Beijing Part 1: Persediaan untuk ke Negara China

img_0834.jpg
.

Kali ini saya ingin menulis catatan perjalanan saya ke Beijing China baru-baru ini… iaitu sekitar bulan April 2018.  Pertamanya… ada tiga perkara yang ingin saya lawati (wish list) apabila saya sampai ke Beijing kelak iaitu… Forbidden city, Great wall of china dan melawat kehidupan komuniti islam di Beijing.

Oleh kerana ini merupakan kali pertama saya ke negara China… ada beberapa cerita kurang enak yang biasa kita dengar tentang China.  Pertamanya adalah agak sukar untuk berjalan sendirian ala backpackers di sana kerana masalah bahasa (jadi disyorkan menggunakan travel agent), sikap warga china mainland yang agak kasar dan suka mengambil kesempatan kepada pelancong asing (scammers).  Ada juga kebimbangan untuk mencari makanan halal di sana dan cerita-cerita mengenai tandasnya yang kotor… hrmmmm…  Saya akan ambil cerita-cerita itu sebagai cabaran dan mencari lebih banyak maklumat samada melalui internet atau bertanya dengan kawan-kawan yang pernah ke sana.

Pertamanya… lawatan ke negara China memerlukan Visa. Permohonan visa ke negara China boleh dibuat di Kuala Lumpur dengan melayari dan memuat turun borang pada pautan:

https://www.visaforchina.org/KUL_EN/upload/Attach/mrbj/265048.pdf

Selain borang permohonan visa yang perlu dicetak dan diisi oleh pemohon, beberapa salinan dokumen juga hendaklah dibawa bersama iaitu:
• Passport Malaysia;
• Salinan passport;
• Salinan tiket flight (optional);
• Bayaran visa RM104;
• Gambar ukuran passport sebanyak 2 keping.

Alamat:
Level 5 & 6, Hampshire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu berurusan:
Waktu berurusan adalah pada hari isnin hingga jumaat dan ditutup pada hari sabtu, ahad dan cuti umum. Manakala, penghantaran permohonan boleh dilakukan bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga 3 petang. Bayaran dan pengambilan semula Passport berserta visa adalah dibuka pada pukul 9:00 pagi sehingga 4 petang.
Nombor untuk dihubungi:
Call: 603 2176 0888
Fax: 603 2161 2234
E-mail: klcentre@visaforchina.org

Hamshire Place
Bangunan Hamshire Place

Saya cadangkan supaya proses permohonan visa di Hamshire Place Office KL dijalankan pada awal pagi kerana mengambilkira kemudahan parkir kereta. Ini kerana saya dapati adalah agak sukar untuk mendapatkan parking sekiranya parkir lot di bangunan tersebut telah penuh.

Parkir ada disediakan di bahagian bawah bangunan dengan bayaran RM3 satu jam. Semasa saya sampai pada haritu, jam masih menunjukkan pukul 8.45 pagi, tetapi orang ramai telah mula beratur di hadapan pejabat permohonan visa yang terletak di tingkat lima. Proses permohonan cukup teratur dan mudah. Rata-rata petugas warga China di situ boleh berbahasa melayu menyebabkan proses permohonan berjalan lancar dan selesai dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja. Setelah menyerahkan borang permohonan dan passport, petugas menyatakan proses visa akan dibuat dalam masa 3 hari dan meminta saya mengambil passport berserta bayaran pada 3 hari berikutnya. Pengambilan passport berserta visa pelancong dijalankan di tingkat 6 dibangunan yang sama dengan bayaran RM104 sahaja untuk tempoh 3 bulan.

img_0724-e1525943226904.jpg
.

Perkara kedua yang perlu diambil kira adalah berkaitan bajet.  Perlu diingat bahawa kos untuk makan di Beijing adalah agak mahal.  Harga semangkuk mee tarik berserta air botol berharga kira-kira 40 ke 60 Yuan (kira-kira RM24 ke RM36).  Kadar tukaran wang untuk 10 Yuan adalah RM6.  Harga hotel juga agak mahal terutamanya di kawasan pusat Ibukota.  Tetapi pengangkutan awam seperti subway train adalah agak murah dan berpatutan.

Selain itu, beberapa phone apps yang sangat membantu apabila berada di Beijing adalah seperti berikut:

    • Offline Maps:  MAPS.ME adalah sebuah android apps yang banyak membantu saya menjelajah Ibu kota Beijing menggunakan offline maps semasa di sana.  Cuma kita perlu mengemaskini lokasi terkini melalui internet (melalui WIFI) untuk mendapatkan lokasi terkini yang lebih tepat.  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mapswithme.maps.pro&hl=en;
    • VPN apps:  Kerajaan China sangat mengawal akses kepada internet.  Justeru beberapa aplikasi internet seperti Google, Google maps, Facebook serta Whatsapp tidak boleh diakses melalui phone atau desktop.  Tetapi perkara ini boleh diatasi dengan memasang aplikasi VPN pada phone atau desktop.  Saya mengunakan aplikasi VPN Psiphon secara percuma semasa berada di sana tanpa menghadapi sebarang masalah. https://psiphon.ca/en/download.html;
    • METRO Beijing apps:  Aplikasi android bagi peta subway train Beijing sangat membantu saya menggunakan subway train semasa berada di sana.

 

Beijing mengalami cuaca empat musim. Jadi, kita perlu merancang untuk membawa pakaian yang bersesuaian dengan cuaca semasa.  April dan awal mei masih lagi di dalam musim bunga di Beijing dimana cuaca sudah mula agak panas mencecah ke 28 darjah Celcius pada tengahari tetapi jatuh begitu pantas apabila menjelang petang sehingga 13 darjah celcius pada waktu tengah malam.  Jadi, sebaik-baiknya kita memakai pakaian nipis pada siang hari tetapi perlu membawa jaket bersama semasa menjelajah kota Beijing.

Satu lagi yang perlu diambil kira adalah masalah jerebu (air pollution) di Beijing yang kadangkala boleh mencecah bacaan bahaya.  Sekiranya ini berlaku, langkah berjaga-jaga adalah dengan memakai mask dan juga kurangkan aktiviti di luar serta banyak meminum banyak air mineral.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s