Beijing Part 4: Jinshanling China Great Wall

Jinshanling China Great Wall:  Sumber video daripada youtube

Salah satu tempat wajib pergi apabila sampai ke Beijing… adalah tembok besar China.  Terdapat beberapa tempat tumpuan akses kepada tembok besar China yang menjadi tumpuan pelancong… diantaranya adalah Mutianyu, Bandaling dan Jinshanling.

UNADJUSTEDNONRAW_thumb_1f
Tembok Besar China Jinshanling

Tembok Besar China Mutianyu adalah yang paling dekat dengan kota Beijing dan juga yang paling sibuk dengan pelancong.  Begitu juga dengan Bandaling… juga agak ramai dikunjungi pelancong terutamanya pada hari cuti hujung minggu dan cuti kelepasan am.  Jinshanling pula terletak agak jauh iaitu lebih kurang 150 km dari kota Beijing… dan agak kurang dikunjungi pelancong.  Justeru, saya mengambil keputusan untuk ke Jinshanling.

P_20180506_103219
Tembok Besar China Jinshanling

Sebab utama saya memilih ke Jinshanling Great Wall walaupun jaraknya agak jauh, adalah kerana pemandangannya yang cukup-cukup menarik dan tembok besarnya dipulihari supaya masih mengekalkan ciri-ciri asalnya sejak ratusan tahun dahulu.  Satu lagi kelebihan Jinshanling adalah keadaannya yang tidak terlalu sesak dengan pelancong memberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengambil gambar dan menghayati keindahan tembok besar di atas gunung-ganang sayup mata memandang tanpa banyak gangguan.

Saya bertolak daripada penginapan seawal jam 6.00 pagi, dimana subway train telah mula beroperasi pada 5.30 pagi lagi.  Dari Stesen Liangmaqiou (line 10), saya menuju ke Stesen Shaoyaoju dan kemudian menukar train ke line 13 menuju ke Stesen Wangjing West (line 13). Keluar sahaja daripada Stesen train (Exit B), saya terus berjalan melintasi jejantas dan terus menuju ke Stesen Bas Wangjing West sejauh lebih kurang 100m.  Bas pertama ke Luangping adalah pada jam 7.00 pagi.  Saya sampai ke Stesen Bas dalam jam 6.30 pagi dan telah ramai penumpang beratur menunggu untuk menaiki bas ke Luangping. Perhentian bas (R&R) Jinshanling terletak lebih kurang 150km dari kota Beijing dan 10km dari Luanping.

P_20180506_065309

Bas menuju ke Jinshanling & Luanping

P_20180506_072657
Keadaan di dalam bas

Jadual pergerakan bas pertama daripada Wangjing West adalah pada pukul 7 pagi dan akan tamat pada pukul 4.30 petang (kekerapan 30 minit sekali), begitu juga jadual bas daripada Luannping.  Tambang bas adalah 32 Yuan sehala.  Bayaran boleh dilakukan samada dengan menggunaklan kad Yikatong ataupun bayaran secara tunai kepada konduktor bus semasa hendak menaiki bas.  Perjalanan ke Jinshanling highway Service station (iaitu perhentian ke Great Wall) memakan masa kira-kira 2 jam setengah… dan perhentian untuk ke tandas adalah di Miyun highway service station.

IMG_0856
Perhentian bas R&R Jinshanling

Sampai sahaja di Perhentian bas (R&R) Jinshanling, kita perlu mencari pengangkutan ke Pintu masuk akses ke Jinshanling Great Wall yang jaraknya lebih kurang 3km daripada R&R.  Maklumat yang saya ada sebelum ini melalui carian di Google menyatakan bahawa ada shuttle bus percuma yang boleh membawa pelancong ke pintu masuk Great Wall, tetapi sebenarnya perkhidmatannya telah ditamatkan baru-baru ini.  Jadi, alternatif lain adalah menggunakan kereta sewa (haram) berbayar sebanyak 40 Yuan sehala… walaupun hanya berjarak 3km dan tidak sampai 10 minit perjalanan…

P_20180506_090946
Kereta sewa

Kita akan diturunkan di kawasan pintu masuk dan perlu menaiki buggy pula dengan bayaran 10 Yuan.

