kira 3 km dengan berjalan kaki.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s