Beijing Part 3: Mendekati Masyarakat Muslim Beijing

P_20180504_123733
.

Kebetulan saya sampai di Beijing pada pagi Jumaat.  Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menunaikan solat jumaat di Masjid NiuJie yang merupakan sebuah masjid tertua di Beijing iaitu dibina pada tahun 996 AD.  Niujie yang bermaksud “Jalan Lembu” mengambil nama daripada aktiviti menjual daging lembu halal oleh komuniti muslim setempat sejak ratusan tahun lampau. Justeru, disepanjang jalan ini terdapat pelbagai jualan makanan halal komuniti islam China seperti mee tarik, sate lembu dan kambing, kuih muih dan sebagainya.

Kaedah termudah dan termurah untuk ke Niujie adalah menggunakan pengangkutan subway train… destinasi ke Stesen Guang’anmennei (line 7) atau Stesen Caishikou.  Keluar sahaja daripada stesen subway, kita terus boleh nampak kedai-kedai dan bangunan berciri muslim di kawasan sekitar.

P_20180505_142608
Pasaraya Menjual Barangan Halal Muslim
P_20180505_152726
Kedai menjual daging halal
P_20180504_142840
Jualan kuih-muih

Kerajaan China menetapkan waktu solat Jumaat di Beijing diselaraskan dan ditetapkan pada pukul 1.30 petang waktu tempatan walaupun masuk waktu zohor adalah berbeza pada satu-satu masa.  Saya dimaklumkan bahawa waktu solat di negara 4 musim mempunyai perbezaan masa yang agak ketara berbanding dengan kita di Malaysia. Jadi penyelarasan masa ini akan memudahkan jemaah untuk bersolat pada watu rehat yang telah ditetapkan majikan masing-masing.

https://www.youtube.com/watch?v=E32rLnV_DME
Sumber video daripada youtube.

Saya sampai di Masjid Niujie agak awal iaitu dalam pukul 11.30 pagi, namun telah ramai jemaah yang berada di dalam masjid terutamanya dikalangan warga tua.  Jemaah yang baru sampai mengucapkan salam dan bersalaman dengan jemaah sedia ada dalam masjid.  Setelah menunaikan solat tahiyyatul masjid, saya duduk ber’iktikaf di masjid. Terdapat barisan kerusi dan meja kecil khas di sebelah tepi kawasan solat di dalam masjid…  diduduki oleh warga tua yang bersolat di atas kerusi.

P_20180504_124137
Warga tua jemaah duduk dan bersolat di atas kerusi

Bangsa cina yang mendiami kawasan Beijing ramai terdiri daripada bangsa ‘Han’ dan kebanyakannya berfahaman komunis (tiada agama atau beragama Buddha suatu masa dulu), manakala muslin Beijing dan juga Xi’an adalah terdiri daripada bangsa yang sama dengan Han tetapi dikenali sebagai ‘Hui’. Ia berbeza dengan masyarakat Muslim yang mendiami kawasan Xinjiang di bandar-bandar seperti Urumqi dan Kashgar yang kebanyakannya berbangsa campuran seperti cina, khazakstan, Turki dan sebagainya. Paras rupa mereka juga nampak seperti orang Arab dan Turki.

Masjid Niujie yang dibina pada tahun 996 ini telah merentasi enam zaman. Bermula dari Dinasti Liao, Dinasti Song, Dinasti Yuan, Dinasti Ming, Dinasti Qing hingga era China moden saat ini. Di China agama islam disebut 伊斯兰教(Yīsīlánjiào)dan terdapat banyak teori yang menceritakan cara kedatangan islam ke China.

P_20180504_123529
Perkarangan Masjid Niujie

Masuk waktu zohor (solat jumaat) tepat pada 12.45 tengahari dan laungan azan dikumandangkan menggunakan pembesar suara tetapi hanya didengari di dalam masjid sahaja.  Biasanya apabila masuk waktu solat lima waktu biasa, laungan azan dilakukan di pintu masuk masjid tanpa pembesar suara.

Setelah selesai azan, beberapa orang ustaz dan juga imam (lebih kurang lima orang) yang memakai jubah dan serban seragam melangkah masuk ke dalam masjid dan duduk berbaris menghadap jemaah di barisan hadapan sekali.  Kemudian mereka mula membaca ayat suci al Quran secara bergilir-gilir untuk didengari oleh jemaah masjid.  Selepas itu,  seorang imam berdiri dan membaca tazkirah (khutbah) dalam bahasa cina sehingga jam 1.30 petang.

Setelah itu, azan dilaungkan sekali lagi untuk imam mengambil tempat di mimbar untuk membaca khutbah sepenuhnya dalam bahasa arab.  Seterusnya, selesai membaca khutbah… tuan imam mengimamkan solat jumaat seperti biasa sehingga tamat.

P_20180504_134057
Imam membaca khutbah di atas mimbar

Selesai mengerjakan solat jumaat, saya berlegar-legar di sekitar masjid mencari kedai makanan untuk mengisi perut.  Makanan halal tidak menjadi masalah di sini.. dan begitu banyak pilihan makanan yang boleh dibuat.  Makanan yang paling saya suka di sini adalah sate kambing xinjiang dan juga mee tarik.  Harga secucuk sate kambing adalah 6 Yuan (RM3.60), sepinggan mee tarik sekitar 13 Yuan (RM8.00) manakala sebotol air mineral berharga 3 Yuan (RM1.80).

p_20180505_152836.jpg
Sate kambing
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s