P_20180506_091443
Shuttle buggy

Seterusnya buggy akan membawa kita ke pintu masuk utama (main gate) yang menempatkan kaunter tiket dan cable car.  Terdapat dua pilihan laluan untuk memasuki kawasan ini, samada melalui Main Gate atau pun East Gate. Namun, kebanyakan pelancong yang pergi bersendirian (walk in) akan menggunakan Main gate manakala pelancong yang pergi menggunakan travel agent banyak memasuki melalui East gate.

Laluan pendakian (hiking) yang popular adalah bermula masuk melalui Main Gate dan berjalan sehingga East Gate yang mana jaraknya adalah lebih kurang 7 km mendaki dan menuruni bukit curam.  Laluan ini hanya disyorkan kepada sesiapa (pendaki) yang mempunyai cukup stamina dan kecergasan fizikal yang baik.  Pelancong barat yang menggunakan khidmat travel agent banyak menggunakan laluan masuk melalui East gate dan keluar di Main Gate.

Alternatif lain adalah dengan menaiki kereta cable yang boleh dinaiki daripada Main Gate sehingga Xionijanahan Tower yang jaraknya hampir 1000m.  Tiket untuk sehala berharga 40 Yuan, manakala tiket pergi dan balik berharga 60 Yuan.

P_20180506_093427
Peta Great Wall Jinshanling
P_20180506_093156
Tiket masuk ke Jinshanling Great Wall berharga 65 Yuan
P_20180506_093224
Pintu masuk utama

Saya mendaki bermula dengan menaiki bukit melalui laluan Main gate ke Brick Canal Tower, kemudian terus mendaki ke General tower.  Ramai juga pelancong tempatan warga china termasuk kanak-kanak dan warga tua yang menaiki melalui Brick Canal Tower. Tetapi lama kelamaan semakin berkurangan apabila berjalan menuju laluan ke East Gate kerana kebanyakan mereka terus keluar melalui Shalingkou Tower exit.

P_20180506_101941
Laluan mendaki dari Brick Canal Tower ke General Tower
IMG_0787
Pemandangan Great Wall daripada General Tower
IMG_0832
Mendaki tangga
IMG_0804
Laluan ke Flower Tower
IMG_0847
Pemandangan Great Wall daripada East Gate Tower

Keseluruhan perjalanan (hiking) mengambil masa kira-kira selama empat jam dan memakan jarak sejauh 9 km… iaitu bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat kira-kira 1.30 petang.  Semasa perjalanan menuruni bukit pada exit di East Gate, saya memang telah kehilangan tenaga dan mungkin juga kerana keadaan cuaca yang semakin panas dan kehabisan bekalan air. Sebaik sampai di Exit Gate, saya terus berehat di bawah pokok beberapa ketika sambil minum beberapa botol air mineral (dibeli daripada gerai berdekatan) untuk mengembalikan tenaga.

Setelah keadaan badan telah agak bertenaga sedikit, saya berjalan perlahan-lahan menyusuri tepi jalan menuju jalan keluar.  Tidak lama kemudian, seperti biasa akan ada kereta sewa (haram) yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke Perhentian Bas (R&R) Jinshanling dengan tawaran tambang sebanyak 40 Yuan.  Walaupun agak mahal, itu sahaja cara yang ada untuk ke Perhentian Bas R&R pada waktu itu.

Saya sampai di Perhentian Bas R&R sekitar jam 2.00 petang, sedangkan perkhidmatan bas terakhir ke Beijing adalah pada 4.30 petang (30 minit sekali).  Konduktor bas biasanya berada di dalam salah satu mini market di sekitar situ.  Kita perlu dapatkan beliau dan meminta supaya kita dapat menempah tempat (seat reserved) ke dalam bas seterusnya.  Ini kerana kebiasaanya penumpang bas express daripada Luanping ke Beijing selalunya penuh.  Jika ini berlaku, kita terpaksa menunggu bas berikutnya.

IMG_0859
Konduktor bas (wanita beruniform) dan Pemandu kereta haram

Setelah beberapa kali tidak mendapat tempat (seat) bas, saya akhirnya dapat bertolak daripada perhentian bas tersebut dalam jam 4.00 petang dan sampai ke Beijing sekitar jam 7.00 petang.  Perlu diingat juga bahawa waktu petang adalah waktu kesesakan trafik jalan-jalan di Beijing.  Turun sahaja di Stesen Bas Wangjing West,  saya ternampak sebuah restoran muslim terletak bersebelahan sahaja dengan stesen bas tersebut.

P_20180506_190050
Restoran makanan halal

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s