Beijing Part 2: Menjejakkan kaki di bumi Beijing

Perjalanan menggunakan penerbangan AirAsia X mengambil masa kira-kira 5 jam iaitu bertolak daripada KLIA2 pada pukul 6.15 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa China Capital lebih kurang pukul 1.15 pagi keesokkan harinya.  Pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang agak ketat iaitu setiap pelancong asing dimestikan untuk merekodkan kesepuluh-sepuluh jari tangan (fingerprint) dan juga passport di mesin yang telah disediakan dengan dibantu beberapa petugas imigresen China.

img_0776-e1525943072924.jpg
Foreigner Fingerprint self-collection area

Setelah selesai melakukan fingerprint, kita perlu mengisi borang memasuki ke negara China yang boleh didapati di atas meja yang telah disediakan.  Kemudian proses pemeriksaan passport berserta visa oleh pihak imigresen, dan seterusnya proses pengambilan beg di tempat pengambilan bagasi tanpa banyak masalah.

Kebanyakan flight dari Malaysia mendarat di Beijing pada awal pagi.  Pengangkutan ke Ibu Kota Beijing samada menggunakan teksi atau DIDI (grab car) yang semestinya agak mahal tambangnya terutamanya pada waktu-waktu sebegini.  Alternatif lain yang lebih murah adalah mengunakan train airport subway.  Waktu paling awal subway train beroperasi adalah pada pukul 5.30 pagi.  Jadi biasanya kita perlu menunggu beberapa jam sebelum boleh menaiki train ke Ibu Kota Beijing.  Tambang train menggunakan airport express train daripada airport ke Dongzimen adalah sebanyak 25 Yuan.  Namun, rata-rata tambang subway train biasa di sekitar BEIJING adalah berpatutan iaitu sekitar RMB 2 hingga RMB 4 (disebut 4 Yuan iaitu sekitar RM2.40 sahaja) untuk satu-satu destinasi (satu line).

Beijing subway train terdapat beberapa jalur (line) yang boleh dikenali dengan nombor dan warna berbeza di atas peta.  Cara pembelian tiket juga amat mudah iaitu samada secara terus di kaunter tiket atau menggunakan ticket machine yang banyak disediakan di setiap stesen subway.  Penggunaannya juga amat mudah dan juga ada pilihan samada bahasa cina ataupun bahasa inggeris.  Kita cuma perlu mengetahui destinasi stesen serta nombor jalurnya (line).

p_20100101_084901.jpg
Subway train ticket machine

Sekiranya kita ingin ke sesuatu destinasi, tetapi tiba-tiba bertukar fikiran untuk ke destinasi yang lebih jauh… juga dibenarkan.  Cuma apabila kita ingin memasukkan kad tersebut semasa laluan keluar (exit),  sistem kad akan menyatakan bahawa jumlah nilai kad tidak mencukupi dan kita perlu topup nilai kad di kaunter yang disediakan.

P_20180505_140951
Fee Adjustment Counter

Pemeriksaan keselamatan untuk memasuki subway train juga agak ketat.  Setiap penumpang perlu melalui scanner gate dan beg perlu diperiksa dan dimasukkan ke dalam scanner juga (macam di airport).

Selain itu, penggunaan transportation card yang dikenali sebagai Yikatong juga amat mudah diperolehi seperti maklumat berikut.

https://www.travelchinaguide.com/cityguides/beijing/transportation/smart-card.htm

Yikatong transportation card boleh digunakan untuk menaiki subway train, bas awam dan juga beberapa servis lain di Beijing.

Youtube video ikhsan Dawam Prasetyo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